Monday 5 January 2015

Perbezaan antara Baju Kurung Pesak Gantung, Baju Kurung Riau dan Baju Kurung Pahang


Sebelum AcHiKz boleh menjahit, AcHiKz teringin pakai baju kurung rekaan lain selain baju kurung pesak buluh.. Walaupun tahu nama tapi AcHiKz tak berani nak tempah sebab takut apa yang AcHiKz bayangkan tak sama bila baju dah siap.. Niat AcHiKz dipendamkan aje dan hanya tertunai bila AcHiKz jadi tukang jahit..

Ada yang panggil Baju Kurung Pesak Gantung (BKPG), ada yang panggil Baju Kurung Riau (BKR) dan ada juga yang panggil Baju Kurung Pahang (BKP).. Jadi bila ada pelanggan datang tempah baju kurung sebegini kat AcHiKz, ada satu soalan utama yang AcHiKz akan tanya, 

"PESAK BAWAH TU NAK YANG SEKEPING ATAU BERBELAH?"  

Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan ataupun salah faham pelanggan, AcHiKz lukislah tiga lakaran pesak baju seperti dibawah.. Selain untuk pastikan AcHiKz siapkan tempahan mengikut permintaan pelanggan lakaran ini juga diharap membantu pelanggan membezakan nama baju kurung ni agar memudahkan mereka membuat tempahan pada masa akan datang.. Penerangan AcHiKz ni hanya berdasarkan pembelajaran dan pemahaman AcHiKz.. Jom tengok lakaran AcHiKz yang tak seberapa ni..  (><")

(1) Baju Kurung Pesak Gantung

BKPG terdiri dari pesak atas dan pesak bawah dimana bahagian tepi pesak bawah ini berbelah.. Maksud disini adalah dua keping potongan pesak bawah dicantum bagi mendapatkan pesak untuk sebelah lengan.. Rujuk rajah dibawah untuk lebih faham..


(2) Baju Kurung Riau (BKR)

Pesak bawah BKR ini hanya terdiri sekeping potongan kain sahaja.. Nampak tak simbol tiga bulat kecil dalam lakaran AcHiKz tu?? Itu maknanya tanda lipatan pada kain.. Simbol yang sama juga terdapat pada rajah yang AcHiKz sertakan dibawah..


(3) Baju Kurung Pahang
Baju kurung Pahang rekaan pesaknya menyamai dua baju kurung yang AcHiKz tunjukkan tadi namun ada perbezaan yang amat ketara iaitu baju kurung ini berbelah di bahagian hadapan, dari leher hingga ke bawah dan mempunyai leher cekak musang.. 


Disebabkan tak pernah tengok dan pegang sendiri BKP ni jadi AcHiKz tak pasti samada pesak bawahnya tu berbelah atau lipatan.. Pemakaian baju kurung ini dilengkapkan dengan pemakaian butang atau keronsang dengan bilangan ganjil samada tujuh atau sembilan butir..

Ini contoh baju kurung pahang yang AcHiKz dapat cari melalui encik Google.. Gambar dari Mimbar Kata..

Untuk melengkapkan baju kurung ini, terdapat 3 pilihan kain yang boleh dipilih iaitu kain susu tepi (kain susun untuk baju kurung pesak buluh), kain selisih dan kain susun kipas..

5 comments:

ietams said...

terima kasih kongsikan ilmu ni ye.
moga murah rezeki sentiasa.

Siti A. said...

Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu tentang perbezaan baju kurung ini.

Suzanaism said...

Assalam sis, terima kasih berkongsi info berkenaan perbezaan bju kurung yang ramai kurang maklum...sya share tulisan sis di fb dan G+

Unknown said...

tq for sharing...sgt bmanafaat..tapi bagaimana perbezaan dengan lenganpula ye achikz..💕💕💕

Buds of April said...

Terima kasih di atas pencerahan. Terbaik. Baju kurung yg ada kekek pula apa?