Friday, 6 January 2012

Pra Orientasi - Final day


Tak sangka dah masuk hari terakhir pra orientasi.. Hari pertama dulu rasa masa tu berjalan lambat sangat.. Tapi hari ni dah masuk hari terakhir.. Rasa teruja sangat!!

Khidmat masyarakat pagi ni terbahagi kepada beberapa kumpulan untuk bersihkan kawasan sekitar.. Salah seorang ahli dalam kumpulan AcHiKz bengkak sikit kat muka dan lengan sebab kena penyengat masa tarik pelepah pinang yang dah kering.. Nasib baik dia tak kena alahan.. Kalau tak dah kena bawa pi kecemasan..

Hari ni cuma ada 1 ceramah saja.. Ceramah bagaimana nak mulakan langkah sebagai seorang usahawan.. Agak menarik ceramahnya dan AcHiKz dah berangan sikit nak jadi usahawan.. Harap2 angan2 ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti..

Sesi petang ada taklimat orientasi untuk minggu depan.. Dah siap dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana kumpulan2 ni akan lakukan perbagai aktiviti dan selesaikan tugasan2 yang akan diberikan nanti.. Jadi mulai ahad depan AcHiKz akan rehat menulis untuk beberapa hari..

Hari jumaat dan sabtu ni sibuk siapkan barang2 yang akan dibawa nanti.. Selamat berhujung minggu dan jaga diri baik2 yea semua..

Wednesday, 4 January 2012

Pra Orientasi - Day 3


Sejak minggu pra orientasi ni berlangsung memang AcHiKz tidur awal aje.. Tak mampu mata ni nak bertahan macam waktu kebiasaan AcHiKz.. Maklumlah, dah letih.. Badan letih, otak pun letih juga.. Walaupun tidur awal tapi tak mampu untuk menjamin AcHiKz takkan menguap dalam dewan masa dengar ceramah keesokkan harinya.. he3

Tapi hari ni memang tak sempat nak menguap pun sebab ceramah yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia memang menarik dan banyak soalan yang selama ni tak terjawab dah dijawab dengan jelas, terang lagi nyata.. Rasa macam pegawai polis tu tahu aje apa yang AcHiKz fikir.. Entah2 memang dia baca fikiran AcHiKz tak??

Sesi petang pula sambungan ceramah Keusahawanan tapi kali ni aktivitinya diluar dewan dan melibatkan datuk2 dan nenek2 Rumah Sri Kenangan.. Siap kena tutup mata dengan kain lagi, rasa macam apek tukang kasut dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.. Kotor juga la baju hari ni sebab kena merangkak, tapi AcHiKz memang seronok dengan aktiviti petang tadi..

Esok hari terakhir pra orientasi.. Entah la apa lagi nak buat esok.. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. Selamat malam semua..

Tuesday, 3 January 2012

Pra Orientasi - Day 2


Pagi ni kat jalan raya agak sibuk sebab hari ni hari pertama persekolahan sesi 2012.. Seronok bila tengok murid2 Tahun 1 yang comel jalan beriringan dengan mak ayah masing2.. Terus teringat pengalaman tahun 1 AcHiKz yang 20 tahun lepas..

Aktiviti pagi sebelum dengar ceramah berjalan lancar.. Sempat juga la main bola sepak dengan datuk2 Rumah Sri Kenangan tu.. Ceramah pertama lepas aktiviti pagi disampaikan oleh Pegawai Bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kuala Muda.. Petang pula lepas makan tengahari sambung ceramah Keusahawanan semalam..

Aktiviti khidmat masyarakat petang ni agak seronok sebab dapat main hujan.. he3.. Dah separuh jalan kerja yang kami buat, takkan nak tinggalkan macam tu aje.. Jadi kami habiskan juga walaupun hujan renyai2..

Monday, 2 January 2012

Pra Orientasi - Day 1


Alhamdulillah.. Dah masuk hari ke-2 di tahun yang baru.. Agaknya semua dah kembali dengan aktiviti atau rutin yang biasa.. Pi kerja atau pun pi kelas.. Hari ni juga bermula la status dan rutin baru AcHiKz..

Hari ni bermula la minggu pra orientasi yang berlangsung sampai hari Khamis ni.. Awal pagi dah keluar rumah, terasa macam pi sekolah la pula.. Lalu lintas lancar aje jadi AcHiKz sampai sebelum waktu yang ditetapkan.. Pra orientasi ni dijalankan kat Rumah Sri Kenangan, rumah orang2 tua kat sini..

Hari ni cuma ada 2 ceramah, ceramah Pendidikan Keselamatan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga ceramah Keusahawanan.. Walaupun cuma 2 ceramah tapi terasa macam dah 4,5 ceramah.. Maklumlah, dah tinggalkan kolej ni, dah liat la nak orientasi.. Nasib baik mata AcHiKz ni mampu bertahan sepanjang ceramah, kalau tak malu la tidur tersengguk2 dalam dewan.. ha3

Sebelum balik sempat la buat sikit khidmat masyarakat kat sana.. Khidmat ni akan berlangsung sepanjang minggu orientasi.. Bila nampak nenek tua kat sana, AcHiKz rasa sebak sangat sebab teringat arwah maktok.. Bocor juga la mata tadi.. (T^T)

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah maktok dan seluruh umat Islam yang telah pergi..

Saturday, 31 December 2011

AcHiKz berstatus baru!!


Masuk aje tahun baru 2012 ni, AcHiKz akan kembali bergelar pelajar.. Walaupun baru setahun setengah tinggalkan kolej tapi rasa kekok dan risau tu masih terasa bila nak belajar semula walaupun jangkamasa kursusnya pendek aje..

2hb Januari 2012 ni dah mula pra-orientasi.. Seminggu pula tu.. Lepas tu baru minggu orientasi betul akan mula.. Seminggu juga.. Pancit la AcHiKz macam ni.. hu3.. Semoga sepanjang 2 minggu segalanya akan berlangsung dengan lancar..

Okaylah, sampai sini dulu.. Nanti AcHiKz cerita lagi yea.. Nak pi cari barang2 yang perlu untuk minggu orientasi..

Selamat Tahun Baru 2012


Ada lagi beberapa jam aje sebelum tahun 2011 tinggalkan kita semua.. Kejap aje kan masa berlalu?? Macam semalam aje baru sambut tahun 2011.. Tik tok, tik tok masa berjalan tanpa kita sedar, tiba2 dah pun sampai hari terakhir tahun 2011..

AcHiKz pun macam orang lain juga.. Ada perkara manis dan tak lupa juga perkara yang pahit lagi menyedihkan dah berlaku sepanjang tahun ni.. Pahit ke manis ke semua tu dah terpahat dalam memori, ia akan jadi perkara yang kita tak boleh lupakan sampai bila2..

Azam baru?? Mestilah ada.. Selain tu ada juga azam yang kena perbaharui.. Korang ingat lesen memandu aje ke yang kena perbaharui?? Azam pun perlu juga tau.. Mungkin ada azam yang dah tercapai tapi masih ingin buat yang terbaik, kira nak perbaharui azam la tu namanya..

Macam biasa (seperti tahu2n sebelum ni juga), senarai azam AcHiKz tak pernah makin pendek tapi semakin panjang.. Bila kita makin dewasa, banyak perkara yang tak pernah kita fikir selama ni akan mula kita fikir.. Selain tu, ada juga perkara yang kita nak sangat buat terpaksa ditundakan dulu sebab perlu utamakan perkara yang lebih penting, terutamanya melibatkan keluarga..

Apa pun perancangan dan azam korang pada tahun 2012 ni, AcHiKz nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2012.. Semoga tahun 2012 akan membuatkan kita lebih gigih berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan..

Thursday, 22 December 2011

AcHiKz sibuk sikit..


Rindu AcHiKz tak?? Kalau rindu, AcHiKz pun rindu juga kat korang semua.. Harap korang sihat2 la hendaknya.. Jaga kesihatan yea..

AcHiKz agak sibuk juga walaupun bergelar penganggur ni, he3.. AcHiKz tengah sibuk selesaikan satu urusan.. Apa urusannya tu nanti2 la AcHiKz cerita yea.. Biar selesai dulu urusan tu baru boleh khabar2kan kat korang semua.. Diharap bersabar.. Kalau tak sabar pun kena sabar juga yea..

Okaylah, nak siap2 kejap.. Nak bawa anak2 saudara pi beli uniform sekolah.. Tahun depan si Ainina dah masuk tahun 2, si Anissa pula masuk tahun 1.. Tinggal si Daniel aje kat Pra-Sekolah.. Sementara budak2 ni ada kat sini, AcHiKz nak kasi kelas insentif terutamanya kat Daniel sebab kalau disuruh belajar tu liat sangat.. Macam2 alasan dia kasi.. Tapi kalau diajak keluar pi jalan2 ke, pi main2 kat taman permainan dia la yang paling laju bersiap..