Saturday, 12 March 2011

Kek coklat untuk Ainina


Mulai petang tadi rumah AcHiKz riuh rendah dengan suara si Ainina, Anissa dan Daniel.. Diorang balik sempena cuti sekolah ni.. Terubat rindu AcHiKz, atuk dan nenek pada diorang..

Sampai2 aje Ainina tanya bila AcHiKz nak buat kek harijadi dia.. Nak kek coklat katanya sebab tak puas makan kek batik yang AcHiKz bekalkan pada dia masa pot luck di PraSekolah dulu..

Jadi AcHiKz pun tunaikan la permintaan si Ainina.. Tiga2 tunggu tepi AcHiKz, tengok dari awal sampai akhir proses buat kek..

si Anissa dan Daniel yang sabar menunggu..

Selongkar bekas bahan2, tak ada pulak dark chocolate, cuma ada white chocolate aje.. Belasah aje la.. Guna aje apa yang ada.. Tabur coklat urai, dah siap akhirnya kek coklat untuk Ainina..

Ini la hasilnya..

Selesai pun dah lewat malam jadi AcHiKz cakap pada diorang kek tu esok pagi baru boleh makan.. AcHiKz sangat yakin yang diorang bertiga tu akan bangun lebih awal dari biasa esok.. he3

2 comments:

Khidhir said...

Nampak menyelerakan la kek tu..nyum2..

Wahida Nasution Thakhrim said...

memang budak2 tu bangun awal esoknya.. nampak aje muka AcHiKz ni terus tanya 'bila nak potong kek ni??'