Wednesday 4 January 2012

Pra Orientasi - Day 3


Sejak minggu pra orientasi ni berlangsung memang AcHiKz tidur awal aje.. Tak mampu mata ni nak bertahan macam waktu kebiasaan AcHiKz.. Maklumlah, dah letih.. Badan letih, otak pun letih juga.. Walaupun tidur awal tapi tak mampu untuk menjamin AcHiKz takkan menguap dalam dewan masa dengar ceramah keesokkan harinya.. he3

Tapi hari ni memang tak sempat nak menguap pun sebab ceramah yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia memang menarik dan banyak soalan yang selama ni tak terjawab dah dijawab dengan jelas, terang lagi nyata.. Rasa macam pegawai polis tu tahu aje apa yang AcHiKz fikir.. Entah2 memang dia baca fikiran AcHiKz tak??

Sesi petang pula sambungan ceramah Keusahawanan tapi kali ni aktivitinya diluar dewan dan melibatkan datuk2 dan nenek2 Rumah Sri Kenangan.. Siap kena tutup mata dengan kain lagi, rasa macam apek tukang kasut dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.. Kotor juga la baju hari ni sebab kena merangkak, tapi AcHiKz memang seronok dengan aktiviti petang tadi..

Esok hari terakhir pra orientasi.. Entah la apa lagi nak buat esok.. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. Selamat malam semua..

6 comments:

ORLANDO AHMAD said...

enjoy :)

khaifaiz said...

bergembiralah achikz

Wahida Nasution Thakhrim said...

Orlando : Terima Kasih!! (^^)

Wahida Nasution Thakhrim said...

Khaifaiz : Yea!! Mulakan tahun baru ni dengan aktiviti yang menggembirakan walaupun nanti balik dari orientasi dah pasti kulit AcHiKz dah tak cerah macam dulu.. uwaa~~~ (T^T)

Trendy Baju Murah said...

semangat dan sukses yahh..slm kenal

Wahida Nasution Thakhrim said...

TBM : terima kasih..