Wednesday, 2 February 2011

Nak block AcHiKz gara2 nasi lemak


Apa khabar semua?? Kakak AcHiKz yang berdua tu balik jadi macam2 la aktiviti yang dibuat.. Sebab tu dalam 2, 3 hari ni AcHiKz tak berjalan ke blog kawan2..

Semalam memang dah tahu menu sarapan tapi tak sangka la pulak siap ada 3 jenis sambal.. Selalunya 1 jenis pun dah bertambah nasi.. Ini dah 3 jenis jawabnya berganda2 la tambah.. ha3

Sebelum tidur semalam Alun masak sambal sotong kering.. Sengaja la tak makan sebab nak tunggu nasi lemak tapi bila dah bangun pagi ni ada tambahan 2 jenis sambal atas meja.. Mama masak sambal udang sebelum dia pi kerja pagi tadi dan Kak lina masakkan sambal tumis ikan bilis sebab ayah yang minta..

Jadi sebelum makan, AcHiKz snap la gambar nasi lemak dan 3 jenis sambal.. Sengaja post di FB dan tag si Bangah sebab dia selalu juga snap gambar makanan dan post kat FB dia..


Tengok la apa reaksi dia bila tengok gambar nasi lemak tu..
Terbahak2 AcHiKz gelak bila baca..

**klik untuk lebih jelas

Bangah, kalau nak makan sedap2 balik la..
Kami tunggu~~ (^^)

9 comments:

Hati Batu said...

aiyoo...bnyak sambal....hehe nak rasa itu, yg itu dn yg itu..hehe

eh, semoga ikatan keluarga achikz ni berkekalan..nmpak cm bahagia ja..hehe =) sweet..hehe

Mohamadazhan.com said...

hehe. mental terrcabar kot

Wahida Nasution Thakhrim said...

hati batu : kalau bab makan memang adik beradik AcHiKz tak tahan.. kalau tak dapat makan masa tu, diorang tuntut untuk masakkan bila diorang balik nanti..

azhan : yea la.. dok bujang asyik akan kat kedai aje.. mana tahan.. ha3

kak nisa said...

fuh!sedapnya sambal sotong kering..dh lama xmkn...kalo k.nisa mau 3x tambah ni..hehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

kalau ikutkan selera, memang bertambah2 nasi.. tapi karang makin bulat pulak saya nanti..

afifah said...

tibe2 rase lapar..seyes.!
salam..bw..n follow..

Wahida Nasution Thakhrim said...

trimas banyak2 afifah.. selamat berkenalan..

Mr.TN_SkY said...

hahahah :-D..pagi1 nie nape trnmpk nasi lemak lak aduii :-D..dah la mkn roti je nie hehe

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?

Wahida Nasution Thakhrim said...

okay la tu.. nasi lemak untuk mulakan hari anda.. he3

ada roti aje?? ok gak tu..