Wednesday 31 March 2010

My LuNcH


Hari ni bangun lewat gara2 buat semula laporan eksperimen Pharm Chem.. Member yg sepatutnya buat laporan ni dah salah buat.. Main bantai aje ikut apa yg ada dalam manual sedangkan terang2 dalam manual minta student buat ayat sendiri.. Terpaksa la aku buat semula laporan ni.. Bersengkang mata la sampai 4 pagi.. (@-@)

Cepat2 turun ke dapo lepas mandi.. Lapar tak terkata dah.. Tengok2 apa dalam peti sejuk, tung-tang tung-tang.. Ha!! Ni la hasil masakan segera aku tengahari ni..


Hurm.. Tak pasti la apa nama masakan ni sebab main campak2 aje ikut sesedap rasa.. he3..
Lepas fikir punya fikir, aku namakan masakan ni CREAMY LINGUINE WITH SHITAKE MUSHROOM..

Bahan-bahan : (utk seorang makan aje..)
Segenggam Linguine
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 frankfuther ayam
3 cendawan shitake
1 sudu teh italian seasoning
2 biji cherry tomato - dibelah dua
1/2 cawan susu segar
keju parmesan
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara membuatnya :
- rebus linguine bersama garam dan sedikit minyak masak.
- panaskan minyak dalam kuali dan masak frankfurther ayam sehingga keperangan.
- masukkan cendawan shitake, bawang putih dan italian seasoining. masak utk beberapa minit.
- masukkan lingunie yang siap direbus bersama sedikit air rebusannya.
- masukkan susu segar dan masak hingga susu sedikit pekat.
- padamkan api dan tabur keju parmesan. gaul hingga sekata.
- hidangkan & hias bersama cherry tomato..

p/s :
- makan semasa masih panas..
- jangan letak terlalu banyak keju.. nanti kuahnya jadi pekat dan berketul2 bila sejuk..

Monday 29 March 2010

HaPpY BiRtHDaY AiNiNa..



Hari ni hari lahir yang ke-6 buat anak saudara aku yang tersayang!! Happy birthday buat AININA SYAHRUL NIZAM.. Semoga nina jadi anak yg baik, rajin2 belajar, ceria dan senyum2 selalu.. Achik sayang nina.. (^^)

Sunday 28 March 2010

My WiShLiSt


Ni la 2 benda yang ada dalam wishlist aku.. Memang nak sangat3!!

nokia 2370 classic

Handphone yang aku pakai sekarang ni dah tak okay.. Sebab asyik jatuh ja (aku ni careless la.. hu3).. Aku pun tak faham kenapa aku minat sangat model ni.. Memang la tak canggih langsung macam i-Phone atau pun Blackberry yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni tapi aku rasa sesuai la dengan aku.. Cute and nice.. (^^)

sony cyber-shot DST-T90/B

Aku memang tak ada camera buat masa ni.. Kalau ada pun cuma share aje.. Susah sikit la kalau nak share sebab mesti aje ada yang nak guna time aku nak guna.. Aku ni dalam spesis photogedik.. Jadi kena la ada camera sendiri.. ha3

Cuma keadaan ekonomi aku buat masa ni aje tak izinkan aku memiliki 2 benda ni..

Maybe someday.. Hurm..

LeSuNg bAtU dAh HiLaNg!!


Sejak aku rajin memasak semula kat rumah sewa skrang ni, aku memang tak boleh nak tinggal benda yang satu ni.. Terutamanya bila aku masak 'signature dish' aku, NASI GORENG.. he3.. Tapi skrang ni lesung batu hanya dalam kenangan.. hu3..



Masa aku balik semula kat rumah sewa awal tahun ni, aku dah tinggalkan lesung batu kat SP.. Alasannya sebab housemate aku dah bawak lesung batunya ke sini.. Eh3, silap lak.. Bukan housemate aku lagi la, dah jadi ex-housemate aku pun..

Mungkin korang semua tanya apa kaitan ex-housemate aku dgn entry aku kali ni.. Mesti la berkaitan, sangat3 berkait rapat la.. he3..

Dia ni sangat3 rajin memasak walaupun setakat mee segera aje.. Aku bukan nak mengata dia la.. Aku puji dia sebab mau jugak la dia ke dapo masak untuk isi perut yang lapar walaupun penat bekerja.. Aku akan tau dia tengah masak bila lesung batu tu bertung-tang kat dapo.. he3.. Disebabkan dia jugak la aku jadi pemalas nak masak lagi.. Kenapa?? Kenapa malas nak masak lagi tanya korang pada aku??

Meh sini aku nak jawab soalan korang tu..

Sebab2 aku jadi malas nak masak lagi :

1- Dia beli barang2 makan, terutamanya sayur2, ikan, ayam, telur tu macam nak jamu 10 orang ada dalam rumah ni sedangkan rumah ni hanya ada 6 orang!! Penuh peti sejuk rumah ni semuanya barang2 dia aje..

2- Dia lambat sgt nak basuh semua cooking utensil yg dia dah guna.. Semua dok rendam aje dalam sinki.. Takkan la kami, housemate yang lain ni nak kena basuh kuali, periuk yang dia dah guna bila kami pulak nak guna periuk, kuali tu.. Sekali dua boleh la.. Tapi, aku ni dah banyak kali kena taw.. Tension aku!!

Tak ada beritahu apa pun, dia pindah keluar hujung Februari lepas.. Tak tahu la apa sebab buat dia pindah keluar..

Lepas dia pindah, aku kembali aktif memasak.. Aku tengok lesung batu tu masih ada, jadi aku assume la lesung batu tu milik sorg lagi housemate aku.. Jadi aku pun guna la lesung batu tu macam biasa sebab housemate kat rumah ni bagi kebenaran guna barang2 diorg tapi kena la pandai kemas balik lepas guna..

Satu petang, ada kereta brek depan rumah.. Aku pun jenguk la keluar, rupanya ex-housemate tu datang.. Katanya nak ambil barang yg tak sempat dia ambil masa pindah dulu.. After few minutes dia pun balik..

"Lapo la pulak".. Kata housemate aku ni.. Berjalan la dia ke dapo.. Pastu aku dengar "EH!! mana lesung batu ni??".. Tersengeh2 aku berjalan ke dapo sebab baru la aku tahu yg lesung batu tu ex-housemate aku yg punya.. Mesti la dia ambil balik barang dia, kn??
"Kalau tak ada lesung batu ni, macamana nak tumbuk bawang ni??".. (fyi, housemate aku yg sorg ni tgh belajo memasak.. tgh excited nak memasak.. he3)..

"Guna aje la apa2 yg patut.. be creative".. (^^)

Saturday 27 March 2010

EaRtH HoUr 2010


bukti aku join EARTH HOUR 2010..
dok bergelap kat ruang tamu..


Aku menaip entry ni sambil padam lampu rumah.. Memang gelap gelita la ruang tamu aku sekarang ni.. Semuanya gara2 nak sertai EARTH HOUR 2010!!

Aku keluar jalan2 depan rumah sewa aku ni.. Aku pandang kiri, pandang kanan.. Hurm.. Nampaknya kat Persiaran 9 ni rumah aku aje la yg bergelap.. Rumah lain terang benderang.. Rasa macam aku aje yang tak bayar bil elektrik.. hu3

Nasib baik la housemate aku yg sorg ni balik hometown dia.. Kalau tak rumah ni pun jadi macam rumah2 lain kat Persiaran 9 ni.. Terang benderang!! Dia ni suka sangat pasang semua lampu yang ada kat bawah ni kalau lepak kat ruang tamu.. Dari lampu kat tempat lepak kereta sampai lampu dekat mesin basuh (bahagian belakang sekali la).. Paling aku tak berkenan sekali bila dia naik tido, semua lampu yg dipasang tak dipadamkan.. Tambah2 kalau hari esoknya hari cuti, alamatnya sampai tengahari la tak berpadam lampunya.. hu3

Utk semua rakyat Malaysia, jom padamkan lampu & sygi bumi kita.. Tak lama pun padam lampu, cuma sejam tapi it will make a difference!!

MaKaN MaLaM AkU


Hurm.. Nak makan apa eh malam ni?? Rasanya nak masak yang ringkas2 aje..
Lepas bertung-tang kat dapur, ni la hasil masakan ringkas aku.. He3

Bahan2nya pun ringkas jugak.. Meh la aku kongsi dengan korang..

Bahan2 : (utk seorang makan aje)
Segenggam spaghetti
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 batang celery
1 beef frankfurter
1 sudu teh italian seasoning
3 sudu besar sos lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara membuatnya :
- Rebus spaghetti bersama garam dan sedikit minyak masak.
- Panaskan minyak dalam kuali dan masakkan beef frankfurter hingga keperangan.
- Masukkan bawang putih, celery dan juga italian seasoning. Masak utk beberapa minit.
- Masukkan spaghetti yang siap direbus tadi bersama sedikit air rebusannya.
- Masukkan sos lada hitam dan masak selama beberapa minit
- Sedia dihidangkan..

Kawan aku cakap, "ini ke ringkas macam engkau cakap?? leceh ada la.. masak mee segera la paling ringkas.."
aku dengan senyum simpul pun cakap, "masak mee segera tu bukan ringkas tapi PEMALAS!!"

Thursday 25 March 2010

FrOM iPoh tO BacHok WiTh LoVe


"Din nak stethoscope warna purple atau raspberry.."
Itu la permintaan adik aku masa aku beritahu dia ada satu kedai yang bekalkan barang2 perubatan kat Ipoh..
Permintaan yang buat aku garu kepala..
Apa pun, aku kena juga usaha tunaikan permintaan din.. Hurm..

Kawan aku cakap kedai ni terletak di belakang bangunan Pantai Hospital.. Lepas aje habis mid-sem exam Pharm Chem aku pun ajak la housemate aku merayau cari mana letak kedai ni..

Pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan lagi, pusing kiri lagi.. Akhirnya jumpa juga dengan kedai yang kawan aku cakap tu.. (sebenarnya bukan la susah nak cari kedai ni.. tapi utk sampai ke sana banyak lalu jalan sehala.. sebab tu la kena banyak pusing kanan, pusing kiri.. he3)

Dah puas tanya macam2 soalan pada jurujualnya, aku pun terus inform adik.. Dia setuju & minta aku belikan esok lepas dia masukkan duit..

ini la kedai yg kawan aku cakap.. kat area ipoh garden south.. sebelah Pantai Hospital

Puas fikir, aku pun pilih stethoscope warna purple kat dia.. Aku pilih warna ni sebab purplenya terang and it will be look nice on him.. (^^)

kotaknya..

ada earpiece..

User guide & warranty..

Gunting, pita pelekat, pen, kertas pembalut semua dah ready.. Tunggu apa lagi, balut la.. ha3.. Banyak juga la mata yang dok pandang aku, mungkin sebab diorang nak tahu apa la yang ada dalam kotak tu sampai aku sibuk2 balut kotak kat food court Tesco bukan balut kat rumah aje..

Lega sangat la hati aku ni bila dah pos stethoscope tu.. Aku harap sgt3 din suka dengan warna yang aku pilih..

On monday, i received text message from din.. Dia beritahu kiriman aku dah sampai & dia suka dengan warna purple pilihan aku..

Alhamdulillah.. (^^)

Wednesday 24 March 2010

PhaRm cHeM yAnG SaTu


Hurm.. Ada beberapa minggu lagi utk semester ni berakhir.. Suatu penantian yg menguji kesabaran.. Sumernya sebab subject yg satu, Analytical Pharmaceutical Chemistry..

suasana dlm kuliah Pak Maywan Hariono

Skarang ni aku hanya perlu luluskan aje subject ni sebab subject ni la yg buat aku kena masuk kuliah semula.. Memang betul2 menguji kesabaran la sebab aku gi kuliah cuma 2 hari seminggu..

Bila nama penyelia aku appear kat hp, hati memang berdebar.. Mintak sgt3 bnda yg tak diingini jangan la berlaku tapi nak buat macamana, dah berlaku pun.. TIDAK~~~

Walaupun aku tak rela nak masuk kuliah semula tapi aku happy sgt3 sebab pensyarah yang ajar subject ni dah tukar..

Tanya jugak la junior2 aku pasal pensyarah ni, diorg kata dia ajar tak faham sgt. Susah nak faham kata diorg.. Dengan hati yg excited+berdebar aku pun masuk la kuliah pensyarah ni.. Owh.. Patut la budak2 ni kata tak faham sgt sebab penyarah ni pekat sgt sebutan Indonesia dia.. Memang la dia ajar dalam Bahasa Inggeris tapi ada beberapa sebutan yg buat budak2 ni termasuk la aku menggaru kepala sebab tak faham.. hu3

Aku memang rasa lega sebab pensyarah ni dah banyak ringkaskan nota pensyarah dalu.. Ada topik yg aku belajar dulu dah tak ada kali ni.. Kaedah pengajaran dia pun lebih mudah, ringkas & mudah faham.. Aku nak ucapkan trima kasih pada pensyarah ni sebab usaha dia nak bantu student dia lulus subject ni, terutamanya student macam aku..

Doakan aku lulus subject ni yea.. (^^)

meja aku dalam kelas.. he3

La FaMiLiA


Hari ni nak cerita pasal famili aku.. Dalam famili ni terdiri daripada mama, ayah, 5 org anak mereka (3 gurls, 2boys) dan juga 3 org cucu trsayang..

Ini la dua insan yang paling aku sayang.. Pn. CHE MAHANI bt. MOHD MURAD dan En. MD. THAKHRIM b. ARSHAD.. Thank you for all your love and support..

Along aku yg jauh dimata tapi dekat dihati.. MARLINA nama dia.. Dia ni cikgu Bahasa Inggeris di Segamat.. Sebab itu la aku cakap "jauh dimata tapi dekat dihati.."

Big bro aku, namanya SYAHRUL NIZAM.. (sorry eh, x ada la gambo dia yg nampak muka.. ni pun main snap aje masa dia hantar aku kat stesen bas Sg. Petani)..

Ni kakak ke-2 aku.. Nama dia NURUL IZZA.. Dia masih lg study, completing her degree at UiTM..

Aku la anak ke-4 mama ayah.. he3.. anak yg paling nakal, paling degil, paling kuat majuk.. sumer2 la..


Ni anak bongsu mama ayah.. SYAHRUL SAIFUDDIN namanya.. Skarang ni dok blajar kat satu kolej di pantai timur..

3 anak saudara yg comel lagi nakal.. Cucu trsayang.. he3.. Yg sulung AININA (brbaju belang merah), yg kedua ANISSA & si bongsu yg paling nakal DANIEL RAZMAN.. Diorg ni anak2 abg..

Tuesday 23 March 2010

My DeBuT



Salam perkenalan sumer!! (^^)

Selamat brkenalan pada sumer bloggers & sesiapa saja yg sudi baca blog aku ni.. Aku masih baru & masih belajar lg pasal blog ni.. Minta tunjuk ajar dari korang & semoga blog ni diterima sumer..

Trima kasih byk2 pada korang yg sudi luangkan masa utk singgah di blog aku ni..
Sokongan korang amat aku hargai..