Wednesday 25 January 2012

Rasa tak sihat berterusan..


Seronokkan bila dapat jumpa keluarga dan kawan2 yang dah lama tak jumpa (agaknya lepas habis aje SPM, STPM terus aje tak jumpa) sempena Tahun Baru Cina (TBC) ni?? AcHiKz pun rasa macam tu juga, terutamanya nak la lepak2 sembang2 panjang dengan schoolmate tingkatan 6 yang balik Malaysia sempena TBC ni.. Dia kerja kat Korea Selatan, kerja dengan satu jenama yang terkenal la.. Bertuah betul dia.. Bila dia cerita dia dapat kerja kat sana dulu, AcHiKz menjerit ala2 fangirl yang menjerit sakan bila jumpa artis pujaan diorang.. Disebabkan dia juga la AcHiKz berazam nak kerja kuat, kumpul duit banyak2 dan nak melancong kat sana.. Buat masa ni cuma tersenarai aje dalam wishlist.. AcHiKz harap akan jadi kenyataan la..

Apa boleh buat, segala rancangan hanya tinggal rancangan bila AcHiKz demam teruk sampai tak keluar suara.. Terbaring la, berkurung la AcHiKz dalam bilik.. Tekak sakit sangat sampai nak menelan air liur pun payah.. Kali terakhir AcHiKz jadi macam ni masa kena tonsil dulu.. Makan?? Mampu tengok mama dan ayah makan aje la.. Nak hirup sup ayam pun tak mampu..

Hari ni AcHiKz tetap juga la pi kelas walaupun tak 100% sihat.. Hari tu masa lutut terkoyak dah MC 4 hari, kalau MC juga kali ni macam tak cukup aje kedatangan.. Nanti diorang tak kasi ambil exam macamana kan?? Demam dah baik tapi suara tu masih serak2 seksi gitu.. Entah berapa banyak AcHiKz ambil ubat sakit tekak pun tak ingat lagi.. Lidah ni macam dah kebas.. Harap tak la berlanjutan kalau tak jenuh la nak ber'surat cinta' bila bercakap.. ha3

Oh, lupa nak cerita pasal lutut.. Jahitan terkoyak sebab jatuh dalam bengkel.. Kena betul2 kat jahitan.. Meraung sakan la AcHiKz dalam bengkel.. Sekarang ni masih, masih lagi dalam proses penyembuhan..

Apa yang boleh AcHiKz cakap, susahnya bila tak boleh bengkok lutut.. (T^T)

Tuesday 10 January 2012

Lutut AcHiKz terkoyak


AcHiKz tengah berehat kat rumah walaupun baru 24 jam menjalani minggu oriantasi disebabkan cedera kat lutut..

Dah selesai kuliah Maghrib dan solat Isyak berjemaah kami semua bersiap2 la untuk aktiviti pembukaan iaitu jalan lasak.. Masa penerangan dulu dah diberitahu jalan lasak sejauh 10km, tapi bila dah sampai kem ni, jurulatih cakap kena jalan 12.5 km pula.. Memang diluar jangkaan la.. Terus terang, AcHiKz agak risau la sebab belum tentu dapat selesaikan 10km, ini dah tambah sampai 12.5km lagi la AcHiKz risau.. Tapi AcHiKz nak juga cuba dan bertekad nak jalan sejauh yang AcHiKz mampu..

Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dilepaskan setiap 10 minit.. Kumpulan AcHiKz adalah kumpulan ke-3 yang dilepaskan.. Selain alat2 keselamatan, kami ditemani oleh veteran ATM yang bertindak sebagai fasilitator.. Laluannya berbagai2, keadaan jalan pun berbeza2.. Sekejap berpasir, sekejap tanah merah, sekejap jalan tar dan kebanyakkannya jalan yang berbatu2.. Pakai lapik tebal kat kasut pun masih terasa batu bila berjalan..

Masa tengah jalan atas batas antara bendang, AcHiKz jatuh sebab tersandung batu.. AcHiKz tak periksa luka tu sebab AchiKz ingat luka sikit2 aje la jadi AcHiKz teruskan perjalanan.. Rasanya dalam 6km terakhir AcHiKz dah makin letih, rasa sakit kat tapak kaki pun makin terasa terfikir nak mengalah tapi kawan2 dalam kumpulan banyak kasi semangat dan diorang yakin AcHiKz mampu habiskan perjalanan..

AcHiKz teruskan juga berjalan walaupun tak yakin akan sampai.. Sambil berjalan AcHiKz katakan pada diri AcHiKz yang AcHiKz berjalan ni untuk diri sendiri, untuk keluarga dan kawan2 yang banyak bagi semangat.. Kalau AcHiKz tak mampu nak habiskan sejauh ni, macamana AcHiKz nak lalui masa depan kalau cepat sangat mengalah..

Akhirnya AcHiKz sampai juga kat garisan penamat walaupun jalan terhenjut2.. Perasaan masa tu memang bercampur2.. Bangga pada diri sendiri, gembira, bersyukur, lega pun ada.. Letih punya pasal, AcHiKz tak ingat pun pasal lutut AcHiKz tu..

Esok pagi baru sedar yang lutut tu terkoyak.. Banyak juga la darah dah bazir keluar, dari lutut sampai kaki seluar tu nampak kesan darah meleleh.. Cepat2 salah seorang pengajar bawa AcHiKz pi A&E Hospital Yan.. Lutut AcHiKz terima 4 jahitan, diberi cuti sakit dan dibenarkan pulang ke rumah..

Tak dapat la AcHiKz nak habiskan minggu orientasi ni.. Sedih juga tapi apa boleh buat.. Kena berehat saja kat rumah.. Buat masa ni lutut AcHiKz tak boleh nak bengkok sebab takut jahitannya terkoyak dan luka makin besar.. Jadi AcHiKz banyak habiskan masa atas katil aje la.. Rasa sakit tu memang ada, tambah2 bila ubat bius dah habis.. Nak bergerak tu tak ada masalah, cuma susah sikit bila nak berurusan dalam bilik air, kena perlahan2 dan kena pastikan luka tak terkena air..

Friday 6 January 2012

Pra Orientasi - Final day


Tak sangka dah masuk hari terakhir pra orientasi.. Hari pertama dulu rasa masa tu berjalan lambat sangat.. Tapi hari ni dah masuk hari terakhir.. Rasa teruja sangat!!

Khidmat masyarakat pagi ni terbahagi kepada beberapa kumpulan untuk bersihkan kawasan sekitar.. Salah seorang ahli dalam kumpulan AcHiKz bengkak sikit kat muka dan lengan sebab kena penyengat masa tarik pelepah pinang yang dah kering.. Nasib baik dia tak kena alahan.. Kalau tak dah kena bawa pi kecemasan..

Hari ni cuma ada 1 ceramah saja.. Ceramah bagaimana nak mulakan langkah sebagai seorang usahawan.. Agak menarik ceramahnya dan AcHiKz dah berangan sikit nak jadi usahawan.. Harap2 angan2 ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti..

Sesi petang ada taklimat orientasi untuk minggu depan.. Dah siap dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana kumpulan2 ni akan lakukan perbagai aktiviti dan selesaikan tugasan2 yang akan diberikan nanti.. Jadi mulai ahad depan AcHiKz akan rehat menulis untuk beberapa hari..

Hari jumaat dan sabtu ni sibuk siapkan barang2 yang akan dibawa nanti.. Selamat berhujung minggu dan jaga diri baik2 yea semua..

Wednesday 4 January 2012

Pra Orientasi - Day 3


Sejak minggu pra orientasi ni berlangsung memang AcHiKz tidur awal aje.. Tak mampu mata ni nak bertahan macam waktu kebiasaan AcHiKz.. Maklumlah, dah letih.. Badan letih, otak pun letih juga.. Walaupun tidur awal tapi tak mampu untuk menjamin AcHiKz takkan menguap dalam dewan masa dengar ceramah keesokkan harinya.. he3

Tapi hari ni memang tak sempat nak menguap pun sebab ceramah yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia memang menarik dan banyak soalan yang selama ni tak terjawab dah dijawab dengan jelas, terang lagi nyata.. Rasa macam pegawai polis tu tahu aje apa yang AcHiKz fikir.. Entah2 memang dia baca fikiran AcHiKz tak??

Sesi petang pula sambungan ceramah Keusahawanan tapi kali ni aktivitinya diluar dewan dan melibatkan datuk2 dan nenek2 Rumah Sri Kenangan.. Siap kena tutup mata dengan kain lagi, rasa macam apek tukang kasut dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.. Kotor juga la baju hari ni sebab kena merangkak, tapi AcHiKz memang seronok dengan aktiviti petang tadi..

Esok hari terakhir pra orientasi.. Entah la apa lagi nak buat esok.. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. Selamat malam semua..

Tuesday 3 January 2012

Pra Orientasi - Day 2


Pagi ni kat jalan raya agak sibuk sebab hari ni hari pertama persekolahan sesi 2012.. Seronok bila tengok murid2 Tahun 1 yang comel jalan beriringan dengan mak ayah masing2.. Terus teringat pengalaman tahun 1 AcHiKz yang 20 tahun lepas..

Aktiviti pagi sebelum dengar ceramah berjalan lancar.. Sempat juga la main bola sepak dengan datuk2 Rumah Sri Kenangan tu.. Ceramah pertama lepas aktiviti pagi disampaikan oleh Pegawai Bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kuala Muda.. Petang pula lepas makan tengahari sambung ceramah Keusahawanan semalam..

Aktiviti khidmat masyarakat petang ni agak seronok sebab dapat main hujan.. he3.. Dah separuh jalan kerja yang kami buat, takkan nak tinggalkan macam tu aje.. Jadi kami habiskan juga walaupun hujan renyai2..

Monday 2 January 2012

Pra Orientasi - Day 1


Alhamdulillah.. Dah masuk hari ke-2 di tahun yang baru.. Agaknya semua dah kembali dengan aktiviti atau rutin yang biasa.. Pi kerja atau pun pi kelas.. Hari ni juga bermula la status dan rutin baru AcHiKz..

Hari ni bermula la minggu pra orientasi yang berlangsung sampai hari Khamis ni.. Awal pagi dah keluar rumah, terasa macam pi sekolah la pula.. Lalu lintas lancar aje jadi AcHiKz sampai sebelum waktu yang ditetapkan.. Pra orientasi ni dijalankan kat Rumah Sri Kenangan, rumah orang2 tua kat sini..

Hari ni cuma ada 2 ceramah, ceramah Pendidikan Keselamatan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga ceramah Keusahawanan.. Walaupun cuma 2 ceramah tapi terasa macam dah 4,5 ceramah.. Maklumlah, dah tinggalkan kolej ni, dah liat la nak orientasi.. Nasib baik mata AcHiKz ni mampu bertahan sepanjang ceramah, kalau tak malu la tidur tersengguk2 dalam dewan.. ha3

Sebelum balik sempat la buat sikit khidmat masyarakat kat sana.. Khidmat ni akan berlangsung sepanjang minggu orientasi.. Bila nampak nenek tua kat sana, AcHiKz rasa sebak sangat sebab teringat arwah maktok.. Bocor juga la mata tadi.. (T^T)

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah maktok dan seluruh umat Islam yang telah pergi..