Tuesday, 11 January 2011

Di hari yang paling istimewa..



AcHiKz dah mengantuk sebab hari ni sibuk selesaikan beberapa urusan siang tadi.. Sebab yakin takkan sempat nak ucap pada tepat jam 12 tengah malam, jadi sebelum masuk tidur, AchiKz nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN kepada :

1- Maksu (dah lupa la umur maksu berapa)
2- Payun (26 tahun)
3- Asrani (26 tahun)
**diorang bertiga ni lahir pada 12 JANUARI**

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan yang penting sekali sentiasa diberkati ALLAH s.w.t hendaknya..

p/s : yay!! payun dengan asrani dah tua dari AcHiKz.. korang jangan nak perasan muda okay..
v(^0^)v

Monday, 10 January 2011

Facebook : Medan bertikam lidah terkini


Yea, ini kiranya post-mortem aktiviti mini reunion yang baru aje selesai.. Nampaknya isu yang pernah AcHiKz cakap hari tu masih belum selesai.. Bukan aje belum selesai tapi nampaknya makin teruk..

Semuanya bermula bila ada yang keluarkan komen yang membuatkan sebelah pihak lagi terasa.. Kehangatan makin terasa bila ada yang menyahut komen.. AcHiKz dipihak berkecuali.. Hanya baca dan tak menyebelahi mana2 pihak..

Seperti yang dijangka, pertengkaran makin menjadi2.. Masing2 tak nak mengalah mahupun minta maaf atas tindakan diorang tu.. Tulis komen yang menyentap kat wall satu sama lain.. Ayat2 yang keluar pun dah tak bersopan.. AcHiKz takkan post kat sini demi menjaga imej dan maruah masing2.. Lagipun diorang tu kawan AcHiKz juga.. Takkan la AcHiKz nak burukkan kawan sendiri..

Makin tak seronok bila jadi macam ni.. Lagipun itu hanya memalukan diri sendiri aje.. Siapa2 yang ada dalam senarai boleh baca semuanya dari A sampai la Z.. Siapa yang tak tahu cerita sebenar akan salah anggap dan pandang serong pada pihak2 yang berkenaan..

Facebook tempat rapatkan ikatan persahabatan, bukan tempat untuk gaduh2.. Tak berbaloi nak putuskan ikatan persahabatan yang dah bertahun angkara satu sebab yang kecil..

p/s : ana rafali menang AJL pun ada yang tak puas hati.. siap ada page yang bantah kemenangan dia kat Facebook..

Sunday, 9 January 2011

Mini reunion ex-DBS 03-04 (part 2)


Alhamdulillah.. Aktiviti BBQ yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.. Terima kasih pada semua yang sudi luangkan masa.. Kehadiran korang memang sangat2 dihargai.. Nanti kita buat lagi okay.. Sayang korang.. (^^)

Senja di Pantai Merdeka

Tunggu si hero bertiga siapkan bara untuk panggang ayam..

Menu yang disediakan :
Ayam panggang dan Udang (Oliea)
Meehoon goreng (AcHiKz)
Salad kentang (Ima)
Sandwich Sardin dan telur (Ummu)


Apa la yang si Ekhsan dengan Hafiz tengah bualkan.. Serius aje muka diorang berdua..

AcHiKz tolong suluhkan ayam..

Ummu tengah asyik layan sandwich..

Leen dengan Ima pula ambil alih tugas..






Kami yang masih berjiwa kanak2 riang.. (^^)
Dari atas : Edo, Ekhsan, Hafiz dan Mie
Bawah : Ima, Ummu, Oliea, Leen, AcHiKz dan Milla

p/s : terima kasih pada kamera kesayangan AcHiKz yang merakam saat2 indah pada malam tersebut..

Friday, 7 January 2011

SMS sesat


Terkelip2 imej sampul surat, maknanya ada pesanan ringkas.. Selalunya dari Celcom la.. Kasi tahu dah melebihi had penggunaan la, aktiviti2 yang disertai Celcom la (macam SuaRasa tv9) dan selalunya AcHiKz akan abaikan.. Tapi bila nombor penerima tu tak macam selalu AcHiKz pun klik la sebab nak tahu dari siapa..

Nombor telefon dan nombor kad kredit dipadamkan atas tujuan keselamatan..

Pelik pun ada, musykil pun ada.. Rasa macam salah hantar aje tapi macam salah satu cara penipuan pun ada juga.. Entah la.. Lepas print screen AcHiKz terus padam aje pesanan ni.. Tak berani nak hubungi nombor berkenaan..

Mini reunion ex-DBS 03-04 (part 1)


Petang tadi, 4 tukang masak amatur keluar beli barang untuk aktiviti esok.. Dah bermesyuarat sakan, akhirnya menu yang sesuai dah dikenalpasti..

Tengok tu, si Ummu bukan nak dengar apa yang Oliea cakap.. Sempat pula dia sengih..

Ima dengan Ummu tengah dengar petua untuk jadi isteri yang cemerlang..

Ima nak buat salad kentang.. Sedapnya..

Isi masa terluang, tunggu si Oliea periksa senarai barang..

Dah lengkap pun semua barang2 yang diperlukan..

Tak sabar nak tunggu esok.. (^^)

Thursday, 6 January 2011

Jangan bercinta dengan rakan sekelas..


Apa khabar semua?? Sekarang ni baru la ada peluang nak menaip entry sebab tadi sibuk buat kerja rumah dan AcHiKz baru balik bermesyuarat dengan Oliea tentang aktiviti kami akan datang..

Walaupun cuma setahun setengah kat Tingkatan 6 tapi banyak la kenangan manis dengan kawan2.. Jadi disebabkan itu la kami ni banyak anjurkan aktiviti.. Biar ikatan persahatan tu berterusan..

Ramai juga la yang dah sahkan penyertaan, memang teruja la sebab boleh dikatakan perjumpaan kali ni terbesar setakat ni.. Tapi tiba2 dapat pula berita kurang seronok.. Ada seorang yang tak jadi nak ikut serta.. Alasan yang diberi pada AcHiKz, diorang nak kemas rumah sebab baru pindah balik ke SP.. Alasan yang dia bagi kat Oliea pula, dah rancang nak bawa isteri jalan2 dengan famili mertua..

Rupa2nya, dari sumber yang sangat2 dipercayai, isteri mamat ni tak kasi suaminya join sebab dia dapat tahu ex-gf suaminya pun turut serta.. Yea la, memang kena turut serta sebab diorang tu rakan sekelas.. Oops!! Bukan aje sekelas tapi diorang tu dulu ketua dan naib ketua kelas.. Diorang memang rapat macam belangkas tapi apa boleh buat, bukan jodoh diorang..

Benda yang dah lepas tu, lepas la.. Tak perlu nak ingat lagi.. AcHiKz takut hal2 macam ni jadi gaduh2 pula suami isteri.. Nak seronok2 dah jadi tak seronok pula.. Apa pun AcHiKz harap diorang dapat selesaikan masalah dan aktiviti yang akan berlangsung nanti akan berjalan lancar..

p/s : AcHiKz nak bakal suami yang sporting..