Friday 16 March 2012

Diorang dah kahwin!!


Apa khabar semua?? AcHiKz memang letih mata tiap kali balik kelas.. Tak larat nak tahan mata sampai tengah malam.. Paling lewat pun sampai pukul 10.30 malam aje.. Hari cuti (Jumaat & Sabtu) pula AcHiKz cover balik tido yang lepas2.. Dah jarang jumpa kawan2, jarang lepak2 dan jarang sekali keluar bershopping macam dulu..

Ingat tak entry ni?? Bukan apa, cuma nak cerita yang si Y dan si E dah selamat dan dengan sahnya menjadi suami isteri petang tadi lepas Solat Asar.. Majlis perkahwinan si E akan berlangsung esok dan si Y pada hari Ahad.. AcHiKz dapat pergi esok aje sebab hari ahad kelas dah mula lepas seminggu AcHiKz bercuti sakan.. Kalau nak pergi juga lepas kelas baru boleh datang, itu pun dah lewat sangat.. Pukul 5.30 petang baru habis kelas, dalam pukul 6.00 petang macam tu baru sampai rumah kenduri.. Dah pergi 1 pihak pun kira okay dari tak pergi langsung betul tak??

Siapa la agaknya kawan2 sekolah yang akan jumpa nanti.. Maklumlah, masing2 dah bawa haluan sendiri.. Kebanyakkannya dah tak tinggal kat SP lagi.. Jauh2 belaka.. Cuma AcHiKz aje yang jadi penduduk SP yang setia.. he3

AcHiKz nak ucapkan tahniah kat Y dan suri hatinya si E.. Semoga ikatan suci yang korang jalin bersama sentiasa erat, mesra dan berkekalan hingga akhir hayat..

No comments: