Wednesday, 24 November 2010

FaCeBoOk PuNcA kEs PeNcErAiAn MeNiNgKaT??

MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.

Gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat tahun demi tahun.

Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook.

Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.

Presidennya, Marlene Eskind Moses, dipetik sebagi berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.

Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.

“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.

“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.

“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,” kata Naib Presiden AAML, Kenneth Altshuler.

Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.


sumber : Utusan Online


AcHiKz : beringat2 la masa ber'Facebook'.. jangan ghairah sangat..

TaK sUkA!!


Tak suka la.. Tiap2 bulan jadi macam ni walaupun AcHiKz tak muat turun fail yang berat.. Tiap2 bulan jumlah bil sama aje, tak ada pun melebihi yang sepatutnya.. Bayar bil pun tepat pada masa.. Tak pernah lewat pun..

AcHiKz dah selesai menyapu, siram pokok atau sidai baju pun masih belum habis loadingnya.. Geram!! (><#)

p/s : nak terbitkan entry ni pun dah ambil masa lama..

NeEd SoMe sPiCe iN LiFe



LIFE - Life indeed would be dull if there were no such difficulties..

Monday, 22 November 2010

LeT's jOiN bOoMbAsTiC bLoG aWaRd



AcHiKz dah join, korang bila lagi??
3 syarat mudah untuk sertai contest ni.. Semudah hafal ABC..

1- Jadi follower blog USTAZ

2- Copy gambar award kat atas dan buatkan link.. Buat satu entry yang MELETOP (letakkan di side bar juga)

3- tinggalkan link dan tag 3 orang rakan..

Sunday, 21 November 2010

AcHiKz 2nD AwArD!!


Terima kasih3.. AcHiKz sangat berbesar hati sebab hari ini aje dah 2 award AcHiKz dapat.. Award kali ni AcHiKz dapat dari Pink Merah Jambu..

1- Thanks to the person who gives you award and link the person..
Already mention above.. Click the link to pay her a visit..

2- Spread the words to 15 blogger who you like and fine their blog are awsome :
(tadi dah senaraikan 10.. kali ni dapat senaraikan 5 aje.. bakinya insyaALLAH lain kali..)

AcHiKz FiRsT AwArD!!


Wow!! Tak sangka!! Tak sangka sebab AcHiKz HoUz dapat award pertama.. Award diberi oleh shekechik..

Meh AcHiKz jawab soalan2 tu..

1. Berikan satu nickname untuk saya
SI COMEL

2. Ucapan untuk pemberi award
Terima kasih banyak2.. Tak sangka pula boleh dapat award ni.. AcHiKz HoUz ni ringkas2 aje..

3. Enam (6) favourite artist@singer@band group yang korang minat
L'Arc~en~ciel
Sheila On 7
The Rasmus
6ixth Sense
KRU
Westlife

**banyak yang AcHiKz minat tapi bila ditanya soalan macam ni cuma dapat ingat beberapa aje la..

4. Tag 10 orang

KeSyUkUrAn BeRgAnDa Di AiDilaDhA



Comelkan?? Ini anak kawan sekolah AcHiKz.. AcHiKz dengan Raihan pi melawat diorang semalam.. Namanya Muhammad Ariff Adha sebab dia lahir pada awal pagi Hari Raya Aidiladha..

Kalau bulan November tahun lepas, AcHiKz jadi pengapit untuk majlis kahwin ibu dan abah Ariff, bulan November tahun ni pula AcHiKz dah jadi makcik kepada Ariff.. Seronok bila tengok banyak perkara yang baik berlaku dalam masa setahun ni..

AcHiKz harap Ariff membesar dengan sihat.. Nanti boleh la AcHiKz dan makcik Raihan bawa Ariff jalan2.. (^^)