Sunday 26 June 2011

Jangan malas cuci tangan


Apa khabar semua?? Rindu kat AcHiKz tak?? AcHiKz ni dah lebih seminggu berkampung kat wad sebab maktok sakit.. Bergilir2 dengan 2 mak saudara dan sepupu.. Malam ni giliran AcHiKz jaga waktu malam.. Walaupun lagi beberapa minit nak masuk tengah malam tapi AcHiKz tak dapat nak lelapkan mata walaupun badan rasa letih..

Maktok disahkan ada ulcer pada ususnya dan dah selamat jalani pembedahan.. Tapi lepas tu doktor sahkan maktok kena strok pula.. Jadi buat masa ni keadaan maktok agak lemah dan diberi bantuan pernafasan..

Berbalik pada tajuk entry lewat malam ni, selama AcHiKz ada kat sini, AcHiKz perhatikan samada penjaga ataupun pelawat kurang peka soal kebersihan diri.. Terutamanya soal kebersihan tangan.. Tak salah untuk menyentuh pesakit tanda kita mengambil berat tapi eloklah kiranya tangan dicuci sebersihnya lepas itu.. Walaupun nampak remeh dan tak penting tapi ada yang masih tak sedar bahawa banyak penyakit boleh merebak melalui sentuhan.. Terutamanya bila bersalaman dengan kenalan..


Dua produk anti bakteria yang ada dipasaran..

Pastikan tangan dicuci dengan sabun anti bakteria atau sebarang produk yang membasmi kuman selepas menyentuh pesakit.. Ini dapat elakkan diri dan orang lain dari jangkitan kuman yang mampu melemahkan sistem pertahanan badan.. Tak ada sesiapa yang mahu sakit dan tak ada seorang pun yang gembira bila sakit melainkan orang tu sengaja sakit sebab tak nak pi kerja/kelas..

Jadi seeloknya mencegah daripada mengubati..

Monday 6 June 2011

Majlis Pertunangan Rabiah dan Wan


Semalam lepas hantar anak2 saudara dan ayah diorang kat stesen bas, AcHiKz terus ke rumah si Rabiah sebab hari ni dia bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Wan..

Maaf la yea, AcHiKz tak tahu la nama penuh tunang si Rabiah ni, sebab Rabiah kenalkan pun dengan nama pendek aje.. Masa mula2 kenal memang tak percaya bila Rabiah beritahu AcHiKz umur si Wan ni sebab nampak muda berbanding umur.. Wan ni 6 tahun tua dari kami..

InsyaALLAH, bulan November nanti berlangsung la majlis diorang ni.. Si Rabiah dah pesan pada kawan2 agar cepat2 tanda kalendar dan ambil cuti.. Dia nak ramai2 datang raikan majlis istimewanya nanti..


Kawan2 sekolah yang hadir memeriahkan majlis.. Majoriti diorang ni semuanya dah jadi mak budak.. AcHiKz aje dalam kategori bujang.. he3







Geram betul sebab AcHiKz lupa nak caj bateri kamera.. Ini aje gambar terakhir yang sempat AcHiKz tangkap.. (><#)