Tuesday 9 December 2014

Girl Sleeveless Dress


Sekali sekala AcHiKz ada juga terima tempahan dress kanak-kanak.. Dah buat beberapa helai tapi ada beberapa dress yang AcHiKz lupa ambil gambarnya.. Nantilah AcHiKz selongkar fail gambar baju, mana tahu jumpa gambar dress kanak-kanak yang lain.. Ada masa AcHiKz akan muatnaik kat sini yea..

 Permintaan pelanggan cuma satu, iaitu dia mahukan dress labuh tanpa lengan.. Sesuai dipakai anaknya walaupun cuaca panas..

 Potongan leher bulat bagi memberi elemen ringkas lagi selesa..

 Bahagian belakang dress.. 

Bahagian bawah dress dipadankan corak rama-rama sama seperti bahagian atas dress.. 

Inilah hasilnya.. 
Entah apa la yang menarik sangat perhatian pelanggan kecil AcHiKz ni sampai mak dia panggil pandang kamera pun dia tak layan.. (><") 

Friday 5 December 2014

Polka Dot Blouse


Walaupun sibuk siapkan tempahan pelanggan, AcHiKz akan cari peluang jahit baju untuk diri sendiri.. Macam tak adil pula bila tukang jahit tak ada baju baru.. (^^)

AcHiKz berkeputusan untuk menjahit blaus dari kain kapas warna ungu gelap dan mempunyai bintik putih.. Blaus ini berkolar hawai dan berlengan 3/4 panjang.. Terdapat kancing pada lengan blaus seperti gambar yang terdapat dibawah..
   

Apa?? Nak tengok AcHiKz pakai blaus ni?? Boleh tengok pada gambar profil AcHiKz kat sebelah tu.. (^^)

Monday 1 December 2014

Jubah - Lining


Tempahan jubah lining ni datangnya dari adik beradik sebab tu coraknya lebih kurang sama.. (^^)

Lining jubah ini hanya pada bahagian hadapan baju manakala kain kosong berwarna hitam digunakan dibahagian belakang.. Ini disebabkan oleh kedua-dua pelanggan ini meminta jubah mereka berpotongan longgar jadi bahagian kain yang sepatutnya digunakan pada bahagian belakang baju telah dibawa ke bahagian hadapan.. 



AcHiKz juga menambah pita siku keluang berwarna hitam pada bahagian kaf tangan..