Friday 31 December 2010

sEnGaL zOnE, SaYa KaT RuMaH Ni



Kenapa tak sambut 2011 kat luar dan berapa lama dah anda sambut di rumah??
Selama ni AcHiKz hanya sambut kedatangan tahun baru kat rumah.. Masa belajar dulu pun sambut kat asrama aje.. Tak terasa langsung nak sambut kat luar.. Walaupun kawan2 ajak keluar ramai2..
Kenapa??
- Lebih selesa sambut kat rumah.. Lebih santai..
- Sebab orang sangat ramai di tempat2 sambutan tahun baru.. Sesak dan melemaskan..
- Banyak perkara diluar jangkaan boleh berlaku sebab orang ramai tengah excited..

Nak sertai segmen ni boleh la klik SINI.. Segmen ni akan tamat jam 4.00pagi kejap lagi..

gOoDbYe 2010!!



Sekejap aje lagi tahun 2010 akan tinggalkan kita.. Tahun 2011 pula yang akan bertugas selama 365 hari mulai jam 12 tengah malam nanti..

Banyak perkara yang menggembirakan dan banyak juga perkaran yang sedih+kecewa berlaku pada AcHiKz sepanjang tahun ni.. Walaupun penutup tahun ni berakhir dengan kekecewaan akibat hubungan yang terjalin putus ditengah jalan (ayat klise yang masih laku untuk digunapakai) tapi AcHiKz harap tahun 2011 ni akan membuka banyak peluang dan harapan serta kegembiraan dalam hidup AcHiKz..

Azam tahun baru??
Ada, mesti la ada.. Tapi biarla AcHiKz aje yang tahu.. Malu pula nanti kalau asyik canang aje azam tahun baru tapi tak tercapai pun.. hu3..

Pada semua, AcHiKz nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya..

bErDaTiNg DeNgAn aBaNg JoHnNy


Ima asyik sebut aje tak sabar nak tengok abang Johnny kesayangan dia sejak tengok trailer The Tourist masa kami tengok Harry Porter : Deathly Hollows Part 1.. Jadi, semalam tertunai la impian si Ima ni untuk bertentang mata dengan abang Johnny tersayang..


Dari kiri : Ima, AcHiKz, Ummu dan Oliea..
Keluar kali ni kami berpakat nak pakai baju kurung.. Terasa ayu gitu.. he3

Sedikit ringkasan The Tourist
Frank seorang guru Matematik yang melancong bersendirian di Eropah bertemu dengan wanita cantik bernama Elise didalam keretapi menuju Venice (rasa nak honeymoon kat sini la nanti..).. Elise mempergunakan Frank bagi mengelirukan pihak Scotland Yard yang sedang memburu kekasihnya Alexander Pearce yang bersembunyi selepas melarikan wang cukai dan menggelapkan wang samseng.. Frank terpaksa melarikan diri dari ditangkap oleh pihak Scotland Yard dan juga samseng berkenaan..

Yang selebihnya, sila2kan diri pi tonton kat pawangam yang berdekataan anda..

Ada 2 versi poster untuk filem ni.. Dua2 poster pun menarik dimata AcHiKz..
credited to : empiremovies.com

credited to : blackfilm.com
Suka sangat kasut yang Angelina pakai dalam poster ni.. Sangat cantik!!

Sepanjang tayangan asyik dok teka siapa la Alexander Pearce tu.. Memang dah tahu si Johnny Depp tu heronya tapi nak kaitkan dia dengan Alexander Pearce jauh sekali.. Tapi ada 1 babak yang buat tekaan AcHiKz tu betul..

Filem seterusnya?? Dah ada senarai pendek tapi belum buat keputusan akhir lagi.. Nanti kami mesyuarat.. he3

sEnGaL zOnE : MeGa PrOjEcT 2011



Walaupun disaat2 akhir, AcHiKz tetap nak join Mega Project oleh Mamat Sengal a.k.a Deen sebab ianya akan tamat pada hari Jumaat (hari ni, i think.. ianya bermula sejak hari Rabu 28hb Disember lepas) jam 6.15 petang..

Pada sesiapa yang rasa masih sempat untuk sertai boleh la klik kat SINI untuk maklumat lanjut..

Ini la gambar yang AcHiKz pertaruhkan untuk join Mega Project si Mamat Sengal..
Okay tak??


AcHiKz nak sangat2 tersenarai dalam MeGa PrOjEct 2011 kerana :

- nak meramaikan kenalan blogger dari seluruh Malaysia
- mahu lebih belajar tentang blogging dan timba pengalaman
- berkongsi berita menarik AcHiKz pada semua..

Dah siap!!

Wednesday 29 December 2010

wHaT FaCeBoOk ReAlLy NeEdS



AcHiKz : tak payah cerita panjang lebar.. gambar diatas tu dah menjelaskan segalanya.. he3

AcHiKz @ mAjLiS PeRtUnAnGan


Memandangkan tak ada apa nak dibuat dihujung minggu yang lepas, maksu ajak AcHiKz temankan dia dan jadi tukang bawa hantaran untuk majlis pertunangan anak tunggal guru besar sekolahnya..

Majlisnya sederhana saja tapi sangat meriah..

Isi masa lapang sebelum sampai ke destinasi..



Bunga2 dan hantaran berbentuk hati kat atas tu semuanya maksu yang buat..
Cantik tak?? Temanya biru dan putih..

Sebahagian dari rombongan pihak lelaki yang sama2 memeriahkan majlis..

Bakal mak mertua sarungkan cincin pertunangan kat bakal menantu..

Gula disuap selepas selesai menyarung cincin..




Sebahagian hantaran dari pihak perempuan..

Ini satu2nya dari pihak lelaki yang menarik perhatian AcHiKz.. Kek berbentuk tas tangan LV.. Tak sempat nak rasa kek tu sebab AcHiKz balik awal..

p/s : macamana agaknya majlis pertunangan AcHiKz nanti yea??

Tuesday 28 December 2010

1sT LuCkY dRaW bY MiSz NaNa


Dengan gembiranya AcHiKz umumkan yang Misz Nana anjurkan cabutan bertuah buat julung2 kalinya!! (ada macam iklan tv tak?? he3..)
Klik SINI untuk maklumat lanjut..

Hadiah?? Mesti la ada hadiah.. Tapi buat masa ni, Misz Nana belum umumkan lagi apa hadiahnya..

Syarat2 untuk sertai cabutan bertuah Misz Nana :

1- Buat satu entry berkenaan 1st Lucky Draw by Misz Nana
DONE

2- Letak banner dalam entry
DONE


3- Follow??
DONE

4. Letak link entry anda di SINI..
DONE

5- Tag seorang sahabat yang bertuah

Monday 27 December 2010

FrIeNdLy bLoG AwArD


Hari ni, AcHiKz jadi sasaran tag FRIENDLY BLOG AWARD dari Mizi tuan rumah Conteng Corner..


Inilah award yang AcHiKz dapat.. Terima kasih!!


Pendapat tentang blog Conteng Corner
Mula2 risau juga sebab gelap aje, tambah2 dengan header clown boy yang sedih .. Tapi bila dah jejalah blog ni AcHiKz rasa blog ni okay dan menarik..

Tempat yang paling nak lawat
Banyak la tempat yang AcHiKz nak pergi.. Samada dalam Malaysia dan luar negara.. Kalau nak senaraikan semua kat sini panjang berjela2 senarainya..
AcHiKz sangat suka pantai.. Suka juga kawasan tanah tinggi yang hijau lagi nyaman..

3 perkara tentang diri sendiri
- suka memandu terutanya jarak jauh
- suka makan dan suka memasak
- kipas susah mati drama2 bersiri terutamanya dari Jepun dan Korea

Tag 5 orang untuk award ini..

Sunday 26 December 2010

sAyA NaK ReViEw bLoG MiSz nAnA



Review blog Misz Nana
Very simple and clean.. Warnanya pun ceria, siap ada bunga2.. Secara keseluruhannya okay.. Cuma memandangkan AcHiKz ada sikit masalah internet jadi ambil masa yang agak lama untuk blog loading selengkapnya..

Gred yang sesuai untuk blog Misz Nana
Dari A-E, AcHiKz kasi A untuk blog ni..

Pasa sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh dapatkan maklumat lanjut kat SINI..

500 bLoG bErMuLa!!



Hari ni AcHiKz teruja nak join segmen dari bro Ben Ashaari.. Jom cepat2 join segmen ni kat SINI..

AcHiKz mula sebagai pembaca sahaja.. Buat isi masa lapang aje bila online.. Lepas banyak sangat baca blog2 yang best AcHiKz naik pangkat jadi pembaca tegar.. Lepas tu AcHiKz terus buat keputusan nak jadi blogger..

Walaupun baru aje menulis tapi rasa macam lama aje, macam dah sebati dalam diri ni.. Kalau tak jenguk blog walaupun sehari dah rasa tak senang hati.. Disebabkan itu, AcHiKz akan terus menulis, berkongsi perkara menarik dengan anda semua, insyaAllah..

SaYa bLoGgEr KeDaH


Segmen ini dianjurkan oleh Azman Roslan di Blog Pilihan Malaysia.. Nak sertai boleh dapatkan maklumat lanjut kat SINI..


Nama anda :
Wahida.. Boleh juga panggil AcHiKz

Status anda :
Bujang dan belum berpunya..

Cara hubungi :
Boleh add AcHiKz kat Facebook (tapi kena beritahu siapa anda dan dari mana anda kenal AcHiKz).. Selain tu boleh saja hantar mesej kat kotak jerit menjerit tu..

Daerah/jajahan :
Kuala Muda

Tempat tinggal :
Taman Intan, Sungai Petani

Apa yang menarik di tempat anda :
Tarikan utama tu macam tak ada aje.. Tapi dekat dengan Pantai Merdeka, Candi Batu Pahat dan tempat berkelah, Tupah..

Saturday 25 December 2010

SiLa JeNgUk AnAk DaRa AnDa


Hari ni Din balik Bachok lepas bercuti sakan.. Kejap aje dah masuk semester 3.. Masih ingat lagi tahun lepas AcHiKz, ayah dan mama hantar dia daftar kat sana.. Belajar rajin2 yea bro.. Semoga apa yang diimpikan akan terlaksana..

credited to : mommyandmolly.com

Back to the tittle, tadi AcHiKz baca suratkhabar sementara tunggu bas sampai, dimana seorang mak yang terjaga pada awal pagi, sangat terkejut (agaknya boleh sampai cardiac arrest) bila dia nampak 2 anak dara dia yang masih budak (umur 13 dan 15) tidur berpeluk2 sakan dengan pasangan masing2..

Dah tau buat salah, berani pula nak minta maaf.. Nasib baik ayahnya tu tak lembut hati sebab ayah budak2 perempuan tu juga yang buat laporan polis..

Walaupun budak2 perempuan tu benarkan kekasih2 mereka masuk ke rumah tetapi kes yang dilaporkan itu diklasifikasikan sebagai kes rogol sebab budak2 perempuan tu masih bawah umur.. Kes ini akan disiasat mangikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk menghadap tertuduhan..

sumber : myMetro

AcHiKz : mesti ramai mak ayah yang tak tidur lena mulai malam ni..

SeTiAp dEtIk DaLaM HiDuP aDaLah SaNgAt BeRmAkNa


Tuesday 21 December 2010

aWaRd bLoGgEr cEmErLaNg


AcHiKz dapat award ni dari Cikgu Akim bagi menghargai 'student'2nya yang tersayang .. Terima kasih banyak2 yea..

'Create

1. Apakah pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim??
Best dan menarik!!

2. Boleh ceritakan sikit pasal blog anda??
AcHiKz HoUz adalah blog yang banyak bercerita hal2 peribadi termasuklah keluarga, kawan2 dan persekitaran.. Selain tu ada juga yang perkara2 yang menarik akan dikongsikan kat sini..

3. Tujuan utama anda berblog??
Untuk isi masa terluang, nak ramaikan kawan dan nak berkongsi cerita, pengalaman dan pendapat dengan blogger lain..

sEgMeN : JoM bErKeNaLaN!!


klik SINI untuk sertai..

Hari ni AcHiKz nak sertai 1 segmen yang dianjurkan oleh Loqman Hakim.. Tarikh tutup segman ni pada 03 Januari 2011.. Jom la sama2 kita sertai bagi kita lebih mengenali antara satu sama lain dan merapatkan ukhwah sesama blogger..

Apakah status anda
Setelah kecewa dalam bercinta baru2 ni, AcHiKz sekarang ni dah berstatus bujang..

Ceritakan tentang diri anda
AcHiKz ni anak ke-4 dari 5 orang adik beradik.. Dilahirkan dan dibesarkan kat Sungai Petani.. Graduan Diploma in Pharmacy dari UniKL-Royal College of Medicine Perak tapi masih belum bekerja..

Ceritakan tentang blog anda
Macam2 yang AcHiKz tulis kat sini tapi kebanyakkannya berkaitan dengan hal peribadi.. Selain tu AcHiKz ada juga beri pendapat peribadi berkenaan isu2 semasa yang hangat diperkatakan pada masa kini.. Ada juga kempen2 atau aktiviti anjuran blogger yang AcHiKz sertai..

Apa pandangan anda tentang dunia blog??
Menyeronokkan dan juga menakutkan sebab macam2 perkara yang kita boleh didapati kat dunia blog.. Samada perkara baik atau buruk memang dah tersedia.. Cuma taip kata kunci dan klik 'search' aje.. Apa yang dicari akan terpampang diskrin.. Yang penting gunakan blog atas tujuan yang sebetulnya..

Blog banyak ajar AcHiKz tentang kejujuran dan ketulusan sebab blogger akan menulis apa2 saja yang tersirat dihati.. Kita akan memahami mereka melalui penulisan tersebut.. Blogger yang hebat akan buat pembaca 'ketagih' dan tak sabar untuk baca entry terbaru..

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak buat blog
Sangat dialu2kan!! Boleh tahu macam2 perkara, boleh bertukar pandangan dan juga boleh minta nasihat..

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda
Unik pada nama blog, penulisan dan paling penting sekali unik pada tuan rumahnya!!

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog
AcHiKz akan tetap menulis pada masa akan datang walaupun dah jadi isteri dan juga ibu.. Mungkin juga sampai tahap nenek.. Who knows?? Apa pun AcHiKz hanya dapat merancang, ALLAH s.w.t yang menentukan segalanya..

Impian?? AcHiKz harap capai perkara2 yang ada dalam senarai panjang AcHiKz tu.. Selain tu AcHiKz akan terus berkongsi perkara2 yang menarik berkaitan AcHiKz dengan anda..

DAH SIAP!! (^^)

Okay, 4 orang yang menjadi pilihan ialah :

Monday 20 December 2010

MuDaH SaHaJa, HaNyA JaWaB


Masih sempat lagi bagi menjawab borang kaji selidik yang dibuat oleh mahamahu.blogspot.com kerana tarikh tutup pada 31 Disember 2010.. Syaratnya hanya satu iaitu satu blog hanya boleh menjawab satu kali sahaja..



1. Apakah jenama telefon bimbit yang anda gunakan sekarang??
c) Sony Ericsson

2. Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang??
a) Acer

3. Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang??
f) Samsung

4. Apakah saluran jalur lebar yang anda gunakan sekarang??
d) Celcom

5. Apakah jenama pakaian yang anda selalu beli sekarang??
f) Adidas

6. Dimanakah restoran/kafe yang anda selalu singgah untuk makan??
b) Old Town White Cafe

7. Dimanakah gedung membeli belah yang selalu anda kunjungi??
a) Tesco

8. Apakah saluran radio tempatan yang selalu anda dengar??
f) Red FM

9. Apakah saluran televisyen tempatan yang selalu anda tonton??
e) 8tv

10. Apakah jenama pewangi badan yang anda gunakan sekarang??
c) Gucci

11. Apakah jenis bacaan yang anda selalu baca??
e) Wanita

Terima kasih.. (^^)

Sunday 19 December 2010

MiSz HoNeYz 1sT CoNtEsT


AcHiKz di tag oleh Shira Sharif untuk sertai peraduan pertama Misz Honeyz.. Kalau sesiapa nak sertai peraduan ni, terjah la kat SINI.. Macam biasa la, mesti ada syarat2 yang perlu diikuti.. Jangan risau, syaratnya mudah2 belaka..

Tak perlu rasanya nak taip berjela2 sebab bahagian paling penting tu jawapannya saja.. AcHiKz jawab terus aje.. AcHiKz rasa harga teddy bear tu RM 150 (harga yang dibundarkan.. tak ada sen2 yea..)



Tarih akhirnya pada hujung bulan januari depan..

AcHiKz tag : Ain Zulaikha dan Eila..

Selamat meneka..

bErKrEaTiF Di TeNgAh MaLaM


Terasa lapar pula masa tengah seronok layan filem kat tv.. Jadi AcHiKz dan Din rancang masak sesuatu.. Tumbuk tumbuk tumbuk.. Potong potong potong.. Tambah itu, tambah ini.. Gaul sebati dan goreng..

Inilah hasilnya!! Kami buat patty dari daging kisar dalam tiub tu.. Yang nampak putih tu keju.. Tengok aje dah rasa sedap.. Bertambah-tambah sedapnya kalau makan dengan mustard.. Ini kali pertama kami buat patty.. Tak sangka resipi campak2 menjadi dan sedap pula tu..

Walaupun kurang jelas gambarnya tapi AcHiKa nak tunjuk juga kat korang yang patty tu very moist and juicy.. Sampai hari ni masih teringat akan kesedapannya.. Mesti lagi sedap kalau guna daging lembu yang segar..

Ada siapa2 nak resipi??

Friday 17 December 2010

pAsTiKaN iAnYa bErFuNgSi, BuKaN HiAsAn SeMaTa-MaTa


Dah 2 hari rupanya AcHiKz tak keluarkan entry.. 2 hari aje tapi rasanya macam dah 2 minggu lamanya!! Sempat melawat rakan-rakan blogger lain saja sebab merajuk dengan sambungan internet yang perlahan.. Keadaan hari ni dah elok sikit dari semalam.. Ada la semangat sikit nak menulis..

AcHiKz terpandang widget yang AcHiKz letak dalam blog ni.. Widget alih bahasa yang ada kat tepi tu.. Selama ni tak pernah AcHiKz cuba pun.. Mungkin sebab AcHiKz rasa tak ramai pembaca2 antarabangsa (tak boleh baca Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) yang singgah kat AcHiKz HoUz ni.. Tapi hari ni terasa nak cuba pula.. Nak juga tahu boleh ke semua entry-entry AcHiKz kat sini dialih bahasa sebab banyak juga perkataan yang tak wujud dalam kamus Bahasa Melayu AcHiKz guna dalam penulisan kat sini..


Kat sini AcHiKz sertakan beberapa contoh alih bahasa dari entry "JaNgAn NaK CoPy PaStE AjE YeA".. Perhatikan kat setiap contoh beberapa perkataan yang tidak berjaya dialih bahasa.. Sila KLIK pada setiap bahasa untuk paparan yang lebih besar..

Arabic

Simplified Chinese

Japanese

Korean

Italian

Russian

German

AcHiKz akan baiki penggunaan bahasa agar boleh dialih bahasa sepenuhnya.. Tak nak la jadi macam kat atas tu.. Nanti pembaca-pembaca antarabangsa tak faham apa yang AcHiKz tulis.. Mana la tau dari ramai-ramai pembaca tempatan, ada terselit pembaca dari luar negara.. Kesian pula dia sebab tak dapat nak baca entry AcHiKz.. Betul tak??

Monday 13 December 2010

JaNgAn NaK cOpY PaStE aJe YeA


Sejak bila AcHiKz tukar jantina ni?? Terang2 gambar profile tu gambar AcHiKz.. Perempuan asli okay.. Apa kaitan tajuk entry dengan luahan ketidakpuasan hati AcHiKz ni?? Sila halakan mata anda pada kotak merah dalam peti jerit menjerit AcHiKz tu..


AcHiKz bukan la marah sangat sebenarnya, bah kan berterima kasih sebab sudi jenguk2 AcHiKz kat sini.. Tapi sepatutnya si "awek cun" ni kena la tahu siapa tuan rumahnya.. Lelaki atau perempuan.. Bukan setakat salin dan tampal aje..

Tak rugi kalau luangkan sikit masa kenali tuan rumah.. Paling senang pun tengok aje gambar kat profile sana.. Majoriti blogger guna gambar sendiri atau gambar dengan pasangan masing.. Tak pun gambar anak2 (selalunya blogger mom la yang buat macam tu) atau gambar2 yang comel dan menarik..

Dengan cara tu, tuan rumah rasa dihargai dan kesilapan yang tak sepatutnya berlaku dapat dielakkan..

LuNcH @ HuSsAiN NaSi KaNDaR


Hari ni AcHiKz tak tahu nak masak apa.. Jadi AcHiKz, ayah dan din makan kat luar aje.. Banyak2 restoran nasi kandar kat Sungai Petani ni, HUSSAIN NASI KANDAR paling atas dalam senarai kegemaran AcHiKz..

Baru jam 12.oo tengahari tapi ramai yang dah beratur panjang.. Memang panjang barisannya tapi tak payah tunggu lama2 untuk dilayan.. Hari ni AcHiKz makan nasi beriyani, ayam goreng masala istimewa dan acar timun bersama lobak merah.. Agaknya pakcik tukang cedok nasi ni pun dah kenal muka AcHiKz (muka pelanggan tetap la katakan.. he3) sampai dia dah tahu nak cedok kuah apa..
sedapnya.. (^^)

ayah tengah sibuk isi perut sampai tak nak berhenti kejap untuk bergambar..

ini minuman yang AcHiKz pesan..



Memang banyak makanan yang sedap2 kat sini tak kisah la dari pagi sampai la malam.. Menu sarapan pagi pun sedap juga.. AcHiKz selalu pesan capati salad untuk sarapan..

Itu cerita lain kali pula yea..