Tuesday, 22 March 2011

Aku benci rokok!!



AcHiKz nak join segmen anjuran bro BEN ASHAARI.. Nak join?? Klik SINI..

Kenapa AcHiKz benci rokok??
AcHiKz benci rokok sebab perokok pasif terutamanya warga emas dan kanak2 (secondhand smoke) yang lebih terdedah dengan masalah kesihatan berbanding perokok sendiri.. Tak kira la perokok tu dari kalangan lelaki ataupun wanita.. Yea, sekarang ni perokok wanita pun dah makin ramai.. AcHiKz ni nampak aje macam sihat, tapi sebenarnya AcHiKz ni pesakit asthma, jadi AcHiKz cepat rasa sesak nafas dan terbatuk2 bila terbau atau tersedut asap rokok.. Hidung ni memang sensitif pada bau rokok dan makin sensitif bila AcHiKz buat tonsilectomy pada dua tahun lepas.. Rasa nak marah aje bila terbau asap rokok yang busuk lagi sengit, itu belum kira asap dari rokok perasa strawberry lagi..

Pesanan untuk perokok dan bakal perokok :
Untuk perokok tegar tu, AcHiKz nasihatkan berhenti la demi kesihatan diri dan juga demi orang2 yang korang sayangi.. Biar la hidup lama tanpa sakit berbanding hidup lama tapi ada macam2 penyakit.. Pada bakal perokok pula AcHiKz rasa tak payah la korang nak cuba untuk merokok sebab tak nampak langsung kebaikan selain keburukan yang banyak diperkatakan..

Pendapat AcHiKz tentang perokok :
Kebanyakan perokok ni degil sebab tak ikut peraturan, terutamanya di kawasan larangan merokok.. Dah nampak tanda larangan merokok tapi tetap merokok juga walaupun secara sorok2, pada yang berani tu secara terang terangan aje diorang merokok.. Sikit pun tak nampak rasa bersalah walaupun banyak mata yang memandang.. AcHiKz harap mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling dan jangan pentingkan diri sendiri hanya kerana sebatang rokok..

7 comments:

c-tea said...

betul-betul..setuju sangat...yang paling penting..merokok membakar wang ringgit...adeh..

jom baca kisah sedih si perokok tegar..di sini...sensasi dari blog ct..

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/aku-cukup-benci-dengan-rokok.html

Rozita Ceritaita said...

Singgah dr blog ben

Tips Nak Berhenti Merokok

solomolo said...

Alhamdulillah...
sampai sekarang masih tidak merokok...

Wahida Nasution Thakhrim said...

c-tea : AcHiKz dah baca dan tinggalkan komen..

kak Rozita : terima kasih sebab singgah sini..

solo : bagus2.. (^^)

Wahida Nasution Thakhrim said...

perpatih : dah baca dan tinggalkan komen..

fizalinolie said...

Sama2lah kita katakan tidak pada rokok. Slamat berkenalan Achikz... Jaga diri dan kesihatan elok2 tau dan kalau boleh jauhkan diri dari org2 merokok... Rokok boleh menyesakkan pada yg ada asthma... Sedangkan akak ni pun semput kalau terhidu asap rokok :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

kak Fiza : selamat berkenalan.. terima kasih banyak2 sebab ingatkan AcHiKz..