Monday, 13 December 2010

LuNcH @ HuSsAiN NaSi KaNDaR


Hari ni AcHiKz tak tahu nak masak apa.. Jadi AcHiKz, ayah dan din makan kat luar aje.. Banyak2 restoran nasi kandar kat Sungai Petani ni, HUSSAIN NASI KANDAR paling atas dalam senarai kegemaran AcHiKz..

Baru jam 12.oo tengahari tapi ramai yang dah beratur panjang.. Memang panjang barisannya tapi tak payah tunggu lama2 untuk dilayan.. Hari ni AcHiKz makan nasi beriyani, ayam goreng masala istimewa dan acar timun bersama lobak merah.. Agaknya pakcik tukang cedok nasi ni pun dah kenal muka AcHiKz (muka pelanggan tetap la katakan.. he3) sampai dia dah tahu nak cedok kuah apa..
sedapnya.. (^^)

ayah tengah sibuk isi perut sampai tak nak berhenti kejap untuk bergambar..

ini minuman yang AcHiKz pesan..



Memang banyak makanan yang sedap2 kat sini tak kisah la dari pagi sampai la malam.. Menu sarapan pagi pun sedap juga.. AcHiKz selalu pesan capati salad untuk sarapan..

Itu cerita lain kali pula yea..

Friday, 10 December 2010

MiDnIgHt SuPpEr


Bila Din dan Acap lepak2, mesti ada aktiviti yang best.. Salah satu aktiviti yang kerap diorang berdua ni buat adalah aktiviti makan.. Kadang2 budak berdua ni merayau sakan pi mana2 kedai tau gerai2 yang menghidangkan makanan yang sedap..

Gerai burger ni memang jadi salah satu gerai kegemaran AcHiKz dan budak berdua ni.. Gerai ni dibuka depan 7-eleven kat Taman Pekan Baru..

Din dan Acap tengah tunggu pesanan..

Nak tahu apa yang AcHiKz pesan?? AcHiKz pesan oblong daging, bersalut telur, letak keju dan bawang goreng.. Ish!! korang ni.. Bukan bawang goreng yang letak dalam meehoon sup tu la.. Bawang besar yang dihiris nipis2 dan dilayukan atas pemanggang.. Mat saleh cakap caramelized onion gitu..

Rasanya?? Mestilah SEDAP.. Tak tahu nak cerita betapa sedapnya oblong tu.. Gambar?? Maaf la yea.. Terlupa pula nak snap gambar oblong tu sebab dah tak sabar nak makan.. he3

p/s : cuma makan sekali sekala aje.. kalau makan selalu, makin bulat la AcHiKz nanti.. bukan makin bulat aje, penyakit pun cepat aje datangnya..

Thursday, 9 December 2010

YoU'rE mY 100th vViP!!


Nampak tak petak kecil warna kuning tu?? Itu la Lady Xaneera yang telah menjadi VVIP AcHiKz HoUz yang ke-100!! Kalau nak berkenalan dengan Lady Xaneera boleh la singgah kat SINI..

Terima kasih AcHiKz ucapkan pada semua VVIP AcHiKz HoUz dari yang pertama iaitu aunty Balqees sampai la yang terkini iaitu FiD..

AcHiKz akan terus menulis, berkongsi perkara menarik dengan anda semua..

Wednesday, 8 December 2010

bLoG LaRiAn


AcHiKz kena tag dari Juan Yuan berkenaan dengan Blog Larian.. Apa tu Blog Larian?? Blog tu boleh lari ke?? Boleh lari 4x400meter ke?? Tak la.. Blog larian ni membolehkan aktiviti blog walking ke beberapa blog sekaligus meningkatkan trafik..


Jadi tak perlu lagi nak susah2 buka setiap satu blog untuk baca entry, tinggalkan jejak mahupun komen anda.. Untuk mengetahui lebih lanjut apa tu Blog Larian dan sertainya, boleh la jenguk2 kat SINI..

AcHiKz suka blog walking sebab dapat baca entry2 yang menarik.. Ada juga entry yang memberi manfaat dan peringatan.. Bila tinggalkan jejak ataupun komen, secara tak langsung AcHiKz kenalkan "AcHiKz HoUz" pada blogger lain..

3 orang yang akan AcHiKz tag adalah :
Light in the dark, Khaifaiz, De'din

(kalau anda dah di tag sila la abaikan..)

Monday, 6 December 2010

KaLau SaYaNg ToLoNg BaLaS!!


Budak2 sekarang ni dah terlebih maju.. Kecil2 dah pandai bercinta.. Tak macam zaman AcHiKz sekolah rendah dulu.. Sayang tu cuma pada keluarga sendiri aje tak reti lagi nak sayang orang lain.. Eh!! Tak payah la AcHiKz nak berleter banyak2, jom baca surat cinta budak sekolah rendah yang dirampas cikgu..

klik untuk besarkan
credited to : Oh! Media
(Facebook Wall photos)

Jenuhkan nak baca.. Dah la tak ada tanda nokhtah langsung.. Budak perempuan ni agaknya marah meluap2 bila tulis surat ni sampai tak ada nokhtah.. Kena tarik nafas panjang2 sebelum baca.. ha3.. Siap guna pen marah tu..

Ingatkan orang dewasa aje yang kuat cemburu tapi budak kecil pun sama aje gayanya.. Bergurau sikit dengan orang lain pun dia dah melenting.. Yang paling best sekali budak ni siap kasi kata dua kat kekasih dia tu.. ha3..

Dah besar nanti tak tahu la macamana perangainya..

AkU bLoGgEr AkTiF!!


Hari ni AcHiKz siapkan tugasan yang Arif kasi iaitu Kempen : Aku Blogger Aktif !

Ada beberapa syarat yang dikenakan untuk siapkan tugasan ni.. Syaratnya mudah aje.. Tak la sesusah syarat Puteri Gunung Ledang.. he3

1. Buat entry 'Aku Blogger Aktif !'
siap!!

2. Pasang Header
sudah.. tengok la kat bawah ni..


3. Nyatakan dimana rumah korang??
rumah AcHiKz kat Sungai Petani.. 10 minit perjalanan dari susur keluar tol Sungai Petani (S), Lebuhraya Utara-Selatan..

4. Berapa kali sehari korang update blog??
ikut mood juga.. kalau rajin 3-5 entry sehari.. kalau malas, sekali sehari aje..

5. Nyatakan apa bestnya blog korang??
AcHiKz banyak tuliskan hal2 berkaitan peribadi kat sini.. tak kira la dari segi emosi atau aktiviti2 yang AcHiKz buat.. kadang2 tu kalau ada isu semasa yang tengah 'panas' dan menarik perhatian AcHiKz, AcHiKz akan ulaskan ikut perspektif sendiri..

6. Beri 5 blog terbaik pilihan korang

7. Jadi FAN CLUB "Kelab blogger Aref 7"
done..

8. Lastly, ambil award dan letakkan kat sidebar..
done..