Saturday, 15 October 2011

AcHiKz da Tailor


Apa khabar semua?? Rindu AcHiKz tak?? AcHiKz rindu sangat2 kat korang.. Harap korang semua sihat2 aje la yea.. Cuaca pun tak berapa nak menentu.. Kejap panas, kejap hujan.. Ramai yang demam sekarang ni.. AcHiKz pun asyik kena selsema aje..

Okay, hari ni AcHiKz nak kongsi dengan korang salah satu perkara yang AcHiKz suka buat iaitu menjahit.. Tak ada la pandai sangat pun, setakat jahit sarung bantal, langsir tu boleh la.. Yang perlu jahit lurus2 tu AcHiKz boleh la buat.. Kalau nak tahu, AcHiKz ada 1 projek jahitan yang terbengkalai.. AcHiKz buat comforter dari cantuman2 kain.. Kain yang dipotong ikut ukuran tertentu, dibentuk dan dicantum dengan 100% jahitan tangan.. Projek ni dah lama AcHiKz mula tau, tapi tak selesai2 lagi.. Setakat ni cuma separuh aje yang siap sebab AcHiKz rancang buat ikut katil bersaiz King.. AcHiKz mula projek ni pada hujung tahun 2004 tapi sampai hari ni tak siap2 lagi.. Masuk aje kolej terus tak pegang dah.. Sekarang ni aje baru mula balik, itu pun ikut mood..

Minggu lepas AcHiKz dan Maksu mendaftar untuk belajar jahit pakaian.. Pakaian pertama yang AcHiKz belajar adalah Baju Melayu Tradisional..

Meja kerja AcHiKz yang kelam kabut.. Maklumlah baru hari ni belajar, pegang semuanya tak kena..

AcHiKz baru selesai gunting kain untuk baju.. Macam kat gambar tu, itu bahagian pesak.. Maaf la yea, gambar tak banyak sebab dah separuh jalan baru teringat nak tangkap gambar.. Mungkin lepas ni AcHiKz akan tangkap sebanyak yang mungkin..

Salah seorang makcik yang belajar sekelas dengan AcHiKz..

Maksu tengah buat kira2..

Dah sedia nak melukis..

Akhirnya~~ Dekat sejam juga la AcHiKz dok pulun mengira, mengukur dan melukis bak pelukis pelan dapat juga AcHiKz potong kain untuk seluar..

Bersambung la yea.. Tunggu~~ (^^)

2 comments:

Latika.Dot.Dot. said...

syoknya kak cik, lepas ni jadi tukang jahit terkaya lahhhhh!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

amin!! harap masin ler mulut kamu tu ika..