Sunday, 20 February 2011

Nak cantik pun kena berhati-hati


Sekarang ni makin ramai wanita dan lelaki mengambil berat tentang penampilan mereka tak kira la melalui imej (pakaian) dan juga penjagaan tubuh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Disebabkan itu juga, makin banyak produk2 baru penjagaan tubuh badan yang ada di pasaran..

credited to : lovedbyyou.co.uk

Selama ni bila nampak kedai2 yang jual produk2 penjagaan tubuh badan terutamanya produk penjagaan wajah AcHiKz tak kisah sangat sebab kebanyakkan yang AcHiKz tengok jual produk2 tempatan.. Tapi hari ni AcHiKz tergerak hati nak tengok2 apa produk yang dijual kat satu gerai di Pasar Tani disini.. Secara kasarnya memang la produk2 yang dijual kebanyakkannya produk tempatan yang jenamanya sangat dikenali dan tersiar di media cetak serta media elektronik.. Tapi bila diamati betul2 ada juga terselit produk luar kat situ..

Dari apa yang AcHiKz lihat produk2 tu datang dari Thailand, Tanah Besar China dan juga Filipina dan semestinya bungkusan produk2 tu tertera bahasa rasmi negara2 yang berkenaan walaupun ada sedikit sahaja Bahasa Inggeris yang diselitkan.. Walaupun tak faham apa yang tertera kat bungkusan tu tapi ramai juga membelinya.. Macam tak kisah atau tak terfikir langsung para pembeli ni kemungkinan besar bahan2 yang terkandung dalam produk tu mampu mencederakan kulit.. Mungkin kita tak nampak kesannya dalam masa terdekat ni tapi kita tak dapat nak jangka bila guna dalam tempoh masa yang panjang.. Yang paling AcHiKz terkejut sekali ada produk dari luar yang mengandungi bahan yang diharamkan serta merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih dijual dan dibeli secara berleluasa.. Keadaan ni sangat mengecewakan AcHiKz selaku ahli farmasi..

AcHiKz bukan nak menabur pasir pada periuk nasi pihak2 yang berkenaan.. Cuma AcHiKz harap para pengguna ambil tahu tentang produk yang anda pakai kerana produk yang berkesan pada pengguna lain tak semestinya akan berkesan pada anda..

Jadilah pengguna yang bijak..

12 comments:

Miss Meen said...

Betul2 ^_^
Bahaya kan
Nak kena bijak
Kena ambil tahu perkembangan semasa

Anonymous said...

akak boleh jdi enforcemnt nie.... bagus2.....

Wahida Nasution Thakhrim said...

miss meen : kalau ambil tahu dengan apa yang kita guna tak la jadi perkara yang tak diingini..

nikaviolet : tergerak hati nak belek2 walaupun selama ni tak kisah sangat pun..

Hakimi Reza said...

kne alert selalu ni~~adehh~~jemm..jemm~~hahaa

Wahida Nasution Thakhrim said...

encik nakal : yea la.. kena alert, jgn dah handsome2 segala, jadi kurang handsome lak..

atien said...

betool tu .. atien pon penah terkene jugakk . abiz penoh jerawat muke atien taw ..

استاذة ليلا said...

humm.btol lah cs! kdang2. nukan tuh jek. ade prodk y s'akn2 buatn m'sia. tp actullay dr thailnd pon ade tw! humm...

waa.baru tau akk ahli farmasi! hik2~

Wahida Nasution Thakhrim said...

ateinabern : hati2 tau.. kalau tak yakin jangan beli..

princess laila : yea, banyak produk seakan-akan buatan malaysia.. yang thailand tu sah2 boleh baca dari tulisan pada pembungkus..

Unknown said...

tol2..aku stuju ngn entry ni..

mykhalis said...

betultue..jgn kerana salah produk,,hasil takde pastu dapat bahana

Wahida Nasution Thakhrim said...

jiji yu : trimas.. (^^)

mykhalis : ini kiranya peringatan untuk semua.. jangan taksub sangat nak cantik tanpa fikirkan tentang keselamatan diri..

Aku said...

terlampau nak cantik sangat,silap langkah terus jadi buruks.ngee~