Tuesday, 1 November 2016

Majlis Perkahwinan Adik Saya


Dah masuk setahun adik AcHiKz melangsungkan majlis perkahwinan sampai anak sedara terbaru AcHiKz pun dah masuk 8 bulan sekarang tapi AcHiKz baru nak muat naik gambar baju yang AcHiKz jahit untuk keluarga sempena majlis perkahwinan sebelah pihak kami iaitu pihak pengantin lelaki.

Pemilihan warna untuk pakaian keluarga dipilih oleh AcHiKz sendiri atas kebenaran adik. Jadi sebelum buat keputusan mata AcHiKz ni memang liar (ha3..) mencari warna yang sesuai. 
Dua ciri yang AcHiKz utamakan masa pilih warna kain :
1- warna yang sesuai dengan semua ahli keluarga
2- tak tenggelamkan pengantin bila bergambar ramai-ramai nanti

Jadi AcHiKz buat keputusan untuk guna dua warna dan AcHiKz dah fikirkan rekaan yang berbeza untuk setiap satu ahli keluarga.

Ini aje gambar yang sempat AcHiKz ambil dan selebihnya tak sempat sebab kejar masa. 12 pasang baju semuanya yang AcHiKz sediakan. Yang tak ada kat sini baju melayu ayah AcHiKz dan baju AcHiKz. Baju melayu abang AcHiKz sama macam baju melayu anak lelakinya (gambar dibawah)
**klik gambar untuk lebih jelas**


Baju Mak 

Baju Makcik

Baju kakak sulung.. Lebih kurang macam baju mak tapi bahagian depan dibuat Princess Cut manakala bahagian belakangnya terdapat susunan kain macam kain kipas..

Baju kakak kedua.. Kainnya skirt potongan A..



Dua baju diatas tu ditambah dengan perincian manik.. Hasilnya seperti gambar.

Baju anak saudara yang sulung. Bahagian hadapan terdapat 1 bahagian warna berbeza dan bahagian belakang juga dibuat sedemikian.

Baju anak sedara kedua. Bahagian hadapan berlawanan dengan bahagian belakang.

Thursday, 20 October 2016

Tutorial : Kain Kipas Depan


Hari ni AcHiKz nak tunjukkan cara-cara menjahit kain kipas depan. 

Kain kipas depan kini semakin mendapat perhatian penggemar fesyen terutama bila digayakan dengan kebaya pendek. Kata mama AcHiKz kain kipas depan ni zaman muda dia memang ramai yang pakai. 

Lepas tu lama menyepi tanpa berita dan sekarang ni kain kipas depan dah buat kemunculan semula. Nampaknya fesyen zaman dulu kembali mengganas dan bagi AcHiKz ini sebagai petanda positif yang mana pakaian tradisional kita sentiasa digemari dan tak lapuk ditelan zaman.. 

(kredit pada pemilik gambar)

**klik gambar untuk lebih jelas**

 Contoh pola asas skirt. 
Potong bahagian belakang macam biasa.

 Untuk bahagian depan kain, sediakan 20" lebar susun kain.

 Tandakan 22" dari bawah kain.
Lebih kurang paras lutut.

 Potong kain sama saja macam buat kain kipas belakang.
Lebar satu lipat kipas adalah 4".

 Tandakan setiap lipatan kipas.
Seterika setiap lipatan dengan suhu sederhana.

Jahit bahagian yang bertanda.
(Macam jahit kain kipas belakang)

 Jahit bahagian atas kipas.


 Jahit tindih bahagian kipas.

Sambungkan bahagian depan dan belakang kain macam biasa.


Dah siap!!

Tuesday, 18 October 2016

Tutorial : Kain Susun Lisu Melintang


Apa khabar semua? Lama dah AcHiKz tak kemas kini blog. Ada masa rasa malas, ada masa tu pula tempahan asyik masuk (alhamdulillah..) sampai asyik tumpu nak siapkan baju aje. Jadi hari ni rasa rajin tu datang. In shaa Allah AcHiKz akan kemas kini blog sekerap yang boleh.

Hari ni AcHiKz nak tunjuk cara menjahit kain susun lisu melintang. Jom kita mula!!
**Klik gambar untuk lebih jelas**

Contoh pola asas skirt. 
Bahagian belakang potong macam biasa. 
Nak zip dibelakang atau disisi kain itu ikut citarasa sendiri yea. Pelanggan AcHiKz ini suka zip kain sebelah tepi.

Untuk bahagian hadapan, AcHiKz sediakan lebar susun kain sebanyak 20".

Setiap susun kain lebarnya 4".

Tandakan setengah inci di penghujung garisan kedua hingga seterusnya. 
Ini penting sebagai panduan semasa melipat susun kain nanti.

   
Lipat kain seperti yang ditunjukkan. 
Bila dah selesai lipat susun kain bolehlah seterika dengan suhu sederhana untuk mendapatkan susun kain yang lebih kemas.

Ia akan jadi seperti ini.


Tandakan 22" dari bahagian bawah kain. 
Lebih kurang paras lutut. Kalau nak tinggi sikit pun boleh. 
Tanda ini penting bila nak jahit bahagian atas susun kain ini lepas ni. 



Jahit bahagian atas susun kain seperti yang bertanda merah. 
Bila dah selesai jahit bahagian atas, jahit pula bahagian bawah. Selain untuk dapatkan susun kain lebih kemas, ia juga memudahkan kerja menggosok kain nanti.. (^^)

Bahagian atas susun kain.

Bahagian bawah susun kain.

Selepas selesai jahit susun kain bolehlah sambungkan bahagian depan dan belakang kain macam biasa.

Ini gambar bahagian atas susun kain yang dah siap. 

Bahagian akhir jahit kain yang AcHiKz paling suka.


Inilah hasilnya!!

Saturday, 12 September 2015

Baju Kurung Moden Lining Penuh


Tempahan kali ini melibatkan banyak proses dimana kalau tak siap bahagian utama, bahagian lain tak boleh buat dan tak dapat la jadi sepasang baju.. Baju kurung moden yang mempunyai lining penuh (baju dan kain) dan ditambah pula dengan border lace pada kedua-dua lengan dan bahagian bawah baju.. Jom tengok!!

Gambar keseluruhan baju.. 

AcHiKz sertakan gambar bahagian lengan yang dijahit border lace..

Saturday, 17 January 2015

Ayam Goreng Berempah


Kalau dah tak tahu nak masak apa AcHiKz akan masak ayam goreng berempah saja.. Tapi selalunya rempah atau bahan perap tu  tak tetap dan mesti ada bahan lain yang AcHiKz akan tambah.. AcHiKz akan tunjuk bahan perapan asas yang AcHiKz selalu guna untuk buat ayam goreng berempah..  (^^)

Bahan-bahan :
Anggaran : 3-4 orang 

Daging ayam - bahagian dan saiz yang diingini
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
halia sebesar ibu jari
lada hitam - ditumbuk kasar
jintan manis - ditumbuk kasar 
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara penyediaan :
1- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan serai tadi..
2- Bahan tumbuk tadi digaul sekata bersama daging ayam, lada hitam dan jintan manis.. Perasakan dengan garam secukup rasa..
3- Perap ayam mengikut tempoh yang diingini.. Paling kurang pun 30 minit..
4- Panaskan minyak dan ayam digoreng hingga masak kekuningan..

** AcHiKz selalu goreng perapan selepas selesai goreng semua ayam sebab AcHiKz suka perapan yang garing.. Boleh saja goreng bersama ayam tapi kena rajin kacau utk pastikan perapan masak sekata dan tak hangit..

Wednesday, 14 January 2015

Kacang Bendi Goreng Telur


Mak minta masak sayur untuk makan tengahari jadi bila selongkar peti sejuk AcHiKz terjumpa kacang bendi.. Jom masak sayur kacang bendi goreng telur!!

Bahan-bahan :
Anggaran : 3-4 orang

Kacang bendi - dipotong serong (ikut kreativiti anda)
3 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
2 tangkai Cili merah
3 tangkai Cili api
segenggam Udang kering
1 butir Telur
Minyak masak untuk menumis

Cara menyediaan :
1- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan juga udang kering..
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.. 
3- Masukkan telur yang telah dikacau dan goreng seketika..
4- Masukkan kacang bendi dan kacau sehingga kacang masak..

** AcHiKz tak gunakan garam langsung dalam masakan ni sebab rasa masin datangnya dari udang kering.. Kalau nak kurangkan rasa masin, boleh rendam sekejap udang kering sebelum ditumbuk..

AcHiKz tumbuk bahan-bahan tu sedikit kasar sebab kalau tumbuk halus sangat rasa macam kurang sedap pulak..

Tadaa~~  (^^)

Friday, 9 January 2015

Girl Long Sleeve Dress

Nyaris-nyaris nak terpadam gambar ni.. Leka sangat mata dok tonton drama, jari ni main tekan-tekan aje.. Kali ni AcHiKz nak kongsi satu lagi pakaian kanak-kanak yang AcHiKz telah jahit..

AcHiKz gunakan kain kapas corak berbunga pada bahagian atas dress dan juga dipergelangan tangan.. Manakala bahagian bawah (skirt) dan juga lengan dress ni AcHiKz gunakan kain polos warna biru gelap.. Teknik box pleats atau lisu bertentangan digunakan dalam jahitan skirt dress ini..


Jahitan bahagian skirt dress adalah seperti ini.. Gambar dari Children's Fashion Workshop


Selain lisu bertentangan, terdapat beberapa jenis lisu yang boleh digunakan mengikut kreativiti kita.. 
Gambar dari X Marks the Scot