Wednesday, 19 November 2014

Kitar Semula Kain Perca


Bila dah siap tempahan pakaian pelanggan, selalunya mesti ada perca kain walaupun sikit.. Selalunya perca kain yang AcHiKz simpan dari bahan kapas ataupun mana-mana yang AcHiKz rasa sesuai nak guna untuk projek kitar semula AcHiKz..

 Selalunya AcHiKz akan potong dan cantumkan perca kain seperti 3 gambar dibawah.. Selalunya berukuran segiempat sama 4x4 inci dan dicantumkan dengan satu tapak jahitan.. 




Buat masa ni ketiga-tiga cantuman kain perca masih dalam keadaan sama sebab AcHiKz tak idea nak buat apa dan AcHiKz agak sibuk siapkan tempahan.. Maklumlah hujung bulan November ni kan dah mula cuti sekolah.. 
Cuti sekolah = Kenduri Kahwin (^^)

 Asalnya buat beg ni untuk letak alat solek tapi tiba-tiba ubah fikiran pula jadi AcHiKz guna beg ni buat letak segala kabel USB, pengecas telefon..

Ni bekas pensel AcHiKz buat hadiah untuk anak jiran AcHiKz.. Guna perca kain dan bahagian hujung kaki seluar jeans..

2 comments:

Azrin Rahim said...

kalo dulu2 kain perca ni kita bt langit2 dekat umah.. hehe umi ayie jahit gk, kalo ad lebihn tu dia kmpol dan bt sarung bntal or sarung tilam.. hehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

@azrin rahim - memang niat asal masa mula-mula simpan kain perca tu nak buat selimut la, bantal la tapi bila dah jadi gitu lain pula idea yang datang.. he3
mana tahu lepas ni balik semula ke niat asal nak buat selimut.. (^^)