Thursday, 28 April 2011

Tak begitu penting tapi perlu tahu


Semalam masa dok seronok melayan drama Korea tiba2 Samsung Champ AcHiKz berbunyi.. Ada mesej dari Din minta tolong AcHiKz dapatkan nombor aduan Tenaga Nasional Berhad (TNB).. Pelik la juga tapi AcHiKz kasi aje la nombor aduan TNB tu..

Lebih kurang 10 minit lepas tu, baru la Din beritahu yang kawasan asramanya tu tak ada bekalan elektrik sedangkan rumah2 orang kampung yang berdekatan dengan asrama tak berlaku gangguan bekalan elektrik pun..

Selain nombot talian kecemasan, AcHiKz rasa setiap orang perlu simpan nombor2 telefon ni..

TNB Careline :
15454 (talian tetap dan telefon bimbit)
**selain buat aduan melalui panggilan telefon, aduan juga boleh dibuat menerusi SMS.. untuk maklumat lanjut boleh klik SINI..

Telekom Malaysia (TM) Customer Support :
Talian tetap : 100
Telefon bimbit : 1 300 888 123
untuk maklumat lanjut boleh klik SINI..

Mungkin buat masa ni rasa tak perlu, tapi bila nak guna nanti tak payah nak cari2 lagi..

Telur Puyuh Berlada Hijau


Menu untuk makan tengahari :


Bahan-bahan :
15 tangkai cili api hijau
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
30 biji telur puyuh - direbus
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
1- cili api, bawang putih dan halia ditumbuk kasar (nak kisar pakai blender pun boleh aje..)
2- tumiskan bahan tadi sehingga naik bau.
3- masukkan bahan perasa. masak sehingga cilinya garing.
4- masukkan telur, bawang besar dan cili merah. kacau hingga sebati untuk beberapa minit.
5- hidangkan.

Teka Teki RM10


**klik untuk besarkan gambar..

Dah nak tido tiba2 ternampak pula ada jemputan khas dari KAMIHIDUP untuk sertai TEKA TEKI RM10.. Pada yang berminat boleh la klik link yang ada bawah gambar tu..

Sebut pasal gambar diatas, gambar apa tu?? Terkebil2 mata AcHiKz yang separa mengantuk ni dok tenung.. Sekali pandang macam makanan, sekali pandang macam haiwan pun ada.. Maklumlah, bila mata dah mengantuk, benda yang berbeza rupa pun nampak sama aje.. he3

Teka teki ni akan tamat pada 08hb Mei 2011..

Hadiah : TopUp RM10 buat 5 pemenang..

Wednesday, 27 April 2011

You're my 400th vViP!!



Terima kasih tak terhingga AcHiKz ucapkan pada Hariz Chacho (dalam petak kuning tu) dari Kurta Lusuh yang jadi vViP AcHiKz yang ke-400.. Pada sesiapa yang nak baca boleh la klik SINI..

Hariz ni baru aje melibatkan diri dengan blog.. AcHiKz harap Hariz akan terus menulis dan kongsikan perkara menarik untuk tatapan kita semua..

Terima kasih sekali lagi dan selamat berjaya AcHiKz ucapkan..
(^^)y

Tuesday, 26 April 2011

Puding Jagung Berkrim


Ini minum petang AcHiKz dua hari yang lepas tapi hari ni baru nak post resipinya..

Bahan-bahan :
3 biji telur
200gram gula
120gram serbuk kastard
1 tin krimer sejat
1 cawan santan pekat
1 tin jagung berkrim
1 sudu teh esen vanila

Cara penyedian :
1- pukul telur dengan gula hingga kembang.
2- larutkan serbuk kastard dengan krimer sejat.
3- campurkan bahan telur, bahan kastard bersama campuran santan, dan esen vanila.
4- tapis campuran kastard untuk dapatkan kastard yang licin dan tak berketul.
5- masukkan jagung berkrim dan masak diatas api yang sederhana. kacau sehingga adunan jadi pekat.
6- tuangkan adunan dalam acuan dan biarkan ia sejuk.
7- potong ikut saiz yang dikehendaki dan hidangkan.



jemput makan semua!! (^^)

AcHiKz Favourite Kick Start Song!!


Selamat pagi semua!! Hari ni dah masuk hari Selasa dan AcHiKz harap tak ada la Monday Blues lagi.. Pada yang dah kerja, kerja rajin2 yea.. Yang masih belajar tak kira la sekolah rendah ke, menengah ke, kolej atau universiti, korang guna istilah 'study hard' ke 'study smart' ke AcHiKz tak peduli yang penting korang belajar.. Pada yang dok 'tanam anggur' macam AcHiKz ni, marilah sama2 kita teruskan usaha mencari kerja.. Jangan putus asa yea..

AcHiKz nak kongsi lagu yang kerap AcHiKz dengar pagi2.. Lagu penaik semangat gitu.. AcHiKz suka lagu ni sebab muziknya catchy dan it makes you wanna move your body.. he3

Enjoy!! (^^)


p/s : jangan segan2 untuk bergoyang okay.. he3

Sunday, 24 April 2011

Contest : Gambar Destop Lappy!!


Kali ni AcHiKz nak sertai satu contest anjuran Arcma Baharin dari Another Story To Tell You.. Klik SINI untuk maklumat lanjut.. Nak tengok gambar apa yang AcHiKz letak kat netbook AcHiKz??


Kenal tak?? Kenal tak?? Siapa yang kipas-susah-mati drama2 Korea mesti kenal siapa mamat jambu ni.. AcHiKz dah minat pada mamat ni masa tonton drama Hong Gil-Dong.. Makin minat dia dalam drama Beethoven Virus..

Tapi dalam drama He's Beautiful dan Marry me, Mary!! yang buat AcHiKz makin menggilai mamat korea yang sorang ni.. Sebab itu la AcHiKz ambil gambar ni buat wallpaper destop AcHiKz..

Contest ni sedang berlangsung dan akan tamat pada 14hb Mei 2011..

AcHiKz nak tag :