Tuesday 22 November 2011

Tak nak gaduh2 okay..


Berbaloi la segala jerit2 AcHiKz semalam sampai mama kata "hang ingat hang kat Stadium Gelora Bung Karno ka sampai nak jerit2 macam tu??" Tahniah dan syabas AcHiKz ucapkan pada Harimau Muda yang berjaya memperoleh 'ibu segala pingat' semalam.. Betul la bak kata pengulas sukan Astro Arena semalam walaupun beratus pingat emas yang digondol pada sukan SEA kali ni tak sama rasanya bila dapat pingat emas yang satu ni.. Memang terharu kot, sampai nangis2 AcHiKz semalam, tambah2 bila lagu Negaraku berkumandang kat sana..

Semalam juga bermula la juga 'perang' kat Facebook atau mana2 laman web sosial yang meluahkan rasa tak puas hati bila Harimau Muda menang.. Banyak yang kata Harimau Muda bernasib baik aje sebab hanya menang sepakan penalti.. Kalau tak mau dah lebih 3 gol yang masuk.. Macam2 lagi la yang AcHiKz baca.. Junior AcHiKz yang belajar kat sana kata diorang dikecam untuk dicederakan.. Mau tak takut budak2 tu bila nak pi kelas pagi ni..

Apa yang AcHiKz harapkan segala perang macam ni biar la dihentikan.. Tak perlu semua ni, tak penting semua ni.. Tak kira la pasukan mana yang menang.. Kena terima dengan hati yang terbuka.. Mana perginya semangat kesukanan tu?? Akan ada juga ke komen2 yang tak sedap dibaca kalau bukan pasukan negara lain yang menang??

Pada yang masih berfikiran sempit, sila la buka minda tu seluas2nya dan terima kenyataan kalah memang tu adat permainan.. Buat yang terbaik pada masa akan datang.. Itu aje caranya, bukan ber'perang' dengan keluarkan kenyataan yang menyinggung pihak yang lain sebab kita ni berjiran dan selaku jiran kita saling memerlukan antara satu sama lain.. Jadi tak elok la kita sakitkan hati jiran, betul tak??

Pada pasukan Malaysia, tak kiralah apa sukan sekalipun, AcHiKz ucapkan terima kasih atas usaha gigih anda semua.. Terima kasih sebab dah mengharumkan nama negara kita dan semoga selamat balik semuanya..

6 comments:

Miz Fieza said...

tapi kan sian pada yg meninggal pasal bola punya pasal kan....semlm terjerit2 diorg tgk bola hahaha

L said...

nice... huhuhu.. dtg dr ht..=)

model pakaian muslim wanita said...

salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya

Aleen Aiden said...

muslim dihati!!!wuwuwuu..
waa mane ilang nih?da lame die xapdet gayanye nih. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

MPMW : terima kasih.. semoga success juga yea..

Wahida Nasution Thakhrim said...

aleen aiden : kadang2 mood tu datang tapi malas, time rajin nak menaip mood pula yang tak ada.. sebab tu diam aje.. awat?? rindu ke?? ha3