Saturday 18 October 2014

Penjenamaan Semula


Seperti tajuk post, AcHiKz HoUz melalui penjenamaan semula dari AcHiKz HoUz kepada AcHiKz HaUs.. 

1- Perbezaan ke antara HOUZ dan HAUS?? 
Houz adalah perkataan slanga dari perkataan asal HOUSE.. Ejaan sebegitu dibuat bagi menjadikannya unik dan menarik perhatian contohnya seperti AcHiKz HoUz sebelum ini.. 
Haus disini bukanlah haus dalam Bahasa Malaysia..  Haus ini berasal Bahasa German yang bermaksud rumah atau boleh dimaksudkan juga dengan premis perniangaan.. Polo Haus adalah satu contoh label terkenal yang menggunakan perkataan ini.. 

2- Kenapa nak tukar dari HoUz ke HaUs??
Mesti ada yang rasa kenapa nak kena tukar walaupun pada dasarnya maksud perkataan adalah sama.. AcHiKz tukar sebab AcHiKz rasa perkataan haus ini lebih menarik perhatian berbanding perkataan houz yang mana rata-rata diantara kita kenal melalui label perniagaan dan juga nama premis perniagaan yang boleh dilihat dimana-mana.. 

3- Inginkan kelainan??
Yea, memang AcHiKz inginkan sedikit kelainan kerana bak kata fasilitator kursus AcHiKz pergi dulu kata "NAMA MELAMBANGKAN JENAMA" jadi pemilihan nama blog ni walaupun nampak ringkas tapi ia sebenarnya melambang diri AcHiKz yang mempunyai perwatakan ringkas dan bersahaja.. (^^)y

No comments: