Wednesday, 21 September 2011

Malu!!


AcHiKz ni baru lepas dilanda perasaan kecewa.. Mana taknya, schoolmate yang AcHiKz minat sejak darjah 6 dah pun selamat bertunang dengan classmate AcHiKz pada hari raya yang lepas (hari raya yang keberapa tu tak payah la AcHiKz nak cerita kat sini.. nanti ada pula yang tau.. hu3).. Walaupun kecewa tapi AcHiKz tetap doakan kebahagiaan diorang..

Okay la, AcHiKz gelarkan schoolmate yang AcHiKz minat tu dengan huruf (Y) dan classmate tu dengan huruf (E)..

AcHiKz dengan Y kenal sejak darjah 6 lagi.. Sejak tu la AcHiKz minat dia sampai kami masuk sekolah menengah.. Yea la, dalam kategori cinta pertama lebih kurang.. Bila lalu kelas dia memang AcHiKz mesti curi2 tengok dia.. Walaupun dia dah ada makwe tapi AcHiKz tetap minat kat dia.. Lepas aje PMR dia masuk maktab tentera atas permintaan ayah dia.. Sejak tu memang terus terputus hubungan.. Dengar kata juga dia berpisah dengan makwe dia sejurus lepas dia masuk maktab tentera..

Si E pula jadi classmate AcHiKz dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 3 sebab kami ni kumpulan perempuan tunggal yang ambil Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) untuk matapelajaran Kemahiran Hidup dulu.. Kalau nak dikira E ni jenis yang pendiam dan banyak buat hal sendiri.. Dia pernah beritahu AcHiKz yang dia suka kat Y tapi dia kata setakat suka aje la.. Dia rasa Y tak pandang pun orang macam dia sebab awek Y memang lawa.. AcHiKz pun memperakui kenyataan E tu.. Lepas PMR dia pun tukar sekolah, tapi tak ingat la dia pi sekolah mana.. AcHiKz dengan E jumpa balik masa kami masuk tingkatan 6 lepas tu terputus hubungan bila kami masuk universiti..

Dalam perjalanan pi reunion dulu, E ada tanya AcHiKz adakah AcHiKz masih minat kat Y.. AcHiKz jawab ya tapi tak berani nak luahkan perasaan.. Dia bersungguh2 suruh AcHiKz luahkan perasaan kat Y sebab dari bekas awek Y sendiri, Y tak ada orang lain sejak putus dengan dia.. Perbualan kami sepanjang perjalanan memang berkaitan dengan Y tapi AcHiKz masih tetapkan pendirian untuk tak luahkan perasaan kat Y..

Seminggu sebelum raya AcHiKz terima pesanan ringkas dari E, dia jemput AcHiKz ke majlis pertunangan dia lepas hari raya.. AcHiKz cuma dapat ucap tahniah aje sebab AcHiKz kena hantar Din balik Bachok pada hari dia bertunang tu.. Malam tu pula E dan Y ada post kat wall Facebok masing2 yang diorang berdebar menantikan hari berkenaan dan berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar.. Masa tengok tu ada la sikit2 timbul rasa syak tapi AcHiKz biarkan aje, tak pula tanya terus kat diorang..

Nampaknya rasa syak dan tekaan AcHiKz memang betul la.. E dan Y selamat bertunang pada hari berkenaan..

KECEWA?? Yea!! AcHiKz memang kecewa tapi nak kata AcHiKz kecewa menonggeng tu tak juga.. Kejap aje kecewa tu.. Yea la, orang yang kita minat dah jadi kepunyaan orang lain.. Bohong la kalau tak rasa kecewa.. Tapi ada 1 perasaan yang melebihi rasa kecewa tu sampai mengganggu fikiran dan tiap kali teringat pasal hal ni mesti AcHiKz mengeluh kesal..

MALU!! AcHiKz rasa malu sangat3.. Malu nak berdepan dengan diorang lepas ni.. Sampai hari ni (saat entry ni AcHiKz taip) AcHiKz masih berkira2 nak pi atau tak jemputan majlis perkahwinan diorang nanti.. Bukan aje kat majlis perkahwinan aje tapi kalau jumpa diorang kat mana2 nanti macamana?? Orang yang pernah alami hal yang sama macam AcHiKz aje yang faham perasaan AcHiKz ni.. Tak kuat rasanya nak pandang muka diorang tu walaupun AcHiKz tahu yang AcHiKz tak boleh sembunyi atau elakkan diri dari dioramg berdua tu sampai bila2..

Orang dulu dan orang sekarang (termasuk la AcHiKz) ada cakap yang masa adalah ubat yang paling mujarab dalam merawat kekecewaan walaupun AcHiKz yakin yang AcHiKz takkan lupa hal ni dalam tempoh masa yang singkat.. Doakan la yea agar hati AcHiKz ni kuat dan berani bersemuka dengan diorang walaupun tak tahu bila masanya akan tiba..

***mengeluh*** (><")

Monday, 22 August 2011

Cepatnya masa berlalu..


Apa khabar semua?? Harap semuanya sihat2 aje sambil menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari aje lagi.. Cepat sangat masa berlalu.. Tak sangka dah nak sampai akhir Ramadan..

AcHiKz?? AcHiKz okay2 aje.. Masih lagi menjaga tokwan yang sakit tapi keadaan dia tak la teruk macam dulu.. Banyak masa AcHiKz sekarang ni kat rumah tokwan aje.. Bergilir2 dengan Mak Su.. Disebabkan sepanjang masa kat sana, boleh bilang berapa kali aje dapat berbuka puasa dengan ayah dan mama.. Selain AcHiKz, Pak Ngah anak beranak pun setiap hari berbuka puasa kat sini jadi tak la rasa sunyi sangat..

Persiapan raya?? Ala kadar aje.. Agaknya semua masih lagi terasa kehilangan arwah maktok.. AcHiKz pun belum buat biskut raya.. Mula2 macam malas aje nak buat, rasa nak beli aje tapi bila Din dah request rasa tak sampai hati pula nak tolak.. Lepas study resipi biskut raya semalam, AcHiKz dah buat keputusan nak buat 4 jenis biskut raya aje.. Buat syarat, tak la nampak kosong aje meja nanti.. Walaupun sorang2 aje yang buat, AcHiKz mampu buat lebih dari 6 jenis biskut raya.. Satu2 jenis tu buat lebih dari satu adunan sebab AcHiKz akan hantar sikit biskut tu kat arwah..

Dijangka semua anak2 dan cucu arwah akan balik beraya kat Sungai Petani tahun ni.. Walaupun semua akan balik tapi suasana tu dah tak sama macam yang dulu.. AcHiKz yakin semua anak2 dan cucu tengah berusaha untuk teruskan kehidupan dan berusaha terima kenyataan yang arwah dah tak ada tapi AcHiKz juga yakin yang ingatan dan kenangan bersama arwah tu tetap utuh dalam ingatan setiap orang..

Pada yang telah tiada tu, marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan mereka di sana..

Sunday, 31 July 2011

Selamat datang bulan Ramadan yang mulia..


AcHiKz nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dimana juga korang berada terutama sekali pada vViP AcHiKz yang dikasihi..

Marilah kita raikan bulan yang penuh keberkatan ni dengan rasa syukur serta berniat ikhlas menjalankan ibadat puasa kerana Allah S.W.T.. Jangan jadikan puasa sebagai satu beban dan apa salahnya biarkan perut berehat dari makan tengahari selama sebulan lepas penat bekerja sepanjang tahun..

Memandangkan cuaca pun agak tak menentu sepanjang bulan Ramadan ni, AcHiKz harap korang jaga kesihatan sebaik mungkin.. Minum air secukupnya masa bersahur agar tak rasa letih sepanjang hari.. Pengambilan buah kurma masa bersahur pun digalakkan untuk stabilkan kandungan gula dalam darah.. Jadi tak la rasa pening bila puasa nanti..

Cukup sampai sini dulu.. AcHiKz pun dah nak tido.. Karang lambat tido, lambat pula nak bangun sahur.. Selamat malam!!

p/s : jangan lupa niat puasa sebelum tido yea..

Friday, 29 July 2011

AcHiKz berkampung lagi kat hospital..


Agak suram rasanya sambutan Ramadan tahun ni sebab tukang kejut sahur dah tak ada.. Selama ni arwah maktok la yang akan telefon awal pagi untuk bangun sahur.. Selagi tak jawab panggilan tu, telefon akan berdering tak henti2.. Arwah memang marah kalau cucu2 dia tak nak bersahur.. Kalau tak nak makan pun, kena bangun juga walaupun hanya minum selegas air.. Kalau tak bangun jenuh la kena tahan telinga dengar arwah berleter sakan..

Sekarang ni semua tu dah jadi kenangan.. Kenangan yang AcHiKz hargai dan akan ingat sampai bila2..

Lepas 9 hari arwah pergi, tokwan pula yang masuk hospital.. Tokwan kena serangan jantung.. 3 hari juga tokwan ditempatkan kat Unit Rawatan Jantung (CCU).. Lepas keadaan tokwan bertambah baik, tukar pula ke wad perubatan lelaki.. Waktu siang mak ngah Mariyani yang jaga, AcHiKz dan mak su bergilir2 jaga tokwan waktu malam.. Walaupun letih tapi tanggungjawab perlu juga diteruskan.. Dah tak ada yang lain lagi.. Cuma tokwan aje datuk yang AcHiKz ada..

Syukur alhamdulillah, lepas 15 hari kat wad, petang semalam tokwan dah dibenarkan pulang.. Lepas juga niat tokwan nak sambut Ramadan kat rumah..

Thursday, 28 July 2011

Entry pendek dihujung bulan..


Bila tengok tarikh akhir AcHiKz post entry terakhir memang terkejut la.. Dah 20 hari AcHiKz tak update apa2 untuk korang.. Minta maaf banyak2 la yea..

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 20 hari ni.. Nanti AcHiKz ceritakan yea.. Sebab sedih Malaysia kalah dengan Singapura, AcHiKz kurang mood nak menulis.. AcHiKz cadang nak tido aje lepas ni..

Selamat malam yea semua..
Semoga mimpi indah kita malam ni..

Friday, 8 July 2011

7 Perkara yang belum diketahui tentang AcHiKz



Kak Deena dah tag AcHiKz untuk terima award ni.. Terima kasih banyak2 yea Kak Deena.. 7 perkara yang orang tak tahu tentang AcHiKz.. 7 aje yea, tak lebih tak kurang..

1- AcHiKz ni anak yang paling rendah dalam 5 adik beradik dan agak gelap berbanding 2 kakak yang lain..

2- Nampak aje sombong tapi agak peramah.. Sangat ambil serius pada setiap perkara yang berkaitan diri sendiri.. Seorang yang garang dan cepat naik angin..

3- Sangat pantang kalau ada yang sentuh dan guna barang2 AcHiKz tanpa kebenaran, terutamanya telefon, netbook dan alat solek..

4- Sangat sukakan kasut dan beg tangan.. Rekaan menarik dan praktikal adalah kriteria utama dalam membeli kasut dan beg tangan..

5- Gemar gaya yang ringkas dan kemas.. Suka ikuti aliran fesyen semasa tapi kurang aplikasikan pada pakaian seharian..

6- Suka menyanyi dalam kereta bila memandu sendirian..

7- Suka tengok gelagat orang ramai terutamanya di pusat membeli belah.. Sangat cerewet bila beli barang..

AcHiKz takkan tag sesiapa pun, tapi kalau berminat boleh la join dan kongsi 7 perkara yang orang tak tahu tentang anda..

Pergi yang tak kembali


Hanya mampu bertahan selama 19 hari, maktok AcHiKz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5hb Julai 2011..

Tak sangka maktok pergi secepat ni sebab dalam 1,2 hari ni maktok nampak semakin stabil walaupun masih terima bantuan pernafasan.. Mama dan Pak Lang Azhar ada bersama2 maktok pada saat2 akhir hayatnya..

Jenazah maktok selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tuanku Puan Habsah, Padang Temesu, Sungai Petani jam 11 pagi keesokan harinya..

Pada saudara dan kenalan yang hadir, kami sekeluarga ucapkan ribuan terima kasih..

Semoga maktok ditempatkan bersama2 orang yang beriman..

Al-Fatihah~~