Friday 23 March 2012

Projek : Blaus Kolar Mandarin, Lengan Bishop Belah Berkun


Sibuk dengan macam2 aktiviti dan juga cuti sakan selama seminggu sekarang ni la baru ada masa nak menaip.. AcHiKz sedar yang sekarang ni AcHiKz dah jarang nak update blog sebab sibuk dan letih dengan kelas.. AcHiKz janji AcHiKz akan usaha luangkan sikit masa update blog dan kongsikan aktiviti AcHiKz..

Kali ni AcHiKz nak tunjukkan hasil kerja AcHiKz iaitu Blaus Kolar Mandarin, Lengan Bishop Belah Berkun.. Kolar Mandarin mesti semua orang tau, tapi rasanya Lengan Bishop mesti ada yang tak tahu.. Lengan Bishop tu hampir sama lengan kemeja tapi hujung lengannya dikedutkan.. Selain tu, ada belahan pada hujung lengan dan berbutang pada kafnya..


Rujuk 'buku resipi' untuk lukis pola pakaian..


Tengah semat pola pada kain.. Kena ukur dan potong kain betul2.. Kalau silap bukannya boleh sambung2 lagi..


Salah sorang krew dalam team AcHiKz.. Eyza namanya..


Inilah hasilnya!! Tunggu nak jahit lubang butang aje.. AcHiKz lupa nak snap gambar masa sambung semua bahagian2 blaus sebab AcHiKz fokus untuk siapkan blaus ni dalam masa yang ditetapkan..


Buat nota kat meja belakang (tunggu yang lain siap jahit blaus) sambil berfacebook.. he3

4 comments:

Firdaus Jamaludin said...

leh laa tempah baju raya tahun nih nnt :D

Prince of Noob said...

comeynya eyza tu... btw done follow - Noob

Wahida Nasution Thakhrim said...

@FiD - boleh~~

@Prince of Noob - memang comel.. Terima kasih sebab follow..(^^)

BoNDaQaiSaRa said...

Blh tahu x? Tajuk buku jahit tu?