Sunday, 31 October 2010

SeNiMaN YaNg aKaN SenTiAsa DiKeNaNg


credited to : p-ramlee.com

Menitik air mata bila AcHiKz tonton dokumentari P. Ramlee di History Channel saluran Astro 555 tadi.. Sedih sebab betapa susahnya hidup beliau sampai akhir hayat bila kerjayanya tak menjadi seperti berada di Singapura dulu.. Melarat sampai makan nasi dengan telur goreng aje.. Macam tak percaya kan?? Rasa macam tak boleh terima kenyataan tu.. Keadaan beliau sangat melarat sehingga hembusan nafas yang terakhir.. Sampaikan Saloma sendiri tidak mampu membiayai kos pengkebumian suami yang amat disayangi itu..

Kepayahan yang dilalui P. Ramlee sepanjang bergelar anak seni rasanya kurang diketahui oleh generasi kini.. Generasi terkini termasuk la AcHiKz hanya kenal P. Ramlee melalui filem2 lakonan mahupun arahan beliau serta lagu2 ciptaannya.. Dengan menonton dokumentari ini, generasi kini akan lebih mengenali seniman agung ni dan juga tahu bahawa menjadi anak seni bukan semudah yang disangka.. Bila dah jadi tumpuan umum, segala kejayaan serta kegagalan akan dilihat dan dinilai.. Hasil dari penilaian inilah yang akan menjadikan seseorang diminati, dihormati ataupun sebaliknya..

Dah 37 tahun Allahyarham P.Ramlee pergi menemui penciptaNYA dan banyak juga program yang diadakan bagi memperingati dan juga menghargai karya2 P. Ramlee.. Walaupun hanya karya2nya kini menjadi penghubung antara seniman agung tersebut dengan masyarakat tetapi masyarakat juga perlu tahu bagaimana perjalanan seninya bermula.. Ia akan membuat kita lebih menghargai jasa dan sumbangan beliau..

AcHiKz @ rEuNiOn bN 305 iNf aW / 5 rS


Salam semua.. Maaf la yea, semalam letih sampai dah tak larat nak on netbook pun.. Semalam AcHiKz jadi pemandu memerangkap jurugambar rasmi ayah sempena MAJLIS 'REUNION' HARI ULANGTAHUN KE-30 BATALION 305 INFANTRI ASKAR WATANIAH & BATALION KE-5 REJIMEN SEMPADAN yang bertempat di Kem Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Bukit Kayu Hitam..

AcHiKz suka sangat kem ni sebab lokasinya betul2 atas bukit.. Cantik sangat pemandangannya masa waktu matahari terbit dan juga masa matahari terbenam..



Panglime Briged Sempadan, Brig Jen Hj. Azlan (berbaju putih petak biru) diiringi oleh Pegawai Memerintah BN Ke-5 Rejimen Sempadan, Lt Kol Md. Yusof (baju batik putih) merasmikan buku SINGA UTARA, 1980-2010 SENTIASA DI HADAPAN..



ayah AcHiKz adalah Pegawai Memerintah yang ke-11 dari 17 mantan Pegawai Memerintah BN 305 Inf AW..

sesi pemotongan kek oleh mantan Pegawai Memerintah bersama Panglima Briged Sempadan simbolik meraikan 30 tahun BN 305 Inf AW dan BN ke-5 RS..

cenderahati sebagai tanda terima kasih buat Panglima Briged Sempadan..


barisan mantan2 Pegawai Memerintah yang hadir..

mama dan ayah bergambar kenangan berlatarkan gambar mantan Pegawai Memerintah.. ayah berdiri sebelah gambar ayah masa berkhidmat dulu..



AcHiKz : sedih sebab tak sempat nak merayau Kompleks Bebas Cukai sebab majlis tamat lewat petang.. (T^T)

Friday, 29 October 2010

KoRbAn CiNtA tErLaRaNg


Sedih.. Itu la yang boleh AcHiKz simpulkan bila dapat tahu lelaki yang bertarung nyawa selepas dipaksa minum racun oleh keluarga teman wanitanya sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi semalam..

Agaknya si mati ni mungkin berkeras tak nak berpisah (ini pendapat peribadi AcHiKz aje la.. tapi mungkin juga si mati ni lelaki yang baik) dan menyebabkan ahli keluarga teman wanitanya jadi marah.. Yea la, budak bawah umur lagi tu, ahli keluarga takut budak tu terpengaruh dan termakan pujuk rayu teman lelakinya..

Apa la pendek akal sangat diorang tu.. Marah macamana sekali pun, apa yang diorang dah buat memang tak patut.. Tak pasal2 dah terjerumus kepada masalah yang lebih berat bila mangsa disahkan meninggal dunia.. Dah kira kes bunuh tu!! Nak minta maaf pun dah tak guna, orang tu dah pergi buat selamanya.. Nak menyesal?? Dah terlambat!!

sumber : suara kotemporari KOSMO!

AcHiKz : kekerasan bukan cara untuk selesaikan masalah..

Thursday, 28 October 2010

LaA!! AkU iNgAt HaNg yAnG KaHwIn DeNgAn DiA..


credited to : underthebutton.com

Setelah lama berteka teki dan buat member2 sekolah tertanya2, akhirnya hari ni ex-bf AcHiKz dah umumkan tarikh perkahwinannya.. Biasa la, pakai FB aje, create event dan upload kad jemputan perkahwinan.. Main tag aje nama kawan2 yang ada..

Kenapa nak cerita pasal orang yang dah tak ada kena mengena dengan AcHiKz kat sini?? Off course la ada sikit kena mengena sebab walaupun kami dah lama berpisah (dah 10 tahun pun.. cinta monyet zaman sekolah la katakan) tapi kami masih berkawan baik.. Kenapa berpisah?? Hurm.. Sebab mak dia tak suka AcHiKz.. Mak dia nak menantu sekapal dengan diorang.. Dah terang lagi nyata la AcHiKz ni bukan sekapal dengan diorang, jadi keputusan terbaik adalah berpisah aje.. Dia memang ex-bf+kawan yang baik..

Dalam beberapa bulan lepas AcHiKz habis belajo ni, kalau ada jemputan majlis perkahwinan member sekolah ke, reunion ke, rumah terbuka hari raya ke kami akan pergi berdua la, nak ajak yang lain ramai yang dah kahwin (gf dia tahu kami keluar berdua.. lagipun dia tak dapat nak ajak gf dia, gf dia jauh kat Klang sana).. So, ada la keluar cerita2 yang kami ni dah bersama semula.. Diorang tak tanya directly tapi dari pandangan diorang tu AcHiKz dah boleh agak.. Ada juga yang berani bertanya tapi bila AcHiKz cakap yang kami cuma kawan baik, diorang tak percaya pulak.. Suka hati korang la, tak kuasa AcHiKz nak desak2..

Bila hari ni dia create event dan upload kad jemputan perkahwinan kat FB, majoriti member2 kasi respon luar biasa.. Sebabnya nama pengantin perempuan yang tercetak pada kad tu bukan la nama yang diorang sangkakan.. Diorang ingat nama AcHiKz la tu.. Punya tak percaya la sampai ada yang hantar private message dan tanya kenapa pengantin perempuan tu bukan AcHiKz.. Dah explain dari A-Z, baru la diorang tahu hal yang sebenar.. Agaknya dia pun jenuh la nak explain.. Itu la, sapa suruh berahsia sangat..

"Laa.. Aku ingatkan hang yang kahwin dengan dia.. Hang sepadan sangat la dengan dia"

Tak pe la korang, AcHiKz dengan dia sesuai jadi kawan baik aje.. Meh ler kita sama2 doakan agar dia bahagia dengan insan tersayang sampai akhir hayat.. (^^)

AcHiKz BeRjAyA!!


Sony Ericsson Z250
credited to : 2dayblog.com

Setelah sabar memujuk, akhirnya ayah setuju jugak nak tukar handphone.. Dulu ayah pakai Nokia 1100 (ayah tak minat handphone canggih manggih ni).. Tapi kata ayah, dia dah tak boleh nak baca sangat tulisan sebab latar lampu handphone tu yang berwarna biru.. Kalau nak baca kena cari sumber cahaya terang baru boleh baca..

Sebagai anak yang prihatin, AcHiKz pujuk ayah tukar handphone.. Dah lama sebanarnya AcHiKz pujuk tapi ayah tetap tolak.. AcHiKz tetap sabar memujuk.. AcHiKz cakap, makin dipaksa mata tu tengok benda kabur, makin letih mata.. Baik tukar aje handphone.. Akhirnya ayah mengalah dan terima nasihat AcHiKz ni.. YES!! (^^)

Jom la kita tengok spesifikasi Sony Ericsson Z250 ni..

SIZE
Dimensions : 85 x 47 x 19.5mm
Weight : 90gm

DISPLAY
Type : CTSN, 65K colors
Size :128 x 160 pixels, 1.8 inches
- icon display
- wallpapers, screen savers

SOUND
Alert types : Vibration, Downloadable polyphonic ringtones
Speaker phone : Yes

MEMORY
Phonebook : Yes
Call records : 30 received, dialed and missed calls
Internal : 10MB
Card slot : No

DATA
GPRS : Yes
EDGE : No
3G : No
WLAN : No
Bluetooth : No
Infrared port : Yes
USB : Yes
CAMERA
Primary : VGA 640 x 480 pixels

FEATURES
Messaging : SMS, MMS
Browser : WAP 2.0/xHTML
Radio : No
Games : Yes, downloadable
GPS : No
Java : Yes, MIDP 2.0
- T9
- Picture editor
- Organizer
- Voice memo

BATTERY
Standard battery : Li-Ion
Stand-by : Up to 300h
Talk-time : Up to 7h

Actually, SE Z250 ni handphone AcHiKz.. Hadiah dari seseorang masa birthday AcHiKz yang ke-24..(handphone ni bukan mr. popeye eh yang kasi.. birthday AcHiKz tahun lepas dia lupa nak wish sekaligus lupa la nak kasi hadiah..) Dulu memang ada guna sebab ada 2 nombor.. Tapi banyak guna 1 nombor aje, nombor yang 1 lagi terus tak boleh guna sebab dah lebih 3 bulan tak reload.. Sekarang ni AcHiKz cuma guna 1 nombor aje.. Dari terbiar aje dalam kotaknya, baik kasi ayah pakai aje handphone tu..

Lepas ni senang la ayah nak jawab panggilan atau balas mesej anak2.. (^^)

Wednesday, 27 October 2010

AcHiKz RiNdU!!


AcHiKz sangat3 rindu :

IPOH
(macam2 la yang rindu kat ipoh ni.. dekat 5 tahun duduk sana dah rasa macam orang ipoh pulak.. ha3)

Kawan2
(dari zaman sekolah, RCMP, staff Farmasi HRPB dan yang lain2)

Adik beradik
(walaupun keep in touch tapi rindu juga..)

Anak2 saudara
(ainina, annisa, daniel)

dan
yang paling AcHiKz rindu sekali..


Mr. Popeye!!
bila la dapat jumpa ni.. (><")

Tuesday, 26 October 2010

MaSaLaH rAmBuT PuLa GaGaL DiRaWaT


Hari ni seorang lagi pelanggan berjaya dalam tuntutannya.. Kalau dulu tuntutan dibuat kepada pusat pelangsingan badan, kali ni tuntutan dibuat kepada pusat rawatan rambut yang sentiasa iklannya tersiar di media cetak mahupun media elektronik..

Dari umur lelaki yang bernama Mahathir Taib ini, dia masih muda tapi dah hadapi masalah rambut.. Kesian dia sebab mungkin dia rasa kurang berkeyakinan nak berhadapan dengan orang ramai.. Mungkin juga disebabkan masalah rambutnya dia kurang yakin untuk mengurat wanita idamannya sebab tu dia membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan agar masalahnya tidak berlarutan.. Dah berhabis sebanyak RM 17,000, merangkumi 10 sesi rawatan rambut berserta 4 botol produk rambut berfomula herba yang berjumlah RM216 masih tidak menunjukkan tanda2 masalah rambutnya bertambah baik..

Perbicaraan kes tuntutan yang dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) itu telah berlangsung semalam dan Persiden TTPM Datuk A. Mutalib Mohd Razak mengarahkan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care yang beroperasi di sebuah pusat membeli belah di Bukit Mertajam membayar RM 1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir..

sumber : suara kotemporari KOSMO!

AcHiKz : mesti ramai lepas ni yang akan fikir panjang untuk ke pusat rawatan kecantikan..

Monday, 25 October 2010

JoM DaFtAr SeBaGaI pEnGuNdI


credited to : malaysia.youthsays.com

Cuba tengok tu jumlah orang yang masih belum daftar sebagai pengundi.. Yang tertera hanya sebilangan kecil termasuka la AcHiKz yang sudah menjawabnya.. Kenapa agaknya ramai belia2 anak jati Malaysia masih belum daftar sebagai pengundi??

Kalau kat RCMP dulu ada juga pilihan raya macam ni. Walaupun skalanya kecil aje tapi fungsinya tetap sama.. Memilih calon yang mampu mengotakan janji, bukan sekadar janji kosong yang dijaja semasa ceramahnya..

Yea, AcHiKz sudah pun mendaftar dan mengundi buat pertama kalinya masa Pilihan Raya Umum ke-12 yang lepas.. Dapat satu slip yang dah tertera data2 diri, tempat dan juga nak ke saluran mana untuk mengundi.. Jadi boleh terus ke tempat yang diarahkan.. Tak payah la nak tercangak-cangak lagi.. Bila dah selesai, AcHiKz rasa lega dan gembira sebab dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..

semakan daftar pemilih AcHiKz..

Nak rasa seperti yang AcHiKz rasa bila mengundi?? Kalau macam tu, jangan berlengah2 lagi.. Daftar la sebagai pengundi sekarang.. Boleh la jenguk2 kat spr.gov.my untuk maklumat lanjut..

TaK SuSaH NaK BaHaGiA KaN??


Saturday, 23 October 2010

oRaNg IsLaM sAmBuT HaLloWeEn.. BoLeH Ke??


credited to : freeiconsdownload.com

Tadi terpandang la kat wall FB AcHiKz dimana ada la sorang mamat ni (dalam friend list AcHiKz) dengan bangganya mengumumkan akan menghadiri HALLOWEEN MASQUERADE NIGHT yang akan diadakan di suatu lokasi di ibu negara..

Kalau bukan Muslim, lantak la nak pi pun.. Yang buat AcHiKz rasa meluat sebab dah sah2 mamat ni Muslim, ada hati eh nak sambut perayaan macam tu..
Dah penat meng'google' dan baca lebih dari 10 artikel yang berkaitan dengan Halloween ni.. Boleh la AcHiKz ringkaskan serba sikit pasal perayaan ni..

Halloween yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun berasal dari sambutan All Saints Holly Day yang disambut oleh penganut2 Kristian dan juga Festival Samhain oleh orang2 Celt..

Orang Celt dari Ireland meraikan Festival Samhain yang menandakan tamatnya musim menuai.. Orang2 Celt percaya pada 31 Oktober sempadan dunia orang mati dan dunia masih hidup terbuka.. Pada malam itu roh2 akan kembali ke rumah masing2 untuk melawat keluarga dan sanak saudara.. Roh2 yang jahat juga akan berkeliaran dan bagi elakkan roh jahat yang tidak diingini memasuki rumah pemakaian kostum adalah untuk menakut2kan roh jahat terbabit.. Jadi kepercayaan ini dibawa bersama apabila orang Celt berhijrah ke Amerika Utara..

Tapi sekarang ni Halloween hanya menjadi sambutan sekular yang disambut dengan kanak2 memakai kostum, berjalan dari rumah ke rumah meminta gula2.. Selain itu menonton filem atau bercerita seram dan mengukir labu menjadi aktiviti sampingan bagi sambutan Halloween pada masa kini..

Dari banyak artikel yang AcHiKz baca, meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI dalam agama Islam.. Ini disebabkan perayaan tersebut mengandungi unsur2 ritual dan juga unsur2 kepercayaan agama Kristian..

Tak perlu rasanya AcHiKz nak kasi penjelasan yang lebih panjang lebar tentang perkara ni kerana hukum Islam jelas dalam melarang meniru atau menyerupai budaya lain dan cara hidup orang bukan Islam.. Berdasarkan hadith riwayat Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka ia akan ditolak"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Bagi tiap2 umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli2 syariat lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, sesungguhnya engkah adalah berada diatas jalan yang lurus ..
(Surah Al-Hajj, ayat 67)

AcHiKz : sama2 kita ingat mengingatkan antara satu sama lain..

Friday, 22 October 2010

sHoUt! AwArDs 2010


credited to : ntv7latest.blogspot.com

Shout! Awards kini kembali buat kali kedua pada tahun ini.. Kali ini penambahan 4 anugerah baru iaitu Music Video Award, Breakthrough Local Feature Award, Favourite TV Personality Award dan Mobile Artist of The Year Award dikuasakan oleh Xpax..

Anugerah kategori muzik
Rockstar Award
Popstar Award
Power Vocal Award
Flava Award
Break Out Award
Music Video Award
Mobile Artist of The Year Award

Anugerah bagi kategori televisyen dan filem
Best on Screen Chemistry Award
Fresh TV Series Award
Breakthrough Local Feature Award
Favourite TV Program Award
Favourite TV Personality Award

Anugerah bagi kategori radio
Coolest Radio Announcer Award
Favourite Radio Show Award

Hot Chick Award
Hot Guy Award

THE ULTIMATE SHOUT! Awards

Shout! Awards akan berlangsung pada 20 November 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara ekslusif jam 8.30 malam di saluran 8tv..

Pengundian boleh dilakukan secara online di www.shoutawards.com.my mahupun secara undian SMS..

Thursday, 21 October 2010

hEaLtHy RaDiAnCe gLoW ChEeKs


Rasanya ramai kat luar sana yang suka bila pipinya nampak merah2 gebu.. Muka pun akan nampak segar dan lebih berseri2.. Walaupun AcHiKz tak guna pemerah pipi sebab tak minat sangat tapi tak salah rasanya berkongsi serba sikit tentang bagaimana untuk menambah seri di wajah dengan menggunakan pemerah pipi..

Jurusolek profesional selalu tekankan bahawa pemerah pipi perlu disapu mengikut bentuk muka kerana teknik sapuan yang berbeza diperlukan.. Perkara pertama yang perlu dibuat, pandang tepat ke cermin dan kenal pasti bentuk muka anda sebelum mempelajari teknik sapuan pemerah pipi..

Berikut adalah 4 teknik sapuan pemerah pipi yang berbeza mengikut bentuk muka..




credited to : greatestlook.com

Beberapa tips untuk dapatkan hasil yang diigini :
- pilih pemerah pipi yang sepadan dengan warna gincu yang akan dipakai..
-pemerah pipi disapu disaat akhir solekan sebelum bedak tabur..
- gunakan berus pemerah pipi besar (macam jurusolek profesinal pakai) tapi guna berus yang berasingan untuk bedak tabur (jangan campur)..

EcoTools Bamboo Blush Brush
credited to : vivagranolaveganstore.com

The Body Shop Blush Brush
credited to : communitylivejournal.com

- gunakan jari tengah jika menggunakan pemerah pipi jenis gel atau krim..
- pandang tepat ke cermin dan SENYUM!! ini memudahkan anda kenal pasti bahagian yang akan disapu pemerah pipi..
- jika terlebih sapu pemerah pipi jenis serbuk, gunakan bedak tabur untuk kurangkannya.. jika guna pemerah pipi jenis krim, kurangkan dengan tisu.. cuci bahagian yang disapu pemerah pipi jenis gel atau pun cecair dengan pelembap..
- akhiri solekan dengan menggunakan bedak tabur yang disapu pada keseluruhan muka..
- apabila gunakan berus, sapu pada satu arah sahaja.. sapuan secara berputar akan membesarkan bahagian yang sepatutnya disapu pemerah pipi..

Beberapa contoh pemerah pipi yang terdapat di pasaran..

M.A.C Blushcreme
credited to : sugarscape.com

Bobbi Brown Cream Blush Stick
credited to : beutysteals.com

Rimmel Mousse Blush
credited to : thebeautybunny.com

L'oreal Blush Minerals Blushers
credited to : communitylivejournal.com

Revlon ColorStay Mineral Blush
credited to : audreydao.com

AcHiKz : mungkin akan cuba tapi bukan sekarang.. he3

iKuT SuKa hAtI AcHiKz La!!


Marah benar AcHiKz kan bila baca tajuk entry ni.. Ada sebab kenapa AcHiKz marah.. Meh la AcHiKz cerita..

Pagi2 lagi dah terima teks pesanan ringkas dari kakak.. Dia minta AcHiKz bayarkan bil broadband dia.. Okay la tu, boleh la bayar sekali bil broadband AcHiKz ni.. Karang kena block tak tertuai la sayur2 AcHiKz kat ladang tu.. he3..

AcHiKz bayar bil kat Celcom Service Centre kawasan Lagenda Heights sebab kat Jalan Kampung Baru sana susah nak dapat tempat letak kereta.. Karang main letak suka hati kena pulak kunci tayar kereta dengan MPSP.. Selama ni AcHiKz tak kisah sangat bila lalu depan beberapa kedai telekomunikasi berdekatan dengan pusat servis tersebut yang menawarkan khidmat pendaftaran dan pembayaran bil Celcom, tapi hari ni AcHiKz rasa kurang selesa apabila didesak untuk membayar bil di premis mereka..

"Akak nak bayar bil Celcom ke??" tanya orang tersebut..

"Ya.." kata AcHiKz sekaligus menggangguk.. Tak nak jawab pun tak pe tapi tak elok la rasanya kalau tak dijawab soalan tu.. Lagi pun mamat tu cakap elok2..

"Tak payah bayar kat sana la, bayar kat sini pun boleh.." katanya lagi..

"Tak pe, terima kasih saja.. saya nak bayar kat sana juga.. Lagi pun ada benda nak diuruskan sikit.." AcHiKz tolak dengan nada baik..

"Apa la akak ni, nak senangkan akak pun akak tolak.. nak jugak bersusah.." balas mamat tu sambil berjalan masuk dalam kedainya..

Kurang ajo betul!! Ewah2, suka suki dia je nak kata AcHiKz macam tu.. Suka hati AcHiKz la nak bayar bil kat mana pun.. Dalam hati aje la AcHiKz bising2.. Rasanya tak berbaloi nak gaduh2 dengan mamat tu..

Sebaris tu aje dah ada 3 atau 4 premis yang menawarkan khidmat yang sama.. Mesti la orang akan terus ke pusat servis Celcom untuk berurusan.. Dah la desak2, lepas tu nak kutuk2 pulak kalau kita menolak.. Kalau nak orang daftar atau bayar bil kat kedai awak tu, pi la buka kedai jauh2 sikit dari pusat servis.. Buka aje kedai kat kawasan perumahan awak tu, tak payah la nak ke bandar lagi untuk bayar bil..

LaRi bUkAn JaLaN pEnYeLeSaIaN


Asyik bila ada masalah aje lari dari rumah.. Masalah dengan mak ayah, adik beradik, kucing belaan ke asyik aje nak lari rumah.. Tak penat ke dok lari2 macam ni??

Tak perlu la AcHiKz nak letak gambar orang yang berkenaan.. Dia tahu dia siapa sebab dia dah berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia untuk mengenali dia.. Dengan tindakan yang kurang cerdik dia dah jadi seseorang yang dikenali padahal sebelum ni kita tak tahu pun siapa dia..

Yea, mesti orang akan kata apa hak AcHiKz kat sini nak memperkitaikan hal ni kat sini.. Tapi sedar atau tidak yang tindakan kurang cerdik dia tu dah buat banyak pihak yang susah.. Terutamanya mak ayah dia sendiri.. Risau tak bertempat bila dikatakan anak hilang dilarikan orang.. Tapi sebaliknya yang berlaku.. Anak yang lari gara2 tak sehaluan dengan tunang.. Lari sampai ke Kuala Lumpur pulak tu!! Siap buat tak tahu aje macam tak ada apa2 yang jadi..

Bawa la berbincang dengan mak ayah.. Benda senang macam tu pun tak boleh nak buat ke?? Kot la kena marah berpikul2 pun dengan mak ayah tapi sekurang2nya mak ayah tahu apa yang kita rasa, apa masalah kita dan sama2 berusaha selesaikan masalah.. Tidak bercakap dan juga lari dari rumah bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah, sebaliknya ia akan menjadikan masalah semakin melarat!!

Tak ada mak ayah yang tak nak anaknya hidup gembira dan bahagia.. Tambah2 bila si anak dah buat keputusan untuk berkahwin.. Ada aje benda yang dilihat tak kena seeloknya dibawa berbincang secara dua hala dengan pasangan mahupun dengan mak ayah.. InsyaALLAH, keputusan yang terbaik akan dicapai..

AcHiKz : ambil iktibar dan beringat agar tidak melakukan perkara yang sama sebab mungkin AcHiKz sendiri akan terlupa bila terlalu ikutkan perasaan..

Wednesday, 20 October 2010

ThE FuGiTiVe : pLaN B


Drama bersiri Korea yang bertajuk Love, Bread and Dreams dah pun selesai dengan penamat yang gembira.. Macam biasa la, orang baik akan dapat penamat yang menggembirakan, manakala orang jahat akan dapat penamat yang setimpal dengan kejahatan yang dah dilakukan..

Hari ni, satu lagi drama bersiri Korea yang terbaru disiarkan di KBS World, saluran Astro 391 (dulu salurannya 303 tapi dah tukar la).. Drama sebanyak 20 episod ini mempertaruhkan Lelaki Korea idaman wanita iaitu Rain sebagai teraju utama..

Drama ini bertajuk THE FUGITIVE : PLAN B ataupun dalam Bahasa Koreanya bertajuk DOMANGJA (도망자) : PLAN B ini menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Ji Ni (Lee Na Young) mempunyai agenda tersembunyi, berusaha mendekatkan diri dengan Ji Woo (Rain) untuk menyiasat tentang kematian ibu bapa angkatnya di Las Vegas dimana Ji Woo terlibat sama dengan kejadian itu.. Ji Ni sangat percaya bahawa seorang penjenayah misteri bernama Melchidec bertanggungjawab diatas kematian ibu bapa angkatnya dan seterusnya akan membunuh Ji Na..

credited to : allkoreandrama.com

Rain sebagai Ji Woo
Lee Na-Young sebagai Ji Na
Daniel Hanney sebagai Kai
Lee Jiong-Jin sebagai Do-Soo
Yun Jin-Seo sebagai So-Ran

Nak tahu cerita selanjutnya?? Kena la tonton drama bersiri ini.. Selain Rain, drama ini juga telah menampilkan seorang lagi Lelaki Korea+Amerika idaman AcHiKz iaitu Daniel Henney.. Penyanyi dari Jepun Uehara Takako juga berlakon dalam drama ini sebagai anak seorang ahli perniagaan memerangkap otai Yakuza dah jatuh cinta sama si hero, Ji Woo..

OST The Fugitive : Plan B

01- Running and Running 엠블랙
02- 사랑같은건 믿지 않지만 신승훈
03- Chaos A.D. 4 Minutes
04- Poison 제아
05- Mayday Oran-G


Jadi, jangan lupa tonton drama bersiri The Fugitive : Plan B ini di KBS World, saluran Astro 391 pada hari Rabu dan Khamis jam 9.oo malam.. Jika terlepas, ikut ulangan 2 episod berturut2 pada hari Ahad jam 11.30 pagi..

Tuesday, 19 October 2010

GaGaL uNtUk KuRuS!!


Bagus la bila sekarang ni rakyat Malaysia makin sensitif dengan isu kepenggunaan.. Ini terbukti bila ada seorang pelanggan yang berjaya dalam tuntutannya apabila gagal kuruskan badan seperti yang dijanjikan wakil pusat pelangsingan badan badan yang bertaraf antarabangsa..

Berbekalkan jurucakapnya yang bertaraf antarabangsa (selebriti dari Hong Kong), mesti la ramai wanita2 diluar sana (termasuk AcHiKz) yang inginkan bentuk badan yang marvelous macam jurucakap tu.. Tengok aje la gambar kat bawah ni.. (><")

sumber gambar : koleksi peribadi

Banyak tu jumlah yang harus dibayar untuk dapat hasil yang dijanjikan.. Hampir RM 16,ooo!! Tak berbaloi dengan jumlah sebanyak itu kalau hasil yang diperoleh hanya indah khabar dari rupa.. Mesti kecewakan bila banyak masa yang diluang untuk sesi rawatan dengan harapan untuk memperoleh potongan badan yang menarik hanya tinggal harapan.. Dengan memperoleh tuntutan 10 kali rawatan 'wrapping', 10 kali rawatan menggunakan mesin dan 3 kali rawatan muka secara percuma sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kekecewaan..

sumber : suara kotemporari KOSMO!

AcHiKz : masih berusaha intuk turunkan berat badan.. (^^)

Monday, 18 October 2010

AcHiKz HoMeMaDe cHiCkEn ChOp wItH MuShRoOm GrAvy & MaSh PoTaTo


Untuk makan tengahari tadi AcHiKz bertukar selera.. Asyik makan nasi aje, rasa bosan la pulak.. Jadi tadi AcHiKz masak chicken chop dengan kuah cendawan bersama kentang lenyek.. Panjangkan tajuk entry AcHiKz kali ni.. ha3


Bahan-bahan :
Chicken Chop
(untuk perap ayam)
daging ayam tanpa tulang (bahagian paha atau dada)
lada hitam
sos Worcestershire
kicap soya cair

(untuk menggoreng)
tepung gandum
telur
tepung goreng serbaguna
serbuk roti
minyak untuk menggoreng

Mushroom gravy
bawang besar
cendawan butang
tepung gandum
stok ayam
tepung jagung (pekatkan kuah)
minyak untuk menumis

Mash Potato
ubi kentang
mentega
susu segar
garam
lada hitam

Cara Penyediaan :
Chicken Chop
1- ketuk2 daging ayam megikut ketebalan yang dikendaki (mudah untuk goreng)
2- perapkan daging ayam tadi dengan sos Worcestershire, lada hitam dan kicap soya cair untuk beberapa jam.. kalau nak perap semalaman pun okay juga..
3- campurkan serbuk roti bersama tepung goreng serbaguna..
4- salutkan daging ayam dengan tepung gandum dahulu, kemudian celupkan ke dalam telur dan akhir sekali salutkan dengan campuran serbuk roti dengan tepung goreng serbaguna.. goreng sehingga kedua2 belahnya berwarna coklat keemasan..

Mushroom Gravy
1- panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga naik bau..
2- masukkan cendawan butang dan gorengkan seketika..
3- masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih.. (guna api yang kecil)
4- bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air dan campurkan bersama stok ayam tadi.. (pastikan gravy secukup rasa sebelum dipekatkan dengan bancuhan tepung jagung)
5- masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati (tak nak jadi berketul2) sehingga mencapai tahap kepekatan kuah yang diingini..

Mash Potato
1- rebuskan hingga empuk ubi kentang didalam air yang ditambahkan sedikit garam.. (cucuk dengan garfu atau pisau untuk periksa kentang sudah empuk atau tidak)
2- lenyekkan kentang bersama sedikit mentega dan lada hitam semasa ia masih panas..
3- tambahkan susu segar pada kentang untuk dapatkan tekstur yang berkrim..

Yummy~~ (^^)