Monday 31 January 2011

Hari merayau dan makan sakan..


Dua2 kakak AcHiKz balik mengejut semalam.. Tak bagitahu apa pun, tiba2 dah tersengih depan pintu rumah.. Bangah tak balik sebab kena kerja masa CNY dan Din pula sebab cutinya 2 hari aje.. Tak berbaloi nak balik..

Semalam dah puas rehat, lepas makan tengahari kami bertiga keluar merayau tanpa tujuan.. Saja nak sesakkan jalan raya dan meramaikan pasaraya.. Biasa la, waktu2 perayaan macam ni ramai yang keluar berbelanja..

Dah penat merayau, lepak2 pula kat rumah maktok.. Siap beli pizza untuk minum petang.. Maktok pun dah sihat.. Berselera maktok makan pizza.. Kalah cucu bulat dia.. ha3..

Hari tu AcHiKz berkenan dengan bantal kekabu yang maksu buat.. Boleh jadi bantal tidur dan bantal peluk.. Kira 2 dalam 1 la.. Bantal punya pasal, kami keluar lagi.. Pi beli kekabu kat Sungai Dua.. Banyak juga beli sebab Alun pun nak juga bantal macam tu.. Ingatkan lepas beli terus balik, maksu ajak pi makan char kuey tiaw pula..

AcHiKz mesti la pesan yang BSSP.. Saiz besar lagi special.. Tak puas makan la kalau pesan yang saiz biasa aje.. Mesti korang perasan ada kopi tongkat ali kat situ.. Teka la siapa yang pesan..

Jemput makan!! (^^)


Nasib baik kami sempat sampai rumah sebelum drama bersiri Merlin mula.. Sebelum keluar tadi Alun dengan Kak Lina dah buat inti karipap.. Intinya dari ubi kayu.. Resipi istimewa dari arwah nenek AcHiKz.. Sampai rumah diorang berdua uli tepung dan bentukkan siap2.. Jadi mama boleh la goreng untuk sarapan esok..

Korang tanya AcHiKz tolong apa?? AcHiKz tolong makan aje la.. he3

Thursday 27 January 2011

Tak boleh nak benci dia


credited to : longdistancelover.com

" Dia dah kecewa dan hancurkan hati AcHiKz, AcHiKz tak benci kat dia ke?? "

Soalan panas yang kerap ditanya pada AcHiKz bila dah bertukar status.. Serba salah juga nak menjawab sebenarnya sebab masing2 ada pendapat dan pendirian tersendiri.. Bukan semua yang sependapat ataupun setuju dengan kita, betul tak??

Terus terang, AcHiKz cuma marah kat dia sebab dia tak berterus terang.. Kalau dah tak suka, cakap aje tak suka.. Walaupun perit dan sakit untuk diterima, tapi tetap AcHiKz kena terima juga dengan hati yang rela.. Kalau orang dah tak suka kita, takkan kita nak paksa2 dia lagi..

AcHiKz tak benci dia.. AcHiKz tak boleh nak benci dia sebab banyak kenangan manis bila bersama dia.. Dia lelaki yang baik, pandai ambil hati, penyayang dan banyak lagi la ciri2 yang AcHiKz mahu pada seorang lelaki tapi apa kan daya, bukan jodoh kami untuk terus bersama..

" Kepada mr. popeye, terima kasih atas segala kasih sayang dan perhatian yang dah awak berikan pada saya selama kita bersama.. Saya doakan agar awak berbahagia bersama orang yang awak sayang.. "

Wednesday 26 January 2011

Buat adik AcHiKz yang 'cool'



SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-23 buat adik AcHiKz tersayang, Din.. Hanya yang terbaik buatmu AcHiKz doakan kepadaNYA..

Teruskan usaha untuk capai apa yang diimpikan dan ingat2 la yang kami sentiasa menyokong Din dari belakang..

Monday 24 January 2011

Segmen Nelly : Permainan masa kecik-kecik


Nelly the Strange dah tangkap AcHiKz untuk sertai segmen anjurannya.. Pada yang berminat, boleh la klik SINI untuk sertai..


1- Masa kecik2 suka main apa??
AcHiKz suka main masak2 (ini kira permainan juga ke??).. Selain tu suka main lompat getah, badminton..

2- Cara permainan tersebut??
Badminton korang pun dah tahu.. tak payah nak cerita.. Lompat getah tu main lompat aje la.. Tapi kalau dah makin naik tahapnya dah susah nak lompat.. AcHiKz jarang menang lompat getah ni walaupun masa kecik2 dulu tak sebulat sekarang..

3- Sebab suka permainan tersebut??
Mesti la suka.. Lagipun barang2 yang nak dipakai tu senang nak dapat, murah pula tu.. Kalau main masak2 tu belasah aje barang2 memasak kat dapur.. ha3

4- Memandangkan dah besar2 ni, rasa2 nak ulang balik tak??
AcHiKz hanya akan ulang masak2 aje la.. Yang lain tu tak nak dah.. he3

5- Rindu tak masa tu??
Rindu la.. Seronok sangat masa tu..

Tag 3 orang :

Saturday 22 January 2011

Demam rindu



Dah 2 hari AcHiKz tak jenguk rumah.. Nasib baik belum sempat bersawang lagi.. AcHiKz sibuk sikit la dalam 1-2 hari ni.. Maktok demam jadi kenalah tunaikan tanggungjawab sebagai cucu yang baik..

Selain kakak AcHiKz, sepupu pun tiba2 balik, jadi ceria la sikit rumah maktok tu.. Mungkin dia demam rindukan cucu2.. Yea la, semua cucu dah besar.. Masing2 sibuk dengan hal sendiri.. Cucu paling tua dah 36 tahun dan cucu yang paling muda pun dah tahun 6 atau tingkatan 1.. AcHiKz pun tak pasti la.. Agaknya dia pun bosan asyik mengadap muka tokwan dengan AcHiKz ni.. Mungkin dah nampak cucu2 yang lain, maktok pun rasa makin sihat..

So, cucu2 maktok sekalian balik la.. Maktok rindu kat korang..

Wednesday 19 January 2011

'Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011'



Disebabkan 'tak kenal maka tak cinta' la AcHiKz menyahut seruan untuk sertai segmen bloglist anjuran ANASTASYEA.. Walaupun bloglist ni cuma untuk sebulan tapi AcHiKz tetap nak join..

Pada blogger lain yang berminat untuk sertai Bloglist Anatasyea untuk bulan Februari 2011 boleh la klik kat SINI.. Dapatkan maklumat lanjut disana..

Monday 17 January 2011

Contest : Aku, Dia & Kamoo!! by unguisme


Hari ni AcHiKz nak sertai contest yang dianjurkan oleh si Ipa Faiza yang obses dengan warna ungu.. Sesiapa yang berminat boleh la klik SINI untuk maklumat lanjut..

Tarikh tutup contest ini pada 27 FEBRUARI 2011

Gambar ni diambil lepas tamat sesi OSPE final exam tahun 2009.. AcHiKz, Aimie (tengah) dan Izza.. Kami bertiga ni student Dip in Pharmacy di UniKL-Royal College of Medicine Perak.. Dah tamat belajar ni masing2 bawa hal sendiri.. Diorang berdua ni dah bekerja sebab diorang ni bawah KKM.. Si Izza (ada di Negeri Sembilan) dah pun berkahwin pada hujung bulan Disember tahun yang sama dan baru aje dapat baby boy.. Si Aimie pula kerja di Hospital Sungai Buloh.. AcHiKz pula masih belum dapat kerja dan masih lagi mencari cinta.. he3.. (^^)

Kali terakhir jumpa Aimee masa konvo bulan Oktober lepas.. Izza tak dapat join sebab dah sarat sangat.. Walaupun masing2 dah jauh dimata tapi harap2 persahabatan antara kami berkekalan selamanya..

Saturday 15 January 2011

You're my 200th VViP!!


Terharu+gembira.. Itu aje la yang mampu AcHiKz katakan bila VViP AcHiKz HoUz semakin bertambah.. Terima kasih AcHiKz ucapkan kepada Puan Nurhayati Mohd dari Princess Nur in Da House yang menjadi VViP AcHiKz HoUz yang ke-200..

Terima kasih juga kepada VViP yang lain, samada secara public mahupun private kerana kehadiran anda di AcHiKz HoUz sangat2lah dihargai..

AcHiKz sayang anda semua.. (^^)v

Spread The Love Award


Dengan rasa gembira AcHiKz terima award comel ni.. Terima kasih kepada Iznie dari CeRiTa HaTi IzNiE..


1. Sejak bila mula berblogging??
Mula blogging hujung bulan Mac tahun 2010.. Tarikhnya sama dengan tarikh lahir AcHiKz..

2. Kenapa berblogging??
Untuk isi masa terluang, nak ramaikan kawan dan nak berkongsi cerita, pengalaman dan pendapat dengan blogger lain..

3. Selalu buat entry mengenai apa??
Banyak yang ditulis berkaitan dengan aktiviti AcHiKz sehari2.. Kalau ada isu semasa yang menarik, AcHiKz akan ulas ikut pendapat sendiri..

4. Suka blogwalking tak?? Sebab??
Suka.. Suka sangat sebab dari blogwalking boleh kenal dan belajar perkara menarik berkaitan blog ataupun blogger berkenaan.. Blogwalking juga bantu AcHiKz memperbaiki kekurangan atau kelemahan yang ada di AcHiKz HoUz..

5. Apa pendapat mengenai pemberi award??
Mula dari blogwalking juga.. Tertarik dengan Ujian Respon yang ada kat CeRiTa HaTi IzNiE.. Sejak tu AcHiKz mula baca dan kenal Iznie.. Bagi AcHiKz Iznie ni ceria orangnya, dapat rasa melalui gaya penulisan.. AcHiKz harap dia kekalkan la cara penulisan sebegitu..

Bagi kat 10 blogger
AcHiKz buka award ni untuk vViP dan bukan vViP.. Marilah sama2 kita sebarkan kasih sayang!! (^^)

Friday 14 January 2011

Ulang tahun pertama blog Sembang Hari2!


AcHiKz di'tag' oleh Nelly untuk sertai Giveaway ni.. Klik SINI untuk maklumat lanjut..Tarikh tutup Giveaway ni pada 31 Januari 2011..

Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:

Tempat pertama:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM50
Rebat Tunai RM50 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Tempat Kedua:
3 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2


Tempat Ketiga:
2 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM20
Rebat Tunai RM20 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Hadiah Mingguan (5 minggu):
1 unit Cloth Diapers (Baby Land)
(Diberikan untuk blog yang banyak menjadi pendorong untuk rakan blog lain menyertai contest ini)

Hadiah Pendorong terbanyak:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

AcHiKz tag :

Thursday 13 January 2011

Misi : Mencari cinta


sumber : Google

Sejak AcHiKz kembali bujang, ramai la kawan2 yang usaha kenalkan AcHiKz dengan kenalan diorang yang dirasakan sesuai..

Terima kasih banyak2 yea sebab ambil berat pasal AcHiKz.. Terharu sangat.. Sebab korang la AcHiKz cepat ubati kekecewaan.. Korang sentiasa ada bila AcHiKz perlukan korang.. Korang memang sahabat yang baik..

Buat masa ni AcHiKz nak berkawan2 aje.. Nak ramaikan kenalan, nak luaskan pergaulan.. Soal cinta dan jodoh ni biarlah ia datang dengan sendirinya.. AcHiKz tak nak rasa terpaksa atau dipaksa..

p/s : kalau berminat boleh hantar borang permohonan.. permohonan anda akan AcHiKz pertimbangkan.. he3

Tuesday 11 January 2011

Di hari yang paling istimewa..



AcHiKz dah mengantuk sebab hari ni sibuk selesaikan beberapa urusan siang tadi.. Sebab yakin takkan sempat nak ucap pada tepat jam 12 tengah malam, jadi sebelum masuk tidur, AchiKz nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN kepada :

1- Maksu (dah lupa la umur maksu berapa)
2- Payun (26 tahun)
3- Asrani (26 tahun)
**diorang bertiga ni lahir pada 12 JANUARI**

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan yang penting sekali sentiasa diberkati ALLAH s.w.t hendaknya..

p/s : yay!! payun dengan asrani dah tua dari AcHiKz.. korang jangan nak perasan muda okay..
v(^0^)v

Monday 10 January 2011

Facebook : Medan bertikam lidah terkini


Yea, ini kiranya post-mortem aktiviti mini reunion yang baru aje selesai.. Nampaknya isu yang pernah AcHiKz cakap hari tu masih belum selesai.. Bukan aje belum selesai tapi nampaknya makin teruk..

Semuanya bermula bila ada yang keluarkan komen yang membuatkan sebelah pihak lagi terasa.. Kehangatan makin terasa bila ada yang menyahut komen.. AcHiKz dipihak berkecuali.. Hanya baca dan tak menyebelahi mana2 pihak..

Seperti yang dijangka, pertengkaran makin menjadi2.. Masing2 tak nak mengalah mahupun minta maaf atas tindakan diorang tu.. Tulis komen yang menyentap kat wall satu sama lain.. Ayat2 yang keluar pun dah tak bersopan.. AcHiKz takkan post kat sini demi menjaga imej dan maruah masing2.. Lagipun diorang tu kawan AcHiKz juga.. Takkan la AcHiKz nak burukkan kawan sendiri..

Makin tak seronok bila jadi macam ni.. Lagipun itu hanya memalukan diri sendiri aje.. Siapa2 yang ada dalam senarai boleh baca semuanya dari A sampai la Z.. Siapa yang tak tahu cerita sebenar akan salah anggap dan pandang serong pada pihak2 yang berkenaan..

Facebook tempat rapatkan ikatan persahabatan, bukan tempat untuk gaduh2.. Tak berbaloi nak putuskan ikatan persahabatan yang dah bertahun angkara satu sebab yang kecil..

p/s : ana rafali menang AJL pun ada yang tak puas hati.. siap ada page yang bantah kemenangan dia kat Facebook..

Sunday 9 January 2011

Mini reunion ex-DBS 03-04 (part 2)


Alhamdulillah.. Aktiviti BBQ yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.. Terima kasih pada semua yang sudi luangkan masa.. Kehadiran korang memang sangat2 dihargai.. Nanti kita buat lagi okay.. Sayang korang.. (^^)

Senja di Pantai Merdeka

Tunggu si hero bertiga siapkan bara untuk panggang ayam..

Menu yang disediakan :
Ayam panggang dan Udang (Oliea)
Meehoon goreng (AcHiKz)
Salad kentang (Ima)
Sandwich Sardin dan telur (Ummu)


Apa la yang si Ekhsan dengan Hafiz tengah bualkan.. Serius aje muka diorang berdua..

AcHiKz tolong suluhkan ayam..

Ummu tengah asyik layan sandwich..

Leen dengan Ima pula ambil alih tugas..






Kami yang masih berjiwa kanak2 riang.. (^^)
Dari atas : Edo, Ekhsan, Hafiz dan Mie
Bawah : Ima, Ummu, Oliea, Leen, AcHiKz dan Milla

p/s : terima kasih pada kamera kesayangan AcHiKz yang merakam saat2 indah pada malam tersebut..

Friday 7 January 2011

SMS sesat


Terkelip2 imej sampul surat, maknanya ada pesanan ringkas.. Selalunya dari Celcom la.. Kasi tahu dah melebihi had penggunaan la, aktiviti2 yang disertai Celcom la (macam SuaRasa tv9) dan selalunya AcHiKz akan abaikan.. Tapi bila nombor penerima tu tak macam selalu AcHiKz pun klik la sebab nak tahu dari siapa..

Nombor telefon dan nombor kad kredit dipadamkan atas tujuan keselamatan..

Pelik pun ada, musykil pun ada.. Rasa macam salah hantar aje tapi macam salah satu cara penipuan pun ada juga.. Entah la.. Lepas print screen AcHiKz terus padam aje pesanan ni.. Tak berani nak hubungi nombor berkenaan..

Mini reunion ex-DBS 03-04 (part 1)


Petang tadi, 4 tukang masak amatur keluar beli barang untuk aktiviti esok.. Dah bermesyuarat sakan, akhirnya menu yang sesuai dah dikenalpasti..

Tengok tu, si Ummu bukan nak dengar apa yang Oliea cakap.. Sempat pula dia sengih..

Ima dengan Ummu tengah dengar petua untuk jadi isteri yang cemerlang..

Ima nak buat salad kentang.. Sedapnya..

Isi masa terluang, tunggu si Oliea periksa senarai barang..

Dah lengkap pun semua barang2 yang diperlukan..

Tak sabar nak tunggu esok.. (^^)

Thursday 6 January 2011

Jangan bercinta dengan rakan sekelas..


Apa khabar semua?? Sekarang ni baru la ada peluang nak menaip entry sebab tadi sibuk buat kerja rumah dan AcHiKz baru balik bermesyuarat dengan Oliea tentang aktiviti kami akan datang..

Walaupun cuma setahun setengah kat Tingkatan 6 tapi banyak la kenangan manis dengan kawan2.. Jadi disebabkan itu la kami ni banyak anjurkan aktiviti.. Biar ikatan persahatan tu berterusan..

Ramai juga la yang dah sahkan penyertaan, memang teruja la sebab boleh dikatakan perjumpaan kali ni terbesar setakat ni.. Tapi tiba2 dapat pula berita kurang seronok.. Ada seorang yang tak jadi nak ikut serta.. Alasan yang diberi pada AcHiKz, diorang nak kemas rumah sebab baru pindah balik ke SP.. Alasan yang dia bagi kat Oliea pula, dah rancang nak bawa isteri jalan2 dengan famili mertua..

Rupa2nya, dari sumber yang sangat2 dipercayai, isteri mamat ni tak kasi suaminya join sebab dia dapat tahu ex-gf suaminya pun turut serta.. Yea la, memang kena turut serta sebab diorang tu rakan sekelas.. Oops!! Bukan aje sekelas tapi diorang tu dulu ketua dan naib ketua kelas.. Diorang memang rapat macam belangkas tapi apa boleh buat, bukan jodoh diorang..

Benda yang dah lepas tu, lepas la.. Tak perlu nak ingat lagi.. AcHiKz takut hal2 macam ni jadi gaduh2 pula suami isteri.. Nak seronok2 dah jadi tak seronok pula.. Apa pun AcHiKz harap diorang dapat selesaikan masalah dan aktiviti yang akan berlangsung nanti akan berjalan lancar..

p/s : AcHiKz nak bakal suami yang sporting..

Tuesday 4 January 2011

" aku sukakan sesuatu yang BARU "



Jom sertai contest " aku sukakan sesuatu yang BARU " yang pertama kali dianjurkan oleh Aqmar di Nota2 Hidup.. Untuk maklumat lanjut klik kat SINI..

Tarikh tutup penyertaan : 29 JANUARI 2011

Kalau tak tahu, belajar la..


" Duduk Malaysia dah berpuluh tahun cakap Melayu tak tahu.. Dah tak tahu, belajar la dari dulu lagi.. Balik2 dah dekat 20 tahun agaknya.. Dialog yang sama SAYA TAK TAHU MELAYU.. Bukan Bahasa Melayu tapi Bahasa Malaysia.. Dah duduk Malaysia belajar la.. Orang Asli pun lagi pandai.."
diambil dari Facebook

Itu la luahan tak puas hati junior AcHiKz, si Mira.. Sesiapa yang bekerja dalam bidang kami ni (terutamanya di sektor awam) mesti akan hadapi masalah yang sama iaitu ada sebilangan rakyat Malaysia tak tahu berBahasa Malaysia (BM)..

Sedih kan?? Ada rakyat Malaysia tak tahu berBM.. Kalau perkataan yang disebut tu tak betul atau ayatnya tunggang langgang tu boleh terima lagi.. Ini tidak, bila dengar aje kami dispen dalam BM terus cakap 'SAYA TAK TAHU MELAYU'.. Tak tahu ke malu nak berBM?? Rendah sangat ke martabat BM ni dimata diorang?? Cuba kita tengok pendatang2 asing selain dari Indonesia dan Selatan Thailand (tak kisah la dengan izin ke tanpa izin ke) diorang mampu berBM walaupun masih baru kat sini.. Kenapa?? Sebab diorang tahu masalah komunikasi akan jadi halangan utama untuk mencari pekerjaan dan urusan seharian..

Lumrahnya kalau kita tak tahu tentang sesuatu kita cuba mempelajari dan sekaligus nak menguasainya.. Jadi, kalau tak tahu berBM, belajar la.. Bangga ke kalau kita jadi rakyat Malaysia yang tak tahu berBM??

Fikir2kan la yea..

Monday 3 January 2011

JoM sErTaI bLoGLiSt bLog BuDaK bOtAk



AIN ADELIN telah tag AcHiKz untuk join segmen Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak.. Pasa yang berminat pun boleh juga turut serta..

AcHiKz a.k.a Wahida Nasution Thakhrim adalah PEREMPUAN..

3 tag :

Sunday 2 January 2011

DaLaM kAwAsAn mAsJiD PuN BeRaNi BuAt JaHaT


Ayah balik dari masjid dengan muka kelat.. Pelik juga hujan2 (walaupun tak lebat) macam ni ayah masih turunkan tingkap.. Rupa2nya cermin kereta kena pecah.. Selain kereta ayah, ada 2 buah kereta jemaah lain pun alami perkara yang sama..

Pencuri tu tak berjaya ditangkap.. Muka pun tak nampak sebab rata2 jemaah baru selesai solat Maghrib.. Tak sempat nak kejar.. Ayah syak penagih yang buat kerja ni..




Agaknya si pencuri tu marah sebab tak ada barang berharga dalam kereta, bekas duit syiling tu dicampaknya.. Nasib baik la jemaah2 yang ada tolong carikan..

sEnGaL zOnE : SaYa ToP TeN!!



Si Deeyaudeen memang aktif anjurkan pelbagai segmen, jadi malam ni dia anjurkan SENGAL ZONE TOP TEN BLOGGER!!


Kenapa anda nak jadi Top Ten??
AcHiKz masih lagi newbie dalam dunia blog ni.. Banyak ilmu blogging yang masih belum AcHiKz pelajari.. Pendedahan dalam dunia blog akan jadi lebih luas bila dapat jadi Top Ten.. Tersenarai dalam Top Ten juga membolehkan AcHiKz HoUz lebih dikenali..

Apa yang anda suka tentang Sengal Zone??
Cara penulisan dan pengolahan ayat yang buat Sengal Zone menarik.. Mesej yang nak disampaikan pada pembaca dalam setiap entry terang, jelas dan tak terbelit2..

Apa yang anda tak suka tentang Sengal Zone??
Setakat ni tak ada la yang AcHiKz tak suka tentang Sengal Zone.. AcHiKz memang enjoy kat Sengal Zone sebab entry2nya best..

Saturday 1 January 2011

uBaTi KeKeCeWaAn DeNgAn DoA


Tengah seronok merayau2 kat blog kawan2, AcHiKz terjumpa DOA PUTUS CINTA kat blog aTiKa aTeRkaH.. Boleh jenguk2 dan juga berkenalan dengan aTiKa kat SINI..

Pada sesiapa yang sedang kecewa (contoh seperti dalam potongan ayat kat bawah tu) elok2 la amalkan ayat ni.. Semoga kekecewaan tu cepat2 pergi..


Yang dah lepas tu biar la lepas.. Tak payah nak dikenang lagi.. Doakan yang terbaik untuk dia dan juga untuk diri sendiri.. Semoga masing2 dapat cari kebahagian yang diingini..

Walaupun kecewa tapi jangan la ditutup rapat pintu hati tu.. Mana la tau nanti dapat jumpa dengan orang yang sesuai.. Tapi kalau nak yang betul2 tepati citarasa tu kena la usaha.. Semua benda takkan datang dengan mudah..

Jangan putus asa okay.. (^^)

YaY!! AcHiKz TeRsEnArAi!!


Salam tahun baru 2011 semua!! Entry pertama AcHiKz pada malam tahun baru..

Blog Pilihan Malaysia dah keluarkan senarai blogger mengikut negeri.. Ianya dikeluarkan secara berperingkat.. Kat bawah ni senarai pertama Blogger Kedah..


Nampakkan nama AcHiKz kat situ.. Kalau tak nampak, jangan malas2 untuk klik biar nampak dengan lebih jelas.. Senarai yang dikeluarkan mengikut turutan link yang anda berikan mengikut negeri..

Untuk bloggers negeri lain boleh la semak senarai yang sudah atau akan dikeluarkan kat SINI..