Tuesday 25 November 2014

Kebaya Moden Indonesia


Seperti tajuk post, AcHiKz namakan tempahan kebaya ni sebagai Kebaya Moden Indonesia disebabkan rekaan kebaya moden sebegini memang datang dari sana.. Bila tonton sinetron mesti dapat tengok rekaan kebaya moden macam ni bila ada acara akad nikah atau pun acara-acara istimewa..

Sejujurnya, sepanjang 2 setengah tahun menjahit ni AcHiKz tak pernah dapat tempahan kebaya langsung.. Jadi bila ada pelanggan yang nak tempah kebaya moden mula la selongkar kotak cari nota.. Lepas tu pulun cari gambar buat contoh dan pencetus ilham.. 

Rambang mata AcHiKz ni walaupun cuma tengok gambar baju kebaya.. Semuanya cantik-cantik tak kira la ringkas aje rekaan kebayanya atau dihiasi manik yang sederhana mahupun yang sarat.. Bertambah cantik bila dipadankan dengan kain batik panjang.. 

 Jahit sehalus mungkin sebab AcHiKz tak ada mesin sulam.. 


 Siap juga akhirnya~~  (T^T)


 Bahagian depan Kebaya Moden Indonesia


 Bahagian belakang Kebaya Moden Indonesia

Bahagian lengan dan juga bahagian belakang yang diletakkan butang balut sebagai hiasan..

Berdebar juga bila fikirkan reaksi pelanggan tapi syukur alhamdulillah, lega sangat sebab pelanggan suka dan rasa selesa bila pakai.. phewww~~ (><")

Sunday 23 November 2014

Baju Kurung Pesak Buluh - Lining Baju Sahaja


Kali ni tempahan baju kurung pesak buluh lining dari kain satin dan lace.. 

Lining hanya pada baju sahaja jadi kerja AcHiKz ringan la sikit sebab baju lining diibaratkan buat kerja berganda.. Selagi belum selesai potong semua bahagian jangan berangan nak mengaku 50% kerja dah siap.. Jadi, hasilnya adalah seperti dibawah..



Untuk jadikan baju kurung ni lebih menarik, AcHiKz jahit manik bulat warna putih mutiara dibahagian tengah bunga reben.. 

Friday 21 November 2014

Mimpi Ngeri Jadi Kenyataan


Masa AcHiKz masih belum terima masin jahit tepi, AcHiKz akan hantar kedai semua kain yang nak dijahit tepi.. Tiap kali hantar kain mesti timbul rasa takut.. Takut orang kedai rosakkan kain.. Ada masa AcHiKz memang kagum la tengok dia rempit mesin jahit tepi.. Maklumlah hari-hari buat kerja tu mesti dah mahir dan AcHiKz sikit pun tak ragui hasil kerja orang tu..

Tapi, perkara yang AcHiKz takut selama ni dah jadi kenyataan.. Jadi kat depan mata AcHiKz pula tu.. Rasa tersentap jantung, suara pun dah tak terkeluar..  


Nasib baik ada kain lebih.. Tapi nak kena tetas jahitan dan buka balik bahagian lain untuk gantikan bahagian yang berlubang tu.. Dah berganda kerja dari asalnya nak sambung aje bahagian tepi jubah dan pasang aje lengan.. (><#)

Kejadian ni memang kasi pengajaran serta peringatan untuk diri sendiri agar beri perhatian yang secukupnya pada kerja dan kualiti kerja haruslah sentiasa dijaga..

Wednesday 19 November 2014

Kitar Semula Kain Perca


Bila dah siap tempahan pakaian pelanggan, selalunya mesti ada perca kain walaupun sikit.. Selalunya perca kain yang AcHiKz simpan dari bahan kapas ataupun mana-mana yang AcHiKz rasa sesuai nak guna untuk projek kitar semula AcHiKz..

 Selalunya AcHiKz akan potong dan cantumkan perca kain seperti 3 gambar dibawah.. Selalunya berukuran segiempat sama 4x4 inci dan dicantumkan dengan satu tapak jahitan.. 




Buat masa ni ketiga-tiga cantuman kain perca masih dalam keadaan sama sebab AcHiKz tak idea nak buat apa dan AcHiKz agak sibuk siapkan tempahan.. Maklumlah hujung bulan November ni kan dah mula cuti sekolah.. 
Cuti sekolah = Kenduri Kahwin (^^)

 Asalnya buat beg ni untuk letak alat solek tapi tiba-tiba ubah fikiran pula jadi AcHiKz guna beg ni buat letak segala kabel USB, pengecas telefon..

Ni bekas pensel AcHiKz buat hadiah untuk anak jiran AcHiKz.. Guna perca kain dan bahagian hujung kaki seluar jeans..

Monday 17 November 2014

Belajar Jahit Manik


"Jahit manik?? Macam tak percaya aje.."
Itulah reaksi yang AcHiKz dapat bila bagitau kawan-kawan yang AcHiKz nak jahit manik pada baju kurung pesak gantung yang hendak dipakai semasa jadi pengapit majlis perkahwinan kawan sekolah AcHiKz.. Air muka diorang?? Jangan tanyalah.. Memang terkejut habis!!

Kenapa diorang terkejut?? Sebab selama belajar di GiatMara kawan-kawan lain ada la belajar jahit manik untuk isi masa lapang bila kerja sekolah siap.. Berbuih mulut dah diorang asyik ajak AcHiKz belajar sama tapi AcHiKz tolak perlawaan diorang atas alasan AcHiKz ni kurang mahir hal seni kerja halus dan tak kreatif untuk fikir corak atau rekaan manik untuk baju..

Tapi bila tenung baju yang dah siap, rasa macam ada benda yang kurang.. Kakak AcHiKz cadang untuk letak manik biar nampak menarik.. Pilih punya pilih, AcHiKz beli manik bulat warna putih mutiara dalam tiga saiz berbeza..



Jahitan manik pada pergelangan tangan baju dan juga pada bahagian bawah pesak baju sebab AcHiKz guna kain kosong untuk beri kelainan pada baju kurung yang nak dipakai nanti..

Setelah bersabar dan berusaha keras, inilah hasilnya.. (^^)

Saturday 15 November 2014

Baju Kurung Pesak Buluh - Lining Penuh


Ini adalah tempahan lining pertama AcHiKz.. Bila dengar aje pelanggan kata nak buat baju lining, fikiran AcHiKz terus melayang membayangkan macamana la nak buat baju kurung pesak buluh lining ni.. Nak tolak dengan alasan tak pernah buat macam tak kukuh aje.. Jadi AcHiKz pun terima la tempahan ni.. 

Bila teringat sepanjang enam bulan di inkubator jahitan dulu memang ada tengok kawan-kawan terima tempahan baju lining tapi tak sempat nak belajar sebab AcHiKz sendiri pun ada tempahan yang nak disiapkan.. Bila nak belajar diorang pula dah habis tempahan lining jadi niat nak belajar tu tertangguh macam tu aje.. Bila pertama kali dapat tempahan lining baru kelam kabut nak S.O.S kawan-kawan..  

Nasib baik la masa AcHiKz tengah menjerit minta tolong ada kawan yang tengah buat baju kurung pesak buluh lining ni.. Apa lagi, merempit sakanlah AcHiKz pi berguru dengan dia..


Akhirnya~~ Setelah berguru secara mengejut dan main minta ajar dalam telefon aje inilah hasil pertama baju kurung pesak buluh lining dari lace brocade dan chiffon.. Lega?? Mestilah lega sebab kalau tak jadi baju ni tak sambut raya la pelanggan tu.. Ini tempahan untuk Aidilfitri tahun 2013..

Sejak itu AcHiKz tak ragu-ragu nak terima tempahan lining lagi.. (^^)y

Friday 14 November 2014

Small Workshop, Home Workshop


Hari ni AcHiKz nak kongsi gambaran awal dan keadaan terkini workshop (walaupun dalam bilik AcHiKz tapi ia masih tempat AcHiKz buat kerja.. jadi AcHiKz namakan bahagian kerja AcHiKz sebagai workshop).. Pada permulaannya, AcHiKz beli mesin jahit jenama Singer ni dari mak saudara AcHiKz yang juga seorang tukang jahit.. 

AcHiKz dengan mesin jahit ni memang ada kenangan istimewa sebab masa mak saudara AcHiKz guna mesin jahit ni AcHiKz (masa tu masih sekolah rendah) memang selalu tengok dia menjahit.. Menyibuk tengok apa yang dia jahit.. Kadang-kadang tolong bentangkan kain sebab mak saudara AcHiKz ni jahit langsir.. Tak sangka pula mesin ni akan berkidmat dengan AcHiKz selepas beberapa belas tahun.. Macam ada jodoh gitu.. he3

Lepas beli AcHiKz terpaksa letak mesin ni di tepi ruang keluarga bersebelahan dapur sebab dalam bilik tak ada ruang.. Bila tamat aje latihan inkubator, AcHiKz terus ubah susunan barang dan perabot dalam bilik sebab nak bawa masuk mesin jahit.. 

 Ini la permulaan workshop lepas AcHiKz habis latihan inkubator.. Rasanya dalam awal Februari 2013..


 Dalam penghujung September 2013 workshop AcHiKz terima krew baru \(^^)/

Inilah keadaan workshop AcHiKz sekarang.. Mesin jahit tepi AcHiKz minta tumpang kat bilik adik.. (><")

Wednesday 12 November 2014

Permulaan Yang Baru


Pada 27hb Disember 2012 (maaf la sebab ambil masa lama sangat nak kemas kini blog.. maafkan AcHiKz) adalah Hari Penyampaian Sijil Tamat Latihan dan juga Sijil Tamat Latihan Keusahawanan Inkubator GiatMara Merbok bagi sesi Julai-Disember 2012..

Bila tamat sesi inkubator bermakna bermulanya bab baru dalam kehidupan masing-masing kerana ada impian dan cita-cita yang hendak dicapai.. 

 Krew Inkubator Fashion & Dressmaking GiatMara Merbok sesi Julai-Disember 2012 bergambar kenangan dengan Pengurus GiatMara Merbok Lt. Kol. Haji Khairuddin bin Mohd Ali (B) dan tenaga pengajar Puan Nafisah Mansor (kiri) dan Puan Rahmah Mohd Maidin (kanan)


Jutaan terima kasih buat tenaga pengajar yang sabar mendidik, memberi nasihat dan tunjuk ajar terutamanya pada pelajar yang langsung tak reti dan tak pernah guna mesin jahit macam AcHiKz.. Pada rakan sekelas AcHiKz, terima kasih atas memori indah selama kita belajar bersama.. Yea, memang kita ada gaduh sikit-sikit tapi bagi AcHiKz itu cara kita lebih memahami satu sama lain.. 

Doa dan harapan AcHiKz semoga ikatan persahabatan kita berpanjangan selamanya.. (^^)