Sunday, 5 December 2010

DoA AkHiR TaHuN & aWaL tAhUn HiJrAh


Doa akhir tahun dibaca pada waktu Asar pada akhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali.. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua.. Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH ampunkan dosanya setahun.."

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
(klik untuk lebih jelas..)

Ertinya :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan sahabatnya sekalian..

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.. Engkau telah mengangguhkan azabMu yang telah ditetapkan padaku.. Engkau telah memerintahkan supaya aku segera bertaubat dari kesalahan itu.. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maha aku memohonnya dariMu.. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.. Segala puji pujian hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam..

Amin... Amin... Amin...


Doa awal tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.."

DOA AWAL TAHUN HIJRAH
(klik untuk lebih jelas..)

Ertinya :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan sahabatnya sekalian..

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi buat selama-lamanya.. Demi kelebihanmu yang Maha Agung dan kemurahanmu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon padaMu perlindungan dari syaitan yang direjam, pembantu2 dan tentera2nya.. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara2 yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku padaMu..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. Segala puji pujian hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam..

Amin... Amin... Amin...

AcHiKz : Selamat tahun baru buat seluruh umat Islam tak kira dimana anda berada.. Semoga kita menjadi umat Islam yang lebih baik pada tahun ini..

KeNaPa dAh JaDi KeCiL Ni??


2 entry awal AcHiKz hari ni tulisannya kecil dari yang biasa.. Tak tahu la apa yang dah berlaku.. AcHiKz selalu tukar tulisan saiz 'NORMAL' kepada saiz 'LARGE' sebelum terbitkan entry.. Mungkin salah klik tapi tak puas rasanya baca tulisan kecil macam ni.. Buat sakit otot mata aje..

Maaf la yea kalau korang semua rasa tak selesa baca entry AcHiKz ni.. Harap keadaan akan kembali balik macam biasa..

Saturday, 4 December 2010

iKaTaN TeTaP uTuh WaLaU pUn jAuH


Kawan2, tak kira kat mana korang berada ingat la yang AcHiKz sangat hargai persahabatan kita.. Harap2 ia kekal sampai akhir hayat..

PeNyEmAk PeTi SuRaT


Hari2 AcHiKz mesti jumpa benda ni.. Tiap2 kali juga la AcHiKz buang (bukan la buang dalam tong sampah, tapi selitkan dalam surat khabar lama.. dapat juga la untung kan).. Tapi makin dibuang makin menjadi tambahnya.. Pagi dah buang, petang ada balik.. Geram betul rasanya..

Benda apa yang buat AcHiKz geram??
Tengok la kat bawah ni..

Tengok tu, siap boleh buat pinjaman harian.. Rendah tu bunganya, 5% aje.. Macam caj servis perkhidmatan kat restoran makanan segera.. Siap kasi komisyen pada orang yang kenalkan peminjam baru..

Yang ni pula boleh buat pinjaman rumah.. Tak pulak dinyatakan berapa peratus bunganya.. Yang penting sekali setiap urusan adalah SULIT..

AcHiKz tunjuk kad ni bukan nak buat promosi atau suruh korang telefon yea.. AcHiKz harap tak ada la yang perlu sangat duit sampai nak telefon ah long segala.. Telefon AcHiKz tak pe.. he3

Jangan cari sakit okay..

Friday, 3 December 2010

yOu ArE sWeEt bLoGgEr LiKe CaNdY aWaRd



YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY.. Itu la yang boleh AcHiKz simpulkan bila melawat Nurul Harnani Kasmaria atau nama glamournya cik nanie..

Terima kasih sebab kasi AcHiKz award ni.. Terima kasih juga sebab sudi jengah2 kat rumah AcHiKz ni.. Semoga cik nanie teruskan berkongsi warna warni kehidupan dengannya dengan kita..

Pada sesiapa nak sertai nya boleh la klik2 kat SINI..

Thursday, 2 December 2010

mY MiNuTeS SuRvEy


AcHiKz dapat tag ni dari Daisy..

My Minutes Survey
Instruction : Once you are tagged, answer all the questions
HONESTLY, no lying or cheating..

Starting time : 2315H

Name : wahida
Brothers : 2
Eye color : dark brown
Shoe size : 8 atau 9 (ikut jenis kasut)
Hair : panjang (nak panjangkan lagi)
Piercings : tak ada
Height : 150++cm
What are you wearing right now : baju tido
Where do you live : my lovely home..
Favorite number : 3
Favorite drink : nescafe ais
Favorite month : september
Favorite breakfast : nasi lemak dengan sambal sotong kering..

- Have you ever -
Broken a bone : no
Been in a police car : no
Fallen for a friend : yes, tapi itu dulu la..
Fallen for a guy/girl in a short period of time : mesti la ada.. tambah2 masa mula2 masuk kolej sebab ramai yang handsome..
Swam in the ocean : no
Fallen asleep in school : perkara wajib tu.. ha3
Broken someone's heart : yes.. harap2 dia dah jumpa orang yang sesuai..
Cried when someone died : yes.. nangis teruk masa atuk dan nenek meninggal dulu..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : boleh tunggu kejap aje.. kalau dengar, jawab la.. kalau tak dengar tu, sure tengah mimpi indah..
Saved emails : email tertentu sahaja..
Been cheated on : pernah..

- What -
Your room look like : ruang peribadi yang paling selesa dalam rumah
What is right beside you : nothing
What is the last thing you ate : nasi lauk masak lemak cili api

- Who -
Who did you last yell at : tak ingat..
Who was the last person you danced with : tak reti menari..
Who last made you smile : my lil bro..
What are you listening right now? : Aiman - Cinta Terakhir (dok sedih layan perasaan..)
What did you do today : macam2.. lenguh jari nak taip semua aktiviti hari ni kat sini..
Are you the oldest : tak.. anak ke-4 dari 5 orang
Indoors or outdoors : dua2..

- Today did you -
Talk to someone you like : no
Kiss anyone : no
Sing : ada, masa mandi tadi..
Talk to an ex? : buat apa?? dia dah ada bini..
Miss someone : YES!! rindu sangat2..
Eat : dah.. sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam..

- Last person who -
You talked on the phone? : maksu.. dia ajak pi kenduri kawan pejabat dia hari sabtu ni..
Made you cry? : mr. popeye
When to the movies with? : baru2 ni pi dengan Oliea, Ummu dan Ima..
You went to mall with? : selalunya sorang2 aje..
Who cheered you up? : mr. popeye

- Have you -
Been to Mexico? : no
Been to USA? : no

- Random -
Have a crush on someone? : no
What books you read right now? : bulan ni tak baca buku lagi..
Best feeling in the world : bahagia
Future kids name? : belum fikirkan lagi..
Do you sleep with a stuffed animal? : yes.. giraffe yang mr. popeye kasi..
What's under your bed? : tak ada apa2..
Favorite sport(s)? : badminton
Favorite place : my beloved room
Who do you really hate? : orang yang perasan bagus..
Do you have a job? : no.. tengah mencari kerja..
What is the time right now? : 2355H (sambil tonton tv sambil jawab tag..)

Tag 15 people

aPa yAnG DaH DiCaPaI DaLaM TaHuN Ni??


Cepat aje masa berlalu.. Dah masuk hari ke-2 Disember pun.. Rasa macam baru aje masuk tahun 2010.. Masih ingat lagi rasa gelisah sebab kena masuk kelas semula gara2 gagal mata pelajaran Analytical Pharmaceutical Chemistry awal Januari lepas.. Pejam celik, pejam celik AcHiKz dah pun lulus 'Killer Subject' tu dan pejam celik pejam celik lagi dah nak sampai hujung tahun..

Rasanya ada beberapa perkara yang dah dicapai.. Paling utama tu tamatkan pengajian dan grad dengan kawan2 (bukan apa, itu macam kali terakhir jumpa kawan2 sebab lepas tu masing2 akan ikut haluan sendiri).. Dan ada juga juga yang masih belum tercapai.. Banyak juga la yang belum tercapai.. Malu pula rasanya nak senaraikan kat sini.. Nampaknya perkara yang tertangguh tu kena la dibawa ke tahun depan dan harap AcHiKz dapat capainya secepat mungkin..

Bohong la kalau AcHiKz cakap niat nak kahwin tak masuk dalam senarai.. Mesti ada tapi nampaknya niat tu kena diketepikan seketika sebab buat masa ni hubungan yang dibina tu sedang goyah.. Harap2 dapat kedua2 kami mencari 'sesuatu' bagi mengukuhkan kembali hubungan tu.. Doa2kan untuk AcHiKz la yea..

Apa pun, senarai yang ada perlu dikemas kini dan tingkatkan lagi usaha untuk capai perkara yang seterusnya..

Oh, berbalik pada tajuk entri ni, apa yang dah dicapai dalam tahun ni??