"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"
Itu adalah kenyataan panas CEO Suratan Kebetulan.. AcHiKz rasa mesti ramai yang dah baca, yang dah komen dan tak lupa juga yang 'like' entry tersebut.. Pada yang masih belum baca, boleh klik SINI..
Bagi AcHiKz apa yang dia cakap tu betul.. AcHiKz setuju pun atas pengalaman sendiri.. AcHiKz pun pernah upload gambar bf dalam Facebook, dalam blog ni masa dok hangat bercinta dulu.. Beria2 la katakan.. Ingatkan itu ler jodoh dunia dan akhirat.. Tapi apakan daya, harapan tak kesampaian..
Sebab tu AcHiKz dah padam gambar kami kat Facebook (seingat AcHiKz sekeping aje gambar kami kat Facebook.. tapi dah dipadamkan sebab tak nak 'orang baru' dalam hidup dia terasa hati..) tapi masih kekalkan gambar kami kat sini.. Masih dikekalkan kat sini sebab gambarnya biasa2 saja.. Lagipun banyak entry pasal dia jadi kalau dah padam, pembaca nanti tak tahu pula hujung pangkal cerita..
Memang la ada orang suka dan ada juga yang geli geleman bila baca.. Tapi kalau diamalkan polisi tak nak baca boleh klik 'X' tu secara tak langsung penulis dah membuang pembacanya secara tak disedari.. Bohong la kalau ada blogger yang buat blog tapi tak nak orang datang baca entry.. Nak private blog?? Boleh aje, tapi lebih best tulis dalam dairi, tak pun buat buku skrap.. Dijamin tak akan ada orang yang baca..
Suka?? Tak suka?? Tak pe, AcHiKz faham yang masing2 ada pendapat tersendiri, tapi fikirkan la yang sebaik2nya untuk kebaikan diri sendiri dan orang2 yang berkaitan..
8 comments:
punya la pnjg tajuk entry kali ni achikz..
setuju pd pndangan penulis tu jg pnulis blog ni..
cuba usha tngok blog TK, satu gmbar TK pun xde, ni kn pula nk ltak gmbr 'si dia'..
hehe..
(klau dh setuju tu mknanya x buat la kn..)
salam achik
mungkin orang yang menyampah tu tgk gambar yang over sgt...setakat biasa2 orang tak kisah rasanya...besederhana :)
panas tajuk ni sekarang.. hehe
macam-macam pendapat. seronok bace. ^^
toyolkiut : a'ah.. memang tajuk terpanjang la kali ni.. ha3
yea.. dah belek pun, 1 gambar TK pun tak ada..
mohamadazhan : selalunya gambar yang over sangat la yang orang meluat nak tgk.. tapi kalau gambar biasa pun bila dah letak kiri kanan atas bawah tak ada siapa pun yang suka tengok..
wany : yea.. betul tu.. memang seronok baca..
ikut La empunya diri nak tayang macam mana pun..tapi kena tahan kutukan La..haha..
biasa La ada org suka dan ada orng membenci
duniakuabstrak : biasa la.. ada yg suka, ada yg tak suka kita..
salam. jom letak gambar BF di blog
http://syafiqa-belle.blogspot.com/2011/02/3-sebab-kenapa-kita-perlu-letak-gambar.html
syafiqanabila : BF dah tak de la.. tak dapat ler nak letak dalam blog.. he3..
Post a Comment