Monday, 28 February 2011

Kenapa AcHiKz senyap aje 2,3 hari ni


1- Tak berapa nak sihat 2,3 hari ni tapi masih degil nak pi jogging.. Dah berjaya pi jogging 20 hari berturut2 walaupun ada masa tu rasa malas sangat nak pi.. Kiranya ni permulaan yang baik untuk si gemuk yang baru nak berjogging macam AcHiKz ni..

2- Tiga hari tokwan bermalam kat hospital gara2 sesak nafas.. Alhamdulillah, hari ni dah dibenarkan balik sebab keadaan dah makin baik..

3- Merajuk sebab dah terlebih limit broadband.. Jadi selaju siput la jadinya.. Jadi sementara nak tunggu semuanya kembali elok seperti sediakala, AcHiKz ambil keputusan untuk berehat sebentar dari blog dan aktiviti2 yang sewaktu dengannya..

Friday, 25 February 2011

Broken spaghetti stuop with celery and enoki mushroom


Agaknya dah lama tak post entry pasal makan2 ni.. Hari ni AcHiKz masak stuop aje sebab pagi tadi lepas balik jogging dah makan nasi lemak.. Ini sebab si Eiyza la yang asyik cakap nak sangat makan macaroni sup.. Tapi AcHiKz tukar macaroni kepada spaghetti..


Bahan-bahan :
segenggam spaghetti
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang celery
1 keping fish cake
1 bungkus cendawan enoki
1 liter air
2 ketul kepak ayam
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh rempah oregano
sedikit minyak masak
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Kat bawah ni AcHiKz sertakan gambar cendawan enoki pada sesiapa yang tak tahu rupa cendawannya.. Kalau nak pakai cendawan lain pun boleh juga..


Cara penyediaan :
1- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.. Pada kuali yang berlainan, goreng spaghetti yang dipatah2kan sehingga perang.. Hanya sedikit minyak diperlukan..
2- Masukkan kepak ayam, bawang putih dan juga rempah oregano..
3- Masukkan air, fish cake, kiub ayam dan serbuk lada hita.. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana..
4- Masukkan cendawan enoki, celery dan juga spaghetti yang sudah digoreng tadi.. Biarkan mendidih seketika dan sedia dihidang..

p/s : garam tu ikut citarasa masing2.. AcHiKz letak sikit aje sebab kiub ayam pun dah ada garam..

Terima kasih banyak2 pada si Ummu dan adiknya Angah yang sudi singgah kejap untuk rasa stoup AcHiKz ni.. (^^)

Thursday, 24 February 2011

Mana boleh saya lupa muka nakal kamu tu..


Alhamdulillah.. Dah setengah bulan AcHiKz pi jogging.. Berbekalkan semangat, kesedaran diri, sokongan ayah dan juga bebelan si Rabiah (makcik ni kuat berleter tau..) AcHiKz masih berupaya layan 5-6 pusing keliling Taman Jubli Perak tu.. Kira okay la 5-6 pusing tahap budak gemuk macam AcHiKz ni.. Bila dah semakin baik boleh la lebih dari tu.. Berapa berat AcHiKz sekarang lepas setengah bulan jogging?? Entah la, tak berani nak pi timbang.. Nanti dah bersedia baru AcHiKz timbang yea.. Buat masa ni biar la angka tu jadi rahsia sulit AcHiKz.. he3

Ada seorang wanita pertengahan umur yang jogging kat sana.. Muka dia macam AcHiKz kenal tapi tak berani nak tegur.. Takut salah orang, malu la AcHiKz nanti.. Nak kata hari2 nampak dia tak juga.. Bukan muka 'regular' yang selalu AcHiKz jumpa.. Hari ni AcHiKz berselisih dengan dia.. AcHiKz ucap la selamat pagi kat dia.. Lepas tu dia kata "awak ni ex-student saya kan?? student bla3.. kelas bla3.. student SPM 2002.." AcHiKz pun jawab yea bagi semua pertanyaan dia dan masa tu juga tekaan AcHiKz selama ni betul.. Wanita pertengahan umur tu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kat sekolah AcHiKz dulu..

Sebelum kami ambil haluan masing2 (dia dah nak balik dan AcHiKz masih ada 3 pusing lagi) sempat AcHiKz tanya macamana dia masih kenal AcHiKz walaupun dah 9 tahun berlalu.. Dia cuma senyum dan jawab
"mana boleh saya lupa muka nakal kamu tu.."

Tak terkata AcHiKz dibuatnya.. Cuma mampu senyum aje..

Tengok la betul2, nakal sangat ke muka AcHiKz ni??

Wednesday, 23 February 2011

Ulasan AcHiKz mengenai kritikan panas CEO Suratan Kebetulan : Blog Untuk Tayang Pakwe & Makwe


"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"

Itu adalah kenyataan panas CEO Suratan Kebetulan.. AcHiKz rasa mesti ramai yang dah baca, yang dah komen dan tak lupa juga yang 'like' entry tersebut.. Pada yang masih belum baca, boleh klik SINI..

Bagi AcHiKz apa yang dia cakap tu betul.. AcHiKz setuju pun atas pengalaman sendiri.. AcHiKz pun pernah upload gambar bf dalam Facebook, dalam blog ni masa dok hangat bercinta dulu.. Beria2 la katakan.. Ingatkan itu ler jodoh dunia dan akhirat.. Tapi apakan daya, harapan tak kesampaian..

Sebab tu AcHiKz dah padam gambar kami kat Facebook (seingat AcHiKz sekeping aje gambar kami kat Facebook.. tapi dah dipadamkan sebab tak nak 'orang baru' dalam hidup dia terasa hati..) tapi masih kekalkan gambar kami kat sini.. Masih dikekalkan kat sini sebab gambarnya biasa2 saja.. Lagipun banyak entry pasal dia jadi kalau dah padam, pembaca nanti tak tahu pula hujung pangkal cerita..

Memang la ada orang suka dan ada juga yang geli geleman bila baca.. Tapi kalau diamalkan polisi tak nak baca boleh klik 'X' tu secara tak langsung penulis dah membuang pembacanya secara tak disedari.. Bohong la kalau ada blogger yang buat blog tapi tak nak orang datang baca entry.. Nak private blog?? Boleh aje, tapi lebih best tulis dalam dairi, tak pun buat buku skrap.. Dijamin tak akan ada orang yang baca..

Suka?? Tak suka?? Tak pe, AcHiKz faham yang masing2 ada pendapat tersendiri, tapi fikirkan la yang sebaik2nya untuk kebaikan diri sendiri dan orang2 yang berkaitan..

Sunday, 20 February 2011

Nak cantik pun kena berhati-hati


Sekarang ni makin ramai wanita dan lelaki mengambil berat tentang penampilan mereka tak kira la melalui imej (pakaian) dan juga penjagaan tubuh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Disebabkan itu juga, makin banyak produk2 baru penjagaan tubuh badan yang ada di pasaran..

credited to : lovedbyyou.co.uk

Selama ni bila nampak kedai2 yang jual produk2 penjagaan tubuh badan terutamanya produk penjagaan wajah AcHiKz tak kisah sangat sebab kebanyakkan yang AcHiKz tengok jual produk2 tempatan.. Tapi hari ni AcHiKz tergerak hati nak tengok2 apa produk yang dijual kat satu gerai di Pasar Tani disini.. Secara kasarnya memang la produk2 yang dijual kebanyakkannya produk tempatan yang jenamanya sangat dikenali dan tersiar di media cetak serta media elektronik.. Tapi bila diamati betul2 ada juga terselit produk luar kat situ..

Dari apa yang AcHiKz lihat produk2 tu datang dari Thailand, Tanah Besar China dan juga Filipina dan semestinya bungkusan produk2 tu tertera bahasa rasmi negara2 yang berkenaan walaupun ada sedikit sahaja Bahasa Inggeris yang diselitkan.. Walaupun tak faham apa yang tertera kat bungkusan tu tapi ramai juga membelinya.. Macam tak kisah atau tak terfikir langsung para pembeli ni kemungkinan besar bahan2 yang terkandung dalam produk tu mampu mencederakan kulit.. Mungkin kita tak nampak kesannya dalam masa terdekat ni tapi kita tak dapat nak jangka bila guna dalam tempoh masa yang panjang.. Yang paling AcHiKz terkejut sekali ada produk dari luar yang mengandungi bahan yang diharamkan serta merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih dijual dan dibeli secara berleluasa.. Keadaan ni sangat mengecewakan AcHiKz selaku ahli farmasi..

AcHiKz bukan nak menabur pasir pada periuk nasi pihak2 yang berkenaan.. Cuma AcHiKz harap para pengguna ambil tahu tentang produk yang anda pakai kerana produk yang berkesan pada pengguna lain tak semestinya akan berkesan pada anda..

Jadilah pengguna yang bijak..

Thursday, 17 February 2011

Entah masih muat ke tidak


Dalam perjalanan balik dari rumah maktok, AcHiKz lalu depan sekolah lama AcHiKz.. Terpandang pagar sekolah yang simpan banyak kenangan.. Dah semestinya kenangan nakal sebab kenangan nakal la yang paling seronok sekali..

Percaya atau tak, sebulat2 AcHiKz masa zaman sekolah dulu, AcHiKz dapat selinap masuk atau keluar melalui longkang tepi pagar tu.. Ada la beberapa kali AcHiKz buat macam tu.. AcHiKz dah lupa apa sebabnya AcHiKz buat macam tu.. Tapi AcHiKz ni bukan kaki ponteng yea.. Pagar pun AcHiKz mampu panjat, ada la beberapa kali tapi takut sangkut baju kat pagar tu.. Jadi cara selamat, selinap masuk dalam longkang la.. he3

Gambar kelas masa AcHiKz Tingkatan 5..

Bila terpandang longkang tepi pagar tu, AcHiKz mesti tersengih sorang2.. Tak nak la saja2 nak pi cuba.. Karang kena tangkap dianggap sebagai penceroboh pulak.. Buat niaya AcHiKz aje.. hu3

Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulidur Rasul


Bangun tidur awal pagi tadi AcHiKz rasa tenang sangat.. Lebih tenang dari hari2 yang biasa.. Mungkin sebab hari ni hari yang terlalu istimewa melebihi hari yang sebelumnya..

AcHiKz nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kepada seluruh umat Islam tak kira la dimana anda berada.. Semoga kita berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.. Semoga kita menjadi umat yang lebih baik dan sentiasa diberkati ALLAH swt..


Saturday, 12 February 2011

Orang lain pun bercinta juga adik oii..


Penatnya AcHiKz hari ni.. Lagi penat dari pi jogging hari2.. Semuanya gara2 pi Program Penempatan Pekerjaan (3P) kat Jabatan Kerja Raya Sungai Petani.. Macam biasa la, AcHiKz takkan pi sorang2, Oliea dan Ummu pun ikut sama..

Memang banyak la tawaran kerja tapi majoriti melibatkan bidang kejuruteraan jadi pilihan untuk AcHiKz adalah terhad.. Terhad pun kena la cuba juga, mana la tau kalau2 memang rezeki AcHiKz nak dapat kerja tu..

Salah satunya tawaran kerja dari syarikat farmaseutikal..Memang menarik perhatian AcHiKz dan dah semestinya kena dengan apa yang AcHiKz belajar.. Lama juga menunggu untuk ditemuduga, AcHiKz submit borang dalam pukul 10.30 pagi, dalam pukul 1.30 petang baru la AcHiKz dipanggil.. Itu pun penemuduga macam tak nak temuduga dah.. Kesian juga kat diorang dari pukul 9 pagi dok tanya macam2 soalan tak berhenti2.. Walaupun AcHiKz pun sampai hypo menunggu tapi alhamdulillah, temuduga berjalan lancar.. Doakan AcHiKz cepat2 dapat kerja yea..

Sesi temuduga selesai, sesi isi perut bermula.. Jadi sebelum balik Oliea nak singgah bakery.. Sambil tengok2 apa yang nak dibeli, AcHiKz terpandang satu pasangan ni dan semestinya budak Melayu.. Dua2 budak sekolah.. Dari pakaian, memang sah la budak2 ni duduk asrama.. Hari sabtu hari outing diorang la.. Agaknya masing2 dok menahan rindu sangat kot, budak berdua ni dok berkepit sakan la dalam bakery tu.. Laga2 pipi, pegang2, peluk2 segala.. Macam la boleh sesat dalam bakery tu..

AcHiKz tegur, minta lalu sebab nak ambil roti yang ada depan diorang.. Boleh si budak perempuan tu kata "Ish!! Kat mana orang berdiri, kat situ la dia nak lalu.." Memang la rasa nak marah tapi tak guna kan nak gaduh2 dengan budak sekolah macam tu.. Jadi AcHiKz pun kata "Orang lain pun bercinta juga adik oii, tapi tak la sampai berdiri menghalang jalan.. Tak sangka pula nak beli roti pun susah.."

Dari kaunter pembayaran AcHiKz nampak budak perempuan tu jeling keras pada AcHiKz.. Nak jeling?? Jeling aje, sikit pun AcHiKz tak peduli..

Friday, 11 February 2011

Tahniah Dr. M!!


klik untuk imej yang lebih jelas

Walaupun dah 8 tahun Tun Mahathir undurkan diri tapi kehadiran Tun dimana2 acara sangat dinantikan.. Begitu juga dengan hasil penulisan Tun..

AcHiKz nak ucapkan tahniah pada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Tun.. AcHiKz dilahirkan dan membesar dibawah pentadbiran Tun dan bagi AcHiKz Tun adalah Perdana Menteri yang terbaik!!

Boleh klik SINI untuk ke blog Tun dan boleh follow Tun di Twitter dan juga Facebook..

Wednesday, 9 February 2011

Sepetang bersama BFF


Lepas keluar merayau dengan Rabiah, petang esoknya pula AcHiKz melawat 2 orang BFF yang dah pun bergelar ibu.. Sebelum ni AcHiKz dah pun melawat diorang berdua yang masa tu masih dalam pantang.. Kiranya ni lawatan susulan la.. he3

Diorang berdua pun baru pertama kali jumpa lepas masing2 dapat baby.. AcHiKz bawa Amie pi melawat Laily yang kebetulan masa tu ada kat rumah mak mertua dia di Sungai Pasir..
Terima kasih kepada suami si Laily, Saiful Azad yang rakamkan saat2 istimewa kami..

Dari kiri : AcHiKz, Ariff (anak Amie), Laily, Amie dan Harris (anak Laily)..



Laily dengan Ariff..


Amie dengan Harris..


Amie dengan Laily buat sesi bertukar anak..

AcHiKz harap BFF yang lain dapat turut serta lepas ni.. AcHiKz rindu korang semua.. Kita kumpul ramai2 dan buat riuh macam dulu..

Merayau dengan Rabiah


Yea.. Sepanjang minggu ni asyik merayau aje kerja AcHiKz.. Lagipun member2 masih bercuti jadi kali ni AcHiKz ber'dating' dengan Rabiah.. Ini kira pertama kali keluar dengan dia sebab masa sekolah dulu pun tak rapat sangat, mungkin sebab tak sama kelas.. Habis aje tingkatan 5 memang dah tak berhubung langsung.. Tapi ada satu perkara yang telah buat kami berhubung semula..

Thank you so much for your support dear.. (^^)

Tujuan utama kami merayau sebab AcHiKz nak beli kasut sukan.. Yea, tekaan korang tu tepat.. AcHiKz nak turunkan sikit berat badan.. Nak kecilkan sikit 'spare tyre' ni.. he3


Rabiah tengah pilih baju untuk anak sedara dia..

Lepas penat merayau, sesi isi perut la pulak.. Si Rabiah nak makan tomyam.. Bukan setakat tom yam aje dia pesan, kerabu mangga dan ikan siakap kukus pun dia pesan juga.. Tak macam dua orang makan kan??


Ikan siakap kukus kat sini sangat sedap!! Nanti nak ajak ayah makan kat sini la.. Mesti ayah suka..

Perut pun dah kenyang, sesi merayau pun bersambung..

Monday, 7 February 2011

Mini reunion ex-DBS 03-04 CNY Special


Apa khabar semua?? Dah 5 hari AcHiKz HoUz tak ber'update' sebab banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang cuti Tahun Baru Cina ni..

Disebabkan kejayaan mini reunion yang lepas, ada yang tak puas hati sebab tak dapat pulang hari tu.. Jadi diorang minta adakan lagi dan kali ni bertempat di rumah Oliea..

ima dengan salad kentangnya..



afiq (baju putih) yang bersungguh2 minta adakan lagi mini reunion ni.. hari tu dia tak dapat balik sebab kerja..


mie tunjukkan bakat memasak yang terpendam..



zaihan (kiri) dan sharidah (tengah) yang turut serta kali ni..

pratap (tengah) pun ada.. sudi singgah kejap walaupun esok dia dah mula kerja..

Mungkin lepas ni nak pi melancong la pula.. Kat mana tu belum tahu lagi la.. Masih dalam proses perbincangan..

Wednesday, 2 February 2011

Nak block AcHiKz gara2 nasi lemak


Apa khabar semua?? Kakak AcHiKz yang berdua tu balik jadi macam2 la aktiviti yang dibuat.. Sebab tu dalam 2, 3 hari ni AcHiKz tak berjalan ke blog kawan2..

Semalam memang dah tahu menu sarapan tapi tak sangka la pulak siap ada 3 jenis sambal.. Selalunya 1 jenis pun dah bertambah nasi.. Ini dah 3 jenis jawabnya berganda2 la tambah.. ha3

Sebelum tidur semalam Alun masak sambal sotong kering.. Sengaja la tak makan sebab nak tunggu nasi lemak tapi bila dah bangun pagi ni ada tambahan 2 jenis sambal atas meja.. Mama masak sambal udang sebelum dia pi kerja pagi tadi dan Kak lina masakkan sambal tumis ikan bilis sebab ayah yang minta..

Jadi sebelum makan, AcHiKz snap la gambar nasi lemak dan 3 jenis sambal.. Sengaja post di FB dan tag si Bangah sebab dia selalu juga snap gambar makanan dan post kat FB dia..


Tengok la apa reaksi dia bila tengok gambar nasi lemak tu..
Terbahak2 AcHiKz gelak bila baca..

**klik untuk lebih jelas

Bangah, kalau nak makan sedap2 balik la..
Kami tunggu~~ (^^)