Wednesday 21 April 2010

UiKs~ KaSi OrAnG LiNtAs JaLaN pUn KeNa MaRaH??


Makin tak faham aku tentang rakyat Malaysia sekarang ni walaupun aku ni warganegara Malaysia yang sah lagi asli.. he3.. Terutama sikap pemandu dijalan raya..

Apa yang aku dapat bila kasi seorang lelaki separuh buta, bertongkat bersama emaknya yang sudah berumur melintas jalan di lintasan Zebra?? Aku dapat bunyi hon yang sangat kuat dan isyarat tangan yang ber*&^%$#@!!
Salah ke aku kasi diorang berdua tu laluan?? Lagipun diorang tu bukan melintas di tempat yang salah.. Walaupun kat lintasan Zebra tu tak ada lampu isyarat, tapi sesiapa yang melintas mendapat hak untuk melintas dengan selamat walaupun pada masa itu masa puncak.. Betul tak??

Tak ada perbezaan status di jalan raya walau memandu big foot car sekali pun.. Jangan ingat dah memandu kereta besar, mewah lagi import boleh hon2 orang lain sesuka hati.. Ntah2 kalau boleh dia naik atas kereta comel yang aku pandu tadi mesti aku ni dah penyet agaknya.. Jangan la sekadar beli kereta ber'class' tapi pemikiran pemandunya langsung tak ada 'class'..

Mungkin la diorang ni tak rasa macam apa yang aku rasa.. Maksud aku kepuasaan lepas buat perkara yang baik.. Walaupun cuma beri laluan untuk orang melintas, aku dah betul2 puas hati.. Walaupun pertolongan yang aku beri tak la seberapa pun, tapi rasa puas selepas tu adalah PRICELESS!! Mungkin orang yang hulurkan bantuan aje yang faham perasaan aku ni..

Mesti korang nak tahu apa yang aku buat kat pemandu yang dah bagi aku isyarat tangan luar biasa tu, aku cuma angkat tangan aje.. Apa yang pemandu tu nak tafsir tentang tangan aku tu terpulang la pada dia.. Aku cuma kesian kat anak2 kecil dia yang ada dalam kereta tu, diorang dah belajar sesuatu yang baru dan sangat x sesuai ditunjuk dari seorang lelaki yang bergelar AYAH..

hu3.. KESIAN KAN~~

No comments: