11 November 2011.. Satu tarikh yang unik dan ramai orang nak abadikan tarikh istimewa ni dalam sejarah hidup diorang.. Salah sorang darinya adalah si Rabiah.. Dia selamat menjadi suri idaman a.k.a orang rumah pada jejaka pilihan hati iaitu Mohd Azwan yang berasal dari Grik, Perak..
Majlis akad nikah ni berlangsung di Masjid Taman Intan, Sungai Petani lepas solat Asar.. Ada 3 pasangan lain yang akan bernikah bersama2 Rabiah dan Azwan.. Memang ramai la sanak saudara pasangan yang sama2 menyaksikan saat istimewa lagi bersejarah ni..
si Rabiah tengah sabar tunggu giliran.. dia dengan Azwan pasangan yang terakhir akan dinikahkan..
dinar emas sebagai mas kahwin..
ini si Amie dan anaknya Mohd Ariff Adha.. AcHiKz bawa Amie sebab dia tak dapat nak hadiri majlis perkahwinan sebab esoknya dia kena kerja.. si Amie ni jururawat..
Gambar akad nikah tak banyak sebab si Ariff dah bising2 sebab panas.. Jadi lepas aje selesai terus balik.. Kalau tak, nak juga ke rumah Rabiah sebab Laily ada kat sana..
Ini pula gambar2 majlis perkahwinan Rabiah keesokkan harinya yang AcHiKz salin dan lekat dari Facebook si Laily sebab AcHiKz tertinggal kamera.. Terima kasih banyak2 yea Laily.. (^^)
senyuman si Rabiah yang priceless!!
si Rabiah dan Azwan dihari gembira mereka.. terlupa sebenarnya nak masukkan gambar ni tadi sampai kena edit balik entry.. kena la letak gambar pengantin lelaki kalau tak dia merajuk, tak nak kasi AcHiKz jumpa Rabiah pula nanti.. he3
dari kiri : si Fairuz, AcHiKz dan Laily..
dari kiri : si Azwa, kak Pah, AcHiKz dan Fairuz..
gambar penutup sebelum balik..
Memang seronok la sebab dapat jumpa kawan2 sekolah yang dah lama tak jumpa.. Kali ni lagi ramai dari mini reunion Aidilfitri dulu..
AcHiKz doakan agar ikatan yang dijalinkan atas rasa kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain berkekalan sehingga akhir hayat..
No comments:
Post a Comment