Sunday 26 June 2011

Jangan malas cuci tangan


Apa khabar semua?? Rindu kat AcHiKz tak?? AcHiKz ni dah lebih seminggu berkampung kat wad sebab maktok sakit.. Bergilir2 dengan 2 mak saudara dan sepupu.. Malam ni giliran AcHiKz jaga waktu malam.. Walaupun lagi beberapa minit nak masuk tengah malam tapi AcHiKz tak dapat nak lelapkan mata walaupun badan rasa letih..

Maktok disahkan ada ulcer pada ususnya dan dah selamat jalani pembedahan.. Tapi lepas tu doktor sahkan maktok kena strok pula.. Jadi buat masa ni keadaan maktok agak lemah dan diberi bantuan pernafasan..

Berbalik pada tajuk entry lewat malam ni, selama AcHiKz ada kat sini, AcHiKz perhatikan samada penjaga ataupun pelawat kurang peka soal kebersihan diri.. Terutamanya soal kebersihan tangan.. Tak salah untuk menyentuh pesakit tanda kita mengambil berat tapi eloklah kiranya tangan dicuci sebersihnya lepas itu.. Walaupun nampak remeh dan tak penting tapi ada yang masih tak sedar bahawa banyak penyakit boleh merebak melalui sentuhan.. Terutamanya bila bersalaman dengan kenalan..


Dua produk anti bakteria yang ada dipasaran..

Pastikan tangan dicuci dengan sabun anti bakteria atau sebarang produk yang membasmi kuman selepas menyentuh pesakit.. Ini dapat elakkan diri dan orang lain dari jangkitan kuman yang mampu melemahkan sistem pertahanan badan.. Tak ada sesiapa yang mahu sakit dan tak ada seorang pun yang gembira bila sakit melainkan orang tu sengaja sakit sebab tak nak pi kerja/kelas..

Jadi seeloknya mencegah daripada mengubati..

9 comments:

KAMIHIDUP said...

tangan banyak kuman, kalau tak cuci, bayangkanlah.

Wahida Nasution Thakhrim said...

betul tu.. seeloknya basuh tangan sebelum dan selepas uruskan pesakit.. jangan ambil remeh soal ni.. hospital ada banyak kuman yang kita tak tahu walaupun sepanjang masa wad dibersihkan..

IMANSHAH said...

terima kasih mengingatkan

Wahida Nasution Thakhrim said...

sama2.. (^^)

solomolo said...

kena dibawak ke mana-mana...

Akulah Pak Lan said...

Jadi duta kah?

Wahida Nasution Thakhrim said...

pak lan : ini bukan pasal jadi duta atau tak, ni kebersihan diri, kesihatan diri..

solomolo : bawak aje.. nak guna dah ada.. tak payah susah2 nak cari..

khaifaiz said...

baiklah achickz... kesihatan dan kebersihan diri itu penting

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : betul3.. (^^)