Saturday, 18 October 2014

Penjenamaan Semula


Seperti tajuk post, AcHiKz HoUz melalui penjenamaan semula dari AcHiKz HoUz kepada AcHiKz HaUs.. 

1- Perbezaan ke antara HOUZ dan HAUS?? 
Houz adalah perkataan slanga dari perkataan asal HOUSE.. Ejaan sebegitu dibuat bagi menjadikannya unik dan menarik perhatian contohnya seperti AcHiKz HoUz sebelum ini.. 
Haus disini bukanlah haus dalam Bahasa Malaysia..  Haus ini berasal Bahasa German yang bermaksud rumah atau boleh dimaksudkan juga dengan premis perniangaan.. Polo Haus adalah satu contoh label terkenal yang menggunakan perkataan ini.. 

2- Kenapa nak tukar dari HoUz ke HaUs??
Mesti ada yang rasa kenapa nak kena tukar walaupun pada dasarnya maksud perkataan adalah sama.. AcHiKz tukar sebab AcHiKz rasa perkataan haus ini lebih menarik perhatian berbanding perkataan houz yang mana rata-rata diantara kita kenal melalui label perniagaan dan juga nama premis perniagaan yang boleh dilihat dimana-mana.. 

3- Inginkan kelainan??
Yea, memang AcHiKz inginkan sedikit kelainan kerana bak kata fasilitator kursus AcHiKz pergi dulu kata "NAMA MELAMBANGKAN JENAMA" jadi pemilihan nama blog ni walaupun nampak ringkas tapi ia sebenarnya melambang diri AcHiKz yang mempunyai perwatakan ringkas dan bersahaja.. (^^)y

Berhabuk!!


Dasyat!! 

Itu la yang boleh AcHiKz boleh katakan untuk gambarkan betapa tebalnya 'habuk' kat AcHiKz HoUz ni.. Entry terakhir pun pada 13 Julai 2012.. AcHiKz ulang semula yea, 13 Julai 2012!! Yea, kalau tak silap habuk yang dah masuk 2 tahun, 3 bulan dan 5 hari.. Lama sangat kan.. (^^")

Walaupun mungkin tak seaktif macam dulu tapi AcHiKz akan cuba luangkan masa untuk kemaskini blog dan cerita perkembangan terbaru AcHiKz.. Terima kasih pada pembaca yang singgah sini dan AcHiKz minta maaf banyak-banyak kalau ada komen yang AcHiKz tak balas sebelum ni..

Friday, 13 July 2012

AcHiKz dah habis belajar!!


Huh!! Lama betul AcHiKz tak update blog.. Hampir 4 bulan!! Bukan AcHiKz dah lupakan korang tapi AcHiKz agak sibuk bila masuk 2 bulan terakhir pengajian.. Nak kejar modul pengajian, nak siapkan pakaian dalam setiap modul.. itu belum tambah lagi pakaian diluar modul yang kami semua nak belajar.. Memang padat la sampai ada pakaian yang nyaris2 tak sempat siap sebelum tarikh akhir pengajian..

Semua penat lelah berbaloi bila berjaya juga siapkan semua pakaian dan berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya.. Alhamdulillah!!  (^^)

Tanggal 28hb Jun lepas hari terakhir pengajian dan juga hari berlangsungnya Majlis Tamat Latihan yang diadakan di Permaipura Golf & Country Club.. Terima kasih pada semua tenaga pengajar yang bersusah payah untuk menganjurkan majlis yang sangat bermakna buat AcHiKz dan pelatih2 lain..

dengan ahli kumpulan 3..
dari kiri : Wanie, Kak Mahwi, Eyza, AcHiKz dan Hanin..


dengan member2 bengkel dan tenaga pengajar..


hasil usaha dan penat lelah yang berbaloi..

Lepas ni AcHiKz dan 5 orang yang lain akan ada di Incubator Jahitan selama 6 bulan.. Nak tempah baju datanglah kat sana yea.. AcHiKz nantikan kedatangan korang..

Friday, 23 March 2012

Projek : Blaus Kolar Mandarin, Lengan Bishop Belah Berkun


Sibuk dengan macam2 aktiviti dan juga cuti sakan selama seminggu sekarang ni la baru ada masa nak menaip.. AcHiKz sedar yang sekarang ni AcHiKz dah jarang nak update blog sebab sibuk dan letih dengan kelas.. AcHiKz janji AcHiKz akan usaha luangkan sikit masa update blog dan kongsikan aktiviti AcHiKz..

Kali ni AcHiKz nak tunjukkan hasil kerja AcHiKz iaitu Blaus Kolar Mandarin, Lengan Bishop Belah Berkun.. Kolar Mandarin mesti semua orang tau, tapi rasanya Lengan Bishop mesti ada yang tak tahu.. Lengan Bishop tu hampir sama lengan kemeja tapi hujung lengannya dikedutkan.. Selain tu, ada belahan pada hujung lengan dan berbutang pada kafnya..


Rujuk 'buku resipi' untuk lukis pola pakaian..


Tengah semat pola pada kain.. Kena ukur dan potong kain betul2.. Kalau silap bukannya boleh sambung2 lagi..


Salah sorang krew dalam team AcHiKz.. Eyza namanya..


Inilah hasilnya!! Tunggu nak jahit lubang butang aje.. AcHiKz lupa nak snap gambar masa sambung semua bahagian2 blaus sebab AcHiKz fokus untuk siapkan blaus ni dalam masa yang ditetapkan..


Buat nota kat meja belakang (tunggu yang lain siap jahit blaus) sambil berfacebook.. he3

Friday, 16 March 2012

Diorang dah kahwin!!


Apa khabar semua?? AcHiKz memang letih mata tiap kali balik kelas.. Tak larat nak tahan mata sampai tengah malam.. Paling lewat pun sampai pukul 10.30 malam aje.. Hari cuti (Jumaat & Sabtu) pula AcHiKz cover balik tido yang lepas2.. Dah jarang jumpa kawan2, jarang lepak2 dan jarang sekali keluar bershopping macam dulu..

Ingat tak entry ni?? Bukan apa, cuma nak cerita yang si Y dan si E dah selamat dan dengan sahnya menjadi suami isteri petang tadi lepas Solat Asar.. Majlis perkahwinan si E akan berlangsung esok dan si Y pada hari Ahad.. AcHiKz dapat pergi esok aje sebab hari ahad kelas dah mula lepas seminggu AcHiKz bercuti sakan.. Kalau nak pergi juga lepas kelas baru boleh datang, itu pun dah lewat sangat.. Pukul 5.30 petang baru habis kelas, dalam pukul 6.00 petang macam tu baru sampai rumah kenduri.. Dah pergi 1 pihak pun kira okay dari tak pergi langsung betul tak??

Siapa la agaknya kawan2 sekolah yang akan jumpa nanti.. Maklumlah, masing2 dah bawa haluan sendiri.. Kebanyakkannya dah tak tinggal kat SP lagi.. Jauh2 belaka.. Cuma AcHiKz aje yang jadi penduduk SP yang setia.. he3

AcHiKz nak ucapkan tahniah kat Y dan suri hatinya si E.. Semoga ikatan suci yang korang jalin bersama sentiasa erat, mesra dan berkekalan hingga akhir hayat..

Wednesday, 25 January 2012

Rasa tak sihat berterusan..


Seronokkan bila dapat jumpa keluarga dan kawan2 yang dah lama tak jumpa (agaknya lepas habis aje SPM, STPM terus aje tak jumpa) sempena Tahun Baru Cina (TBC) ni?? AcHiKz pun rasa macam tu juga, terutamanya nak la lepak2 sembang2 panjang dengan schoolmate tingkatan 6 yang balik Malaysia sempena TBC ni.. Dia kerja kat Korea Selatan, kerja dengan satu jenama yang terkenal la.. Bertuah betul dia.. Bila dia cerita dia dapat kerja kat sana dulu, AcHiKz menjerit ala2 fangirl yang menjerit sakan bila jumpa artis pujaan diorang.. Disebabkan dia juga la AcHiKz berazam nak kerja kuat, kumpul duit banyak2 dan nak melancong kat sana.. Buat masa ni cuma tersenarai aje dalam wishlist.. AcHiKz harap akan jadi kenyataan la..

Apa boleh buat, segala rancangan hanya tinggal rancangan bila AcHiKz demam teruk sampai tak keluar suara.. Terbaring la, berkurung la AcHiKz dalam bilik.. Tekak sakit sangat sampai nak menelan air liur pun payah.. Kali terakhir AcHiKz jadi macam ni masa kena tonsil dulu.. Makan?? Mampu tengok mama dan ayah makan aje la.. Nak hirup sup ayam pun tak mampu..

Hari ni AcHiKz tetap juga la pi kelas walaupun tak 100% sihat.. Hari tu masa lutut terkoyak dah MC 4 hari, kalau MC juga kali ni macam tak cukup aje kedatangan.. Nanti diorang tak kasi ambil exam macamana kan?? Demam dah baik tapi suara tu masih serak2 seksi gitu.. Entah berapa banyak AcHiKz ambil ubat sakit tekak pun tak ingat lagi.. Lidah ni macam dah kebas.. Harap tak la berlanjutan kalau tak jenuh la nak ber'surat cinta' bila bercakap.. ha3

Oh, lupa nak cerita pasal lutut.. Jahitan terkoyak sebab jatuh dalam bengkel.. Kena betul2 kat jahitan.. Meraung sakan la AcHiKz dalam bengkel.. Sekarang ni masih, masih lagi dalam proses penyembuhan..

Apa yang boleh AcHiKz cakap, susahnya bila tak boleh bengkok lutut.. (T^T)

Tuesday, 10 January 2012

Lutut AcHiKz terkoyak


AcHiKz tengah berehat kat rumah walaupun baru 24 jam menjalani minggu oriantasi disebabkan cedera kat lutut..

Dah selesai kuliah Maghrib dan solat Isyak berjemaah kami semua bersiap2 la untuk aktiviti pembukaan iaitu jalan lasak.. Masa penerangan dulu dah diberitahu jalan lasak sejauh 10km, tapi bila dah sampai kem ni, jurulatih cakap kena jalan 12.5 km pula.. Memang diluar jangkaan la.. Terus terang, AcHiKz agak risau la sebab belum tentu dapat selesaikan 10km, ini dah tambah sampai 12.5km lagi la AcHiKz risau.. Tapi AcHiKz nak juga cuba dan bertekad nak jalan sejauh yang AcHiKz mampu..

Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dilepaskan setiap 10 minit.. Kumpulan AcHiKz adalah kumpulan ke-3 yang dilepaskan.. Selain alat2 keselamatan, kami ditemani oleh veteran ATM yang bertindak sebagai fasilitator.. Laluannya berbagai2, keadaan jalan pun berbeza2.. Sekejap berpasir, sekejap tanah merah, sekejap jalan tar dan kebanyakkannya jalan yang berbatu2.. Pakai lapik tebal kat kasut pun masih terasa batu bila berjalan..

Masa tengah jalan atas batas antara bendang, AcHiKz jatuh sebab tersandung batu.. AcHiKz tak periksa luka tu sebab AchiKz ingat luka sikit2 aje la jadi AcHiKz teruskan perjalanan.. Rasanya dalam 6km terakhir AcHiKz dah makin letih, rasa sakit kat tapak kaki pun makin terasa terfikir nak mengalah tapi kawan2 dalam kumpulan banyak kasi semangat dan diorang yakin AcHiKz mampu habiskan perjalanan..

AcHiKz teruskan juga berjalan walaupun tak yakin akan sampai.. Sambil berjalan AcHiKz katakan pada diri AcHiKz yang AcHiKz berjalan ni untuk diri sendiri, untuk keluarga dan kawan2 yang banyak bagi semangat.. Kalau AcHiKz tak mampu nak habiskan sejauh ni, macamana AcHiKz nak lalui masa depan kalau cepat sangat mengalah..

Akhirnya AcHiKz sampai juga kat garisan penamat walaupun jalan terhenjut2.. Perasaan masa tu memang bercampur2.. Bangga pada diri sendiri, gembira, bersyukur, lega pun ada.. Letih punya pasal, AcHiKz tak ingat pun pasal lutut AcHiKz tu..

Esok pagi baru sedar yang lutut tu terkoyak.. Banyak juga la darah dah bazir keluar, dari lutut sampai kaki seluar tu nampak kesan darah meleleh.. Cepat2 salah seorang pengajar bawa AcHiKz pi A&E Hospital Yan.. Lutut AcHiKz terima 4 jahitan, diberi cuti sakit dan dibenarkan pulang ke rumah..

Tak dapat la AcHiKz nak habiskan minggu orientasi ni.. Sedih juga tapi apa boleh buat.. Kena berehat saja kat rumah.. Buat masa ni lutut AcHiKz tak boleh nak bengkok sebab takut jahitannya terkoyak dan luka makin besar.. Jadi AcHiKz banyak habiskan masa atas katil aje la.. Rasa sakit tu memang ada, tambah2 bila ubat bius dah habis.. Nak bergerak tu tak ada masalah, cuma susah sikit bila nak berurusan dalam bilik air, kena perlahan2 dan kena pastikan luka tak terkena air..