Hari ni ulang tahun Annisa Syahrul Nizam yang ke-6.. Walaupun jauh tapi AcHiKz tetap raikan hari lahir anak saudara AcHiKz.. Cuma sambut berdua aje dengan ayah sebab mama kerja.
Makan tengahari ni AcHiKz sediakan ikan terubuk bersambal yang dimasak dalam ketuhar..
Bahan-bahan :
1 ekor ikan terubuk saiz sederhana
garam dan serbuk kunyit
Sambal :
10-15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci belacan
Cara penyediaan :
1- bersihkan ikan dan lumur dengan garam dan kunyit.
2- kisar halus bahan2 sambal.
3- panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak kemudian disejukkan.
4- panaskan kuali leper dan tuangkan sedikit minyak.
5- goreng kedua2 belah ikan lebih kurang 3 minit.
6- sediakan aluminium foil, sapu sedikit minyak dan letakkan ikan terubuk tadi.
7- ratakan sambal diseluruh ikan termasuk bahagian luar.
8- bungkus masukkan dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 150 darjah Celcius.
9- masak ikan selama 30-40 minit.
10- hidangkan
8 comments:
peh, terubuk!!! sedap, manis.
Adoiiiii!!!!! Lapaq tengok Ikan Tu!!!
Singgah Dari :I Think OF
lama tak mkn ikan ni.. Mesti best gila hingga jilat ibu jari..
kamihidup : yea!! sedap, manis dan segar!!
taliff : kalau lapaq pi makan cepat..
khaifaiz : memang best gila!!
wahh.. sedap.. :)
Wahida : Tapi tu ikan terubuk tu~~~Sodap nyerrr~~~~Nak Jugak!!!!
Post a Comment