Thursday 13 May 2010

PeRuT TeRkEjUt


Sejak dah habis exam ni memang susah la nak tengok aku bangun awal pagi macam selalu.. Lepas sarapan terus buat apa2 yang patut.. Tapi sejak habis aje exam ni aku dah tak bangun awal.. Paling awal pun pukul 12 tengahari.. Kerja rumah pun aku buat petang2.. Basuh baju pun malam2 aje.. Jadual makan pun dah berubah.. Masa orang lain makan tengahari aku baru nak sarapan.. Orang lain makan malam, aku pulak makan tengahari.. Tapi aku jarang la makan lewat malam melainkan aku betul2 lapar.. Kalau la bakal mak mertua tahu la perangai aku macam ni.. Mau la dia reject aku jadi menantu dia.. hu3
( aku bangun lewat bila ada kat sini aje.. kat rumah SP aku bangun awal la.. )

Minggu ni ayu lepak kat rumah sewa ni.. Tak boleh nak study kat rumah moyang katanya.. Susah nak bagi tumpuan.. Sejak isnin dia lepak sini, masih ada 2 paper dia nak kena mengadap..

Pukul 8.00 pagi ni dia kejut aku.. Katanya nak pi sarapan kat stadium.. Tak terbuka mata aku sebab aku tido pukul 4 pagi tadi.. Tak nak hampakan dia, aku pun bangun la..
Katanya ada staf farmasi HRPB cakap ada gerai jual nasi kerabu yang sedap kat sini.. Dengan mata yang masih sepet aku pun suap la nasi kerabu dalam mulut.. Sedap tapi lepas aje beberapa minit perut mula rasa sakit.. Bukan salah nasi kerabu tu tapi masalahnya datang dari perut aku ni.. Perut aku terkejut sebab pagi2 dah masuk makanan, selalunya tengahari baru nak merasa sarapan..

Dah balik rumah pun perut masih sakit.. Sakit terkejut.. hu3
( masa taip entry ni pun perut masih sakit.. )

No comments: